Adnan Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Datuk Haji Adnan Ibrahim(AMP, ADK, PPT) merupakan bekas Pengarah Pelajaran negeri Perak dan kini menyertai parti PAS.


Cikgu Adnan pernah mengajar subjek Geografi di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak,Teluk Intan dan Pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman (STAR), Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh (1993-1994).


Kemudian menjadi Pegawai Pendidikan Daerah Taiping dan PPD Kinta Utara dari 1 April 1997 - 31 Mac 1999. Pada 2003 beliau menerima anugerah Dato' oleh DYMM Sultan Perak. Pada 2004, beliau bersara selepas berkhidmat selama 30 tahun pada umur 56 tahun. Beliau menjadi pengarah pelajaran Perak selama 18 bulan dan pernah melancarkan projek Perak Gemilang.Sebelum itu Dato' Abdul Rahim Abdul Majid selaku pengarah pelajaran Perak melancarkan slogan "Perak Nombor Satu". Cikgu Haji Mohd Radzi Jabbar menjadi pengarah pelajaran Perak selepas Adnan Ibrahim.


Beliau menyertai PAS dalam majlis 'Jom Masuk PAS' di Markas Tarbiyyah PAS, Air Kuning,Taiping,Perak pada 8 Oktober 2010. Beliau terpanggil meninggalkan UMNO dan menyertai PAS setelah mengerjakan haji di Mekah.

Turut serta ialah bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid.

Rujukan[sunting | sunting sumber]