Adnan Abu Hassan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Datuk
Adnan Abu Hassan
AdnanAbuHassan.jpg
Adnan di belakang pentas konsert Kilauan Emas.
Latar belakang
Nama lahirAdnan bin Abu Hassan
Juga dikenali sebagai
Abang Dee
Kelahiran(1959-01-06)6 Januari 1959
Alor Star, Kedah, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Meninggal dunia18 Mac 2016(2016-03-18) (umur 57)
Hospital Selayang, Selayang, Selangor, Malaysia
GenrePop, R&B, Jazz
PekerjaanPenerbit rakaman, penggubah lagu, penulis lirik, penyanyi, pemuzik
InstrumenVokal, Gitar akustik
Tahun aktif1980 - 2016
Syarikat rakaman
WEA Records Sdn. Bhd.
Suria Records
Kegiatan berkaitan
Azlina Aziz, Sheila Majid, Jamal Abdillah, Aishah, Fauziah Latiff, Nora, Ziana Zain, Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Dayang Nurfaizah, Misha Omar, Akademi Fantasia

Datuk Adnan bin Abu Hassan (6 Januari 1959 – 18 Mac 2016)[1] merupakan seorang penerbit rakaman, penggubah lagu, penulis lirik, penyanyi dan pemuzik Malaysia. Beliau juga mempunyai tiga orang adik iaitu Azlan Abu Hassan, Azman Abu Hassan dan Azlina (Nina) Abu Hassan. Sebagai penerbit rakaman, beliau telah banyak menerbitkan lagu-lagu hit seperti "Sinaran" nyanyian Sheila Majid, "Janji Manismu" nyanyian Aishah dan "Jerat Percintaan" nyanyian Datuk Siti Nurhaliza.[2] Lagu ciptaan beliau yang cukup popular antaranya "Bunga-bunga Cinta", "Camar Yang Pulang" dan "Di Persimpangan Dilema"[3]

Beliau telah memenangi Anugerah Wirama pada tahun 2010 pada Anugerah Industri Muzik ke-17 atas kejayaannya dalam bidang rakaman. Beliau telah menghembuskan nafas yang terakhir pada pagi 18 Mac 2016.

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 6 Januari 1959 di Alor Star, Kedah dan merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik. Saudara lelakinya ialah Azlan Abu Hassan, Azman Abu Hassan dan adik perempuannya, Azlina Abu Hassan, juga bergiat aktif dalam industri muzik Malaysia. Beliau memegang ijazah sarjana muda dari Berklee College of Music di Boston, Massachusetts, Amerika Syarikat. Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Teknologi MARA.

Kerjaya muzik[sunting | sunting sumber]

Tidak lama selepas tamat pengajian, beliau berkhidmat sebagai Pengarah A&R (CBS Records), Pengarah Urusan Happy Records dan Suria Records. Tidak lama kemudian dia menjadi Pengarah A&R BMG Music dan Delima Records. Dan kemudian, beliau telah dilantik sebagai Pengetua dan Pengarah Jam Music Centre, Penerbit Album dan Komposer yang juga Pengarah Kreatif bagi Jam / Treeman Corporation. Penyanyi popular Malaysia seperti Siti Nurhaliza, Fauziah Latiff, Liza Hanim, Dayang Nurfaizah dan Misha Omar pernah menjadi perantisnya sebelum melanjutkan kerjaya mereka sebagai penyanyi profesional.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai pengarah di saluran Dunia Hiburan TV atau DHTV, milik MiTV.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Adnan mendirikan rumah tangga dengan Sitti Aminah Datu Bachtiyal pada tahun 1994. Beliau berjumpa isteri beliau melalui sahabat dan artis baru ketika itu iaitu Hasnol yang popular dengan lagu Sudi Katakan Sudi. Isteri beliau adalah anak kepada ahli politik dan ahli perniagaan Datu Hj. Bachtiyal Datu Tambuyong dari Sandakan, Sabah. Mereka dikurniakan tiga orang anak, Aiman Zamir Bin Adnan(23)[1] [4][5][6], Aina Zamira Adnan(20)[7][8] dan Adrian Zahir Bin Adnan(18) dan ketika itu mereka bersama - sama anak mereka hidup bahagia di rumah agam milik mereka berdua di alamat No.3 Jalan Teratai, persiaran teratai 2, Sg. Ramal Dalam, 43000 Kajang, Selangor.

Isteri beliau ( yang lebih dikenali dikalangan artissebagai Kak Min atau Sharmin Datu Bachtiyal) bersama beliau telah menubuhkan syarikat rakaman SRD VILLA RECORDS SDN.BHD. yang beroperasi di alamat No.3, Jalan Teratai, Persiaran Teratai 2, Studio SRD Villa, 43000, Sg.Ramal Dalam, Kajang, Selangor, Malaysia. Artis pertama yang diterbitkan di Studio SRD Villa Records(studio peribadi milik Datuk Adnan) dan bernaung dibawah BMG Music ialah Misha Omar (Album Bunga - Bunga Cinta) dan ramai lagi.

Syarikat rakaman SRD Villa Records adalah syarikat ulung beliau bersama isteri beliau (Sharmin Datu Bachtiyal). Dia bertanggungjawab sebagai Pengurus Artis- Artis keluaran SRD Villa Records antaranya Misha Omar, Arnieza Amir, Sheila Abdul dan banyak lagi. Album pertama yang diterbitkan dibawah label SRD VILLA RECORDS ialah SEHATI SEJIWA edaran FMC Records ″[9]Album ini menampilkan Datuk Adnan Abu Hassan bersama gabungan artis popular Aishah [10]dan artis-artis baru didikan Dato' Adnan Abu Hassan.

Sharmin adalah Pengurus Promosi dan Pemasaran untuk album keluaran SRD Villa Records. Setelah album penuh terbitan Datuk Adnan siap untuk artis - artis SRD Villa Records, album artis - artis ini akan dipasarkan dibawah naungan syarikat rakaman utama seperti BMG Music. Sony Music, EMI Music dan lain- lain. Sebagai Pengurus Artis[11] , beliau banyak menyumbang kepada kejayaan artis SRD Villa Records, antaranya Arnieza Amir telah berjaya merakamkan Lagu duet bersama Jeff Timmons (salah seorang anggota kumpulan 98 Degrees) di Studio rakaman American Studio,Los Angeles pada tahun 2004. Arnieza Amir yang ditemani oleh Pengurusnya Sitti Aminah Datu Bachtiyal dan Encik Firhad Ahmad (Pengarah urusan Zezz Entertainment) merakamkan 2 buah lagu duet iaitu "Be The One" dan "Over And Over". Kedua-dua buah lagu ini telah dimuatkan dalam album solo Jeff Timmons bertajuk "Whisper That Way"[12] Selaku Pengurus Pemasaran SRD Villa Records, beliau telah berjaya membawa artis rakaman mereka Arnieza Amir untuk persembahan dan kolaborasi dengan artis antarabangsa. Beliau (Sitti Aminah Datu Bachtiyal) mendapat persetujuan untuk Arnieza Amir tampil di showcase di Jim Brickman di Arena of Stars, Genting Highland, Malaysia. Arnieza Amir menjayakan showcase bersama pemain piano terkemuka Amerika Syarikat, Jim Brickman, dengan menyanyikan lagu Destiny bersama Jim Birckman.[13]

Perkahwinan hanya bertahan selama 13 tahun dan mereka bercerai pada tahun 2010.[2] Datuk Adnan telah berkahwin dengan janda anak dua iaitu Rozinorhafiza Bte Mohd.Fauzi. Perkahwinan mereka tidak dikurniakan sebarang anak. Mereka hidup bersama dengan dua orang anak tiri beliau di kondominium terletak di Gombak. Perkahwinan mereka hanya berlangsung selama 7 tahun kerana Datuk Adnan menghembuskan nafas pada 18hb Mac 2016 . Sebelum itu, jenazah Adnan dimandi, dikafankan dan disembahyangkan di Masjid Al-Falah Sungai Ramal Dalam.

Senarai anak didik[sunting | sunting sumber]

[[File:Siti Nurhaliza - SimplySiti Brunei.jpg|thumb|right|230px|Siti Nurhaliza (gambar) merupakan salah seorang anak didik Adnan yang mendidik beliau sehingga menjadi penyanyi yang berjaya.]

Perkara senarai bernombor

  1. * [[Aishah]] * [[Fauziah Latiff]] *
  2. [[Kumpulan Visa]] *
  3. [[Nora]] *
  4. [[Siti Nurhaliza binti Tarudin|Siti Nurhaliza]] *
  5. [[Camelia]] * [[Liza Hanim]] *
  6. [[Suraya]] *
  7. [[Dayang Nurfaizah]] *
  8. [[Misha Omar]] *
  9. [[Arnieaza Amir]] *
  10. [[Shiela Abdul]] *
  11. [[Nurul Fadhilah]] =

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Senarai lagu ciptaan[sunting | sunting sumber]

  1. '''Memori''' - [[Sheila Majid]] (1986) *
  2. '''Berdiri Seorang Perindu''' - [[Ibnor Riza]] (1988) *
  3. '''Kali Pertama''' - [[Fairuz Hussein]] (1988) *
  4. '''Lagu Samba Ria''' - [[Fairuz Hussein]] (1988) *
  5. '''Cintamu Muzik Di Hatiku''' - [[Anita Sarawak]] (1989) *
  6. '''Kasihku''' - [[Rahim Maarof]] (1989) *
  7. '''Camar Yang Pulang''' - [[Aishah]] (1990) *
  8. '''Kasih Kita''' - [[Aishah]] (1991) *
  9. '''Memulih Semangatku''' - Tania (1991) *
  10. '''Gubahan Rindu Puisi Syahdu''' - [[Fauziah Latiff]] (1992) *
  11. '''Sekilas Senyumanmu''' - Fauziah Latiff (1992) *
  12. '''Sudi Katakan Sudi''' - Hasnol (1992) * '
  13. ''Laguku Untukmu''' - Hasnol (1992) *
  14. '''Dalam Gerimis''' - [[Kumpulan Visa]] (1994) *
  15. '''Di Persimpangan Dilema''' - [[Nora (penyanyi)|Nora]] (1994) *
  16. '''Batas Menanti''' - Fauziah Latiff (1995) *
  17. '''Flora Cinta''' - Min Malik (1995) *
  18. '''Dendam Dalam Diam''' - Nora (1995) *
  19. '''Hujan Air Mata''' - [[Siti Musliha]] (1995) *
  20. '''Kasihku''' - [[Amy Mastura]] (1996) *
  21. '''Renungan Terakhir''' - Nora (1996) *
  22. '''Redha''' - Rahim Maarof (1996) *
  23. '''Jerat Percintaan''' - [[Siti Nurhaliza]] (1996) *
  24. '''Puncak Kasih''' - [[Ziana Zain]] (1997) *
  25. '''Wajah Kekasih''' - Siti Nurhaliza (1998) *
  26. '''Hakikat Cinta''' - [[Dayang Nurfaizah]] (1999) *
  27. '''Samar Bayangan''' - [[Nicky Astria]] (2000) *
  28. '''Kembali''' - [[Intan Sarafina]] (2000) *
  29. '''Dambaan Pilu''' - [[Mohammad Khairul Nizam Mohammad Wahi|Khai AF1]] (2003) *
  30. '''[[Bunga-bunga Cinta]]''' - [[Misha Omar]] (2003) *
  31. '''Memori Cinta Luka''' - [[Nassier Wahab]] (2003) *
  32. '''Tangisan Dalam Kerinduan''' - [[Farah Diana Anuar]] (2004) *
  33. '''Warkah Berlagu Pilu''' - [[Felix Agus]] (2005) *
  34. '''Kasih Tak Kesampaian''' - [[Alleycats]] (2006) *
  35. Perjalananku - [[Jamal Abdillah]] *
  36. Dari Mata Penaku - [[Jamal Abdillah]] *
  37. Di Sini Buat Pertama Kali - [[Azlina Aziz]] *
  38. Hitam Putih Kehidupan - [[Sheila Majid]] *
  39. [[Kasihnya Balqis]] - [[Aishah]] *
  40. Aku Dan Duniaku - [[Sudirman]] * Kul It - [[Sudirman]] *
  41. Kasih Tak Berpinggir - [[Ramlah Ram]] *
  42. Berbalam Cintaku - [[Rozita Izlyn]] *
  43. Ku Ingin Lari - [[Khadijah Ibrahim]]
  44. * Di Sini Bersemi - [[Farahdhiya Mohd Amin]] *
  45. Aku Di Sini - [[Noor Kumalasari]] *
  46. Aku Sebutir Pasir - Fauziah Latiff *
  47. Tua Mengejar Kita - Fauziah Latiff *
  48. Tiada Noktah Cinta - Fauziah Latiff *
  49. Azimat Cinta - Siti Nurhaliza *
  50. Redha - Rahim Maarof *
  51. Embun - Sheila Majid *
  52. Kesuma Hati - Ziana Zain *
  53. Rindu Padanya - [[Camelia]] *
  54. Getaran Cinta Di Jiwa - [[Liza Hanim]] *
  55. Hembusan Asmara - Dayang Nurfaizah *
  56. Kerana - [[Erra Fazira]] *
  57. Sampai Bertemu - Erra Fazira *
  58. Berteman Sepi - Erra Fazira *
  59. Hasrat Perindu - [[Mas Idayu]] *
  60. Layar Battuta - [[Noraniza Idris]] *
  61. Tiada Lagi Tangisan - [[Misha Omar]] (dirakamkan semula oleh Aishah) *
  62. Halaman Cinta - Misha Omar *
  63. Cinta Seorang Teman - Bob Yusof *
  64. Antara Dua - Farah Diana Anuar *
  65. Jalan Terakhir - Farah Diana Anuar *
  66. Alam - Krisya * Gemersik - Krisya *
  67. Alam Maya - Mazleela *
  68. Andaiku Dibelaimu - Arnieza Amir *
  69. Antara Waktu Dan Usia - Siti Nurhaliza *
  70. Selembut Sutera - Nurfatimah *
  71. Asmara Di Hati - Sheila Abdull * Ke Pusara Sepi - [[Nurul]]
  72. * Andai Kau Mengerti - [[Vince]] *
  73. Bagai Dihiris Kaca - Khai *
  74. Bahtera Cintamu - Liza Hanim *
  75. Kerana Terlalu Menyintaimu - [[Liza Hanim]] - OST [[KL Menjerit]] *
  76. Benang Kasih - [[Syura]] * Bersatu Dalam Rindu -
  77. Misha Omar
  78. Bunga-Bunga Berguguran - [[Intan Sarafina]] *
  79. Cinta Hanya Sandaran - [[Siti Nordiana]] *
  80. Cintamani - Ziana Zain *
  81. Dahan Kasih - Anis Suraya *
  82. Debuan Kasih - Syazliana *
  83. Di Sisimu - Camelia *
  84. Dunia Remaja - Eka *
  85. Halaman Pertemuan - Ety Farhana *
  86. Harmoni - Genuine *
  87. Hati Yang Sepi - Saidatul Erma *
  88. Hatiku Perlabuhan Sepi - Syaliaty *
  89. Kasih - Deeya Rashad *
  90. Kasih Yang Terluka - Izzla *
  91. Katakanlah Cintamu - Jeniffer *
  92. Kau Kasih Ku Sayang - Asha Malik *
  93. Ke Hujung Impian - [[Aqasha]] *
  94. Mimpi Tidak Selalunya Indah - [[Shima]] *
  95. Percintaan Dalam Tangisan - [[Zehra Zambri]] *
  96. Perjalanan Hidup - Norafizah *
  97. Pesona Bicara - Sarah *
  98. Rindu Datang Bertamu - Liza Hanim & Anis Suraya *
  99. Rindu Di Antara Kita - Siti Nurhaliza & Ciang Teng *
  100. Sejernih Airmata - Martinie *
  101. Selamanya Tak Akan Berakhir - Ashira *
  102. Teman Baru - Anna *
  103. Selembut Sutera- Nurfatima
  104. Gelora Asmara - Siti Nurhaliza

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

* Juara Lagu ke 11 (Jerat Percintaan) & Juara Lagu ke 18 (Bunga-bunga Cinta)[sunting | sunting sumber]

* Juara Kategori Pop Rock AJL 8 (Sudi Katakan Sudi)<br> Juara Kategori Balada AJL 13 (Puncak Kasih)[sunting | sunting sumber]

  • Lagu Terbaik AIM (Jerat Percintaan)
    Album Pop Terbaik AIM (Puncak Kasih)
  • Anugerah Carta Era 2004 - Dambaan Pilu
  • Lagu Sepanjang Tahun - Anugerah Media Hiburan 2003 (Bunga-bunga Cinta)

Anugerah Juara Lagu[sunting | sunting sumber]

Penyertaan sebagai Komposer Lagu yang ditebalkan adalah juara keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Tahun Kategori Judul Lagu Keputusan Lirik Penyanyi
1986 Terbuka "Perjalananku" Dicalonkan Seri Bayu Jamal Abdillah
digantikan oleh Azman Abu Hassan
1993 Pop Rock "Sudi Katakan Sudi" Menang Anoe Hasnol
1995 Balada "Di Persimpangan Dilema" Dicalonkan Elyna Nora Ariffin
1996 Balada "Jerat Percintaan" Menang Hani MJ & Othman Zainuddin Siti Nurhaliza
1998 Balada "Wajah Kekasih" Dicalonkan Hani MJ Siti Nurhaliza
"Puncak Kasih" Menang Maya Sari Ziana Zain
"Getaran Cinta Di Jiwa" Dicalonkan Hani MJ Liza Hanim
2003 Etnik Kreatif "Hasrat Perindu" Dicalonkan Kumang Mas Idayu
Balada "Bunga-Bunga Cinta" Menang Adnan Abu Hassan Misha Omar
2007 Etnik Kreatif "Kasihnya Balqis" Dicalonkan Mohariz Yaakup Aishah

Penyertaan sebagai Artis[sunting | sunting sumber]

Tahun Kategori Judul Lagu Keputusan Muzik & Lirik Nota
1992 Etnik Kreatif "Selasihku Sayang" Dicalonkan Taib Othman / Kasajiza Adnan Abu Hassan & Syaliaty Wahab

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]