Adnan Sempit Sawadikap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Adnan Sempit 4" dilencongkan di sini.
Adnan Sempit Sawadikap
AdnanSempitSawadikap.jpg
Poster keluaran tayangan
PengarahIsmail "Bob" Hasim
PenerbitDavid Teo
Dibintangi olehShaheizy Sam
Intan Ladyana
Yana Samsudin
Along Cham
Syarikat
penerbitan
Mula ditayangkan
7 Ogos 2014
NegaraMalaysia
BahasaMalaysia Thai
Pecah panggungRM 1.27 Juta

Adnan Sempit Sawadikap (juga dikenali sebagai Adnan Sempit 4) ialah filem aksi komedi Malaysia 2014 arahan Ismail Bob Hashim dan merupakan kesinambungan daripada tiga filem terdahulu.[1] Dibintangi oleh Shaheizy Sam, Along Cham, Intan Ladyana dan Yana Samsudin, ia mengisahkan tentang Adnan dan Bobby bersama-sama dengan isteri mereka, Nadia dan Wawa ingin bercuti ke Bangkok sambil menjalankan perniagaan di sana.[2]

Ia menjadi filem Malaysia pertama yang diterbitkan hingga siri keempat.[3]

Plot[sunting | sunting sumber]

Filem ini mengisahkan tentang Adnan dan Bobby bersama-sama dengan isteri mereka, Nadia dan Wawa ingin bercuti ke Bangkok sambil menjalankan perniagaan di sana. Namun, malangnya pasport Nadia dan Wawa tercicir dan tidak dapat bercuti bersama dengan suami mereka.

Tapi itu semua adalah rancangan Nadia yang mahu berehat dari menjaga anaknya bersama Adnan. Disebabkan itu dia membenarkan Adnan membawa bayi mereka ke Bangkok. Manakala pasport Wawa pula disembunyikan oleh Bobby kerana suaminya itu mahu bebas di Bangkok untuk sementara waktu.

Ketika mereka berdua di Bangkok, bayi Adnan telah hilang di lapangan terbang dek kecuaian Adnan sendiri. Sehinggakan Adnan berasakan bayinya telah diculik oleh sindiket jahat dan kejadian itu telah membuatkan Adnan dan Bobby bertemu dengan Nok, lakonan Lalisa Santirod, iaitu seorang wanita Thailand yang Adnan rasakan telah menculik bayinya itu.

Di sinilah bermulanya episod mereka melakukan pelbagai cara bagi mendapatkan kembali bayi Adnan. Tanpa diduga, rupanya bayi yang disangkakan anak Adnan itu turut menjadi buruan banyak gengster yang menginginkan bayi tersebut. Siapakah sebenarnya Nok? Adakah bayi yang ada bersama Nok itu bayi Adnan? Adakah Adnan dan Bobby terselamat daripada ancaman gengster?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Adnan Sempit Sawadikap diarahkan oleh Ismail "Bob" Hasim, dan merupakan filem Adnan Sempit ketiga arahannya. Ia sekali gus memperlihatkan Metrowealth Movies Production menjadi produksi filem pertama menerbitkan kesinambungan filem ini hingga siri keempat. Filem ini menjalani penggambaran sebanyak 95% di Thailand melibatkan beberapa lokasi menarik di Bangkok. Adnan Sempit Sawadikap mengekalkan sebahagian besar pelakon asalnya kecuali Angah Raja Lawak dan turut melibatkan beberapa pelakon di negara Gajah Putih, termasuk Lalisa Santirod.[4]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Filem ini ditayangkan di pawagam di seluruh negara pada 7 Ogos 2014 dan mencatat kutipan pecah panggung sebanyak RM1.269 juta, sekali gus gagal meraih sambutan siri pertama Adnan Sempit yang pernah mencatat RM 7.66 juta.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Aqmar Mustaza (9 Ogos 2014). Adnan Sempit Sawadikap tetap pecah perut Sinar Harian. Dicapai pada 10 Ogos 2014.
  2. ^ Adnan Sempit Sawadikap satu kelainan Galaksi Media. Dicapai pada 1 Ogos 2014.
  3. ^ SEKUEL KE-4 ADNAN SEMPIT SAWADIKAP Bro Framestone (7 Ogos 2014). Dicapai pada 8 Ogos 2014.
  4. ^ Nurfarhana Mohamed (30 Julai 2014). Adnan Sempit Sawadikap sudah datang Utusan Malaysia. Dicapai pada 1 Ogos 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]