Adik Muslim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Adik Muslim
Kulit majalah Adik Muslim sebagai hiasan sahaja.
KategoriIslam
KekerapanBulanan
SyarikatBlue T Communication.
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu

Majalah Adik Muslim merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan di Malaysia. Ia diterbitkan secara bulanan. ia disasarkan pada pembaca yang berusia 7 hingga 10 tahun. Ia memiliki 80 muka surat, dengan cetakan warna penuh. Diterbitkan dalam saiz 7 x 10 in dengan nombor ISSN 2232-0881 dan harga RM5.00 Sem. Malaysia RM6.00 Sabah & Sarawak

Majalah Adik Muslim adalah kesinambungan daripada majalah yang sangat popular di kalangan kanak-kanak di Malaysia iaitu majalah Sayang Muslim, Muslim Teens dan Ana Muslim.

Adik Muslim, sebuah majalah daripada remaja untuk remaja yang membentuk 50% bercirikan majalah dan 50% komik. Setiap helaian mempunyai mesej yang bermanfaat dan sangat berguna. Dipersembahkan dengan bahasa yang cukup santai dan mudah untuk difahami. Padat dengan ilmu.

Disampaikan dalam bentuk ilustrasi yang mendidik jiwa. Setiap ruangan dan cerita dipetik dan dioleh berdasarkan penghayatan dan pengajaran daripada al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Kupasan dan perbincangan yang sangat menarik daripada beberapa kolumnis yang terpilih bagi memecahkan kekusutan dan kepincangan yang masih menjadi persoalan dalam jiwa dan sanubari buat mereka yang bergelar remaja.

Remaja pada hari ini merupakan aset sesebuah negara pada masa hadapan. Maka dengan sebab itulah Adik Muslim menggalas tanggungjawab untuk memberi inspirasi kepada pembentukan peribadi remaja yang mulia daripada segi syahsiah, kepimpinan dan teladan pada masa hadapan kelak.

Majalah Adik Muslim merupakan salah satu bahan cetakan terbitan Blue T Communication, Malaysia.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]