Adobe Systems

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Adobe Inc.)
Adobe Systems Incorporated
Dinamakan sempenaAdobe Creek Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahAwam (NASDAQ: ADBE)
ISINUS00724F1012 Sunting ini di Wikidata
IndustriPerisian komputer[1]
DitubuhkanMountain View, California (1982)
PengasasCharles Geschke
John Warnock
Ibu pejabatSan Jose, California,  Amerika Syarikat
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh pentingCharles Geschke, Pengasas
John Warnock, Pengasas
Shantanu Narayen, Presiden & CEO
KeluaranLihat List of Adobe products
Hasil $ 3.579 bilion (2008)[2]
Pendapatan kendalian $ 1.028 bilion (2008)[2]
Pendapatan bersih $ 871.8 juta (2008)[2]
Modal252,820,000,000 Dolar Amerika Syarikat (2022) Sunting ini di Wikidata
Jumlah aset $ 5.821 bilion (2008)[2]
Jumlah ekuiti $ 4.410 bilion (2008)[2]
Bilangan kakitangan7,173 (February 2009)[3]
Anak syarikatMarketo, Adobe Creative Cloud Sunting ini di Wikidata
Tapak webAdobe.com
Facebook: Adobe Twitter: Adobe Instagram: adobe LinkedIn: adobe Youtube: UC5_SBQbLA9Kg7Jh5GpXoP3g GitHub: adobe Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Adobe Systems Incorporated (disebut "a-do-bi" (NASDAQ: ADBE) ialah sebuah syarikat perisian komputer yang berpangkalan di San Jose, California, Amerika Syarikat. Syarikat ini tertumpu pada perekaan keluaran perisian multimedia dan kreatif, di samping melibatkan diri dalam pembangunan perisian aplikasi Internet kaya.

Adobe diasaskan pada Disember 1982[3] oleh John Warnock dan Charles Geschke yang meninggalkan Xerox PARC untuk membangunkan dan menjual bahasa perihalan halaman PostScript. Pada tahun 1985, Apple Computer melesenkan PostScript untuk kegunaan keluaran mesin cetak LaserWriter yang membantu mencetuskan revolusi penerbitan meja. Nama syarikat Adobe berasal dari anak sungai Adobe yang mengalir di belakang rumah salah seorang pengasasnya di Los Altos, California.[3] Adobe membeli bekas pesaingnya, Macromedia, pada Disember 2005, lantas memperbaharui portfolio keluarannya dengan keluaran dan platform perisian baru seperti Adobe Flash dan Adobe Flex.

Tepat pada Februari 2009, Adobe Systems ada 7,173 orang kakitangan,[3] 40% daripada mereka bertugas di San Jose. Adobe juga menjalankan operasi pembangunan penting di Orlando, Florida; Seattle, Washington; San Francisco, California; Minneapolis, Minnesota; Newton, Massachusetts; San Luis Obispo, California (AS); Ottawa; Ontario (Kanada); Hamburg (Jerman); Noida dan Bangalore (India); Bucharest (Romania); dan Beijing (China).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Adobe - Company Overview - Hoover's
  2. ^ a b c d e "Financial Tables". Adobe Systems Investor Relations. Dicapai pada 2009-01-23.
  3. ^ a b c d "Adobe Fast Facts" (PDF). 2009-03-09. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2005-12-11. Dicapai pada 2009-04-04.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]