Adnan Kapau Gani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Drs.
Adnan Kapau Gani
A.K. Gani.jpg
Adnan Gani c. 1946
Menteri Kebajikan Indonesia
Dalam jawatan
2 Oktober 1946 – 29 Januari 1948
PresidenSukarno
Didahului olehDarmawan Mangunkusumo
Digantikan olehSjafruddin Prawiranegara
Naib Perdana Menteri Indonesia
Dalam jawatan
3 Julai 1947 – 29 Januari 1948
PresidenSukarno
Perdana MenteriAmir Sjarifuddin
Butiran peribadi
Lahir(1905-09-16)16 September 1905
Palembajan, Sumatera Barat, Hindia Timur Belanda
Meninggal dunia23 Disember 1968(1968-12-23) (umur 63)
Indonesia Palembang, Sumatra Selatan, Indonesia
Tempat persemadianTaman Makam Pahlawan Siguntang
KewarganegaraanIndonesia
Kerakyatan Indonesia
Parti politikParti Nasional Indonsia
PasanganMasturah

Adnan Kapau Gani (16 September 1905 – 23 Disember 1968), sering dipendekkan sebagai A. K. Gani, ialah seorang ahli politk Indonesia. Anak kelahiran Sumatera Barat, beliau menghabiskan zaman remaja di Pulau Jawa, di mana beliau mempelajari ilmu perubatan dan melibatkan diri dengan pergerakan nasionalis Indonesia sebelum berangkat ke Sumatera Selatan untuk bertugas sebagai seorang doktor. Semasa Revolusi Nasional Indonesia beliau berkhidmat sebagai Menteri Kebajikan selama tiga penggal; buat dua daripada penggal ini beliau juga berkhidmat sebagai seorang naib perdana menteri. kemudian Adnan Gani berhijrah ke Palembang, Sumatera Selatan, di maman beliau terus aktif dalam politik sehinggalah beliau meninggal dunia. Pada bulan November 2007 Adnan Gani dinobatkan sebagai seorang Pahlawan Nasional Indonesia.

Zaman revolusi nasional[sunting | sunting sumber]

Selepas kemerdekaan Indonesia dan semasa revolusi berikutnya, AK Gani meraih kuasa politik sambil juga berkhidmat dalam angkatan tentera. Dari tahun 1945 sehingga tahun 1947 beliau menjadi pesuruhjaya PNI (Partai Nasional Indonesia) di Sumatera Selatan sekaligus berkhidmat dalam lembaga parti. Beliau juga mengkordinasi usaha-usaha ketenteraan dalam wilayah (Bahasa Indonesia: Provinsi) tersebut.[1][2] Beliau menganggap Palembang sebagai wilayah ekonomi yang kuat buta negara yang baharu merdeka itu denagn memberi hujah bahawa dengan petroleum mereka boleh meraih sokongan antarabangsa. Beliau menjadi perunding penjulan minyak dengan badan-badan antarabangsa, termasuk syarikat Shell milik Belanda, sambil menyeludup senjata dan bekalan ketenteraan, membolosi sekatan Belanda.[3] Beliau memiliki perhubungan dengan masyarakat Cina di Singapura yang membantu beliau menjalankan kegiatan ini.[4]

AK Gani, s. 1947

Dari 2 Oktober 1946 sehingga 27 Jun 1947, Adnan Gani berkhidmat sebagai Menteri Kebajikan di bawah Sutan Sjahrir dalam [[Kabinet Sjahrir Ketiga|kabinet ketiga perdana menteri, Sjahrir;[5] Sjahrir kemudiannya menyatakan bahawa beliau berasa seolah-olah Adnan Gani telah diletakkan tanpa restu beliau (Sjahrir) oleh Sukarno, yang pada masa itu berkhidmat sebagai presiden.[6] Semasa berkhidmat sebagai menteri kebajikan, AK Gani, bersama-sama Sjahrir dan Mohammad Roem, bertugas sebagai ahli rombongan Indonesia ke sesi plenari ketiga buat Persetujuan Linggadjati, menjadi salah seorang daripada penandatangan pada 25 Mac 1947;[7] pihak Belanda menganggap beliau tidak diplomatik dan cenderung menunjukkan emosinya.[3] Beliau juga berusaha untuk mewujudkan rangkaian perbankan, BTC, dan juga beberapa kesatuan pekerja.[3][8]

Bersama-sama dengan Amir Sjarifuddin dan Setijadji, AK Gani menjadi salah seorang formateur buat kabinet baharu, yang mendapat mandat pada 3 Julai.[9] Beliau meneruskan perkhidmatan sebagai Menteri kebajikan sambil sekali gus menjadi naib perdana menteri di bawah Sjarifuddin.[10] AK Gani merupakan menteri kabinet pertama yang ditahan semasa Operasi ''Product'', serbuan Belanda terhada wilayah Indonesia pada pertengahan Julai, akan tetapi beliau kemudiannya dibebaskan.[1] Beliau juga menghadiri sebuah persidangan perdagangan di Havana, Cuba.[11] Dalam Kabinet Sjarifuddin kedua AK Gani kekal berkhidmat sebagai naib perdana menteri dan menteri kebajikan[12] sehinggalah kejatuhan kabinet pada 29 Januari 1948 berikutan perasaan ketidakpuasan tentang Persetujuan Renville.[13]

Zaman pasca revolusi[sunting | sunting sumber]

Selepas tamatnya revolusi dalam tahun 1949, AK Gani menjadi Gabenur Tentera Sumatera Selatan. Dalam tahun 1954, sambil masih terlibat dengan politik sebagai menteri pengangkutan dalam Kabinet Ali Sastroamidjojo Pertama, beliau menjadi rektor Universiti Sriwijaya di Palembang; beliau kekal aktif di dalam wilayah itu sehinggalah beliau meninggal dunia pada 23 Disember 1968. Beliau disemadikan di Makam Pahlawan Siguntang di Palembang.[1][14] Adnan Gani meninggalkan seorang balu, Masturah; mereka tidak memiliki zuriat.[15]

Legasi[sunting | sunting sumber]

Pada 9 November 2007, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mengurniakan Adnan Kapau Gani dengan gelaran Pahlawan Nasional Indonesia;[16] AK Gani menerima gelaran tersebut bersama-sama Slamet Rijadi, Ida Anak Agung Gde Agung, dan Moestopo based on Presidential Decree Number 66 / TK of 2007.[17]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota kaki

Bibliografi