Adrenalin (album)
Adrenalin | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | Disember 2009 (digital, separuh siap) 11 Mac 2010 (CD, lengkap) | |||
Dirakamkan pada | 2009 – 2010 | |||
Tempat | Malaysia | |||
Genre | Rock, Balada | |||
Bahasa | Bahasa Melayu Malaysia | |||
Syarikat | Monkey Bone Records | |||
Penerbit | Audi Mok, Faizal Tahir, Ahmad Izham Omar, Lam Swee Kim, Jacynta Au - Yong | |||
Kronologi Faizal Tahir | ||||
| ||||
Single daripada Adrenalin | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Adrenalin ialah album studio kedua Faizal Tahir sepanjang kerjayanya dalam bidang nyanyian dan rakaman muzik. Album ini keluar terdahulu dalam bentuk album mini muat turun digital di perkhidmatan muzik Internet dan mudah alih terpilih pada akhir tahun 2009, sementara menunggu lagu-lagu lain untuk album selengkapnya. Akhirnya, album Adrenalin telah siap dan dikeluarkan dalam bentuk CD lengkap pada 11 Mac 2010, terbitan Monkey Bone Records.
Album ini menerima pencalonan Album Rock Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-17 yang diadakan pada Mei 2010. Bagaimanapun, adalah diingatkan bahawa tempoh kelayakan album untuk AIM17 adalah keluaran 1 Januari hingga 31 Disember 2009, maka timbulnya kemusykilan sesetengah pihak mengenai kelayakan album ini. Faizal membalas kemusykilan itu dengan keluaran digital awal-awal sebagai penjelasan.
Senarai Runut
[sunting | sunting sumber]# | Lagu | Masa | Komposer dan Penulis Lirik |
---|---|---|---|
1 | "Adrenalin" | 3:16 | Audi Mok, Faizal Tahir |
2 | "Superhero" | 3:05 | |
3 | "Selamat Malam" | 4:04 | |
4 | "Karma" | 4:13 | |
5 | "Hanyut" | 3:55 | |
6 | "Bencinta" | 4:09 | |
7 | "Muzik" | 3:20 | |
8 | "Semesta" | 3:53 | |
9 | "Semesta (Extended)" | 3:08 | |
10 | "Hanyut (Akustik)" | 3:32 | Jamie Wilson |
Produksi
[sunting | sunting sumber]Album ini diterbitkan oleh Audi Mok dari re:PLAY Music Sdn. Bhd., juga sebagai penyusun, perakam, dan penggubah. Ini juga merupakan album terbitan bersama Faizal Tahir sendiri. Penerbit eksekutif untuk album ini ialah Ahmad Izham Omar, Lam Swee Kim, dan Jacynta Au - Yong dari Monkey Bone.
Album ini telah menjalani proses rakaman dan mixing di FUSE, Petaling Jaya, Malaysia. Jurutera rakaman bantuan termasuklah Wong Seng Jinn, Wong Chee Meng, Jessica Chong, Li On, dan Freddy Nee, semua dari FUSE. Pam Yuen dan Shazee Ishak bertindak selaku pembantu produksi bersama Nikki Palikat sebagai pemberi tajuk kepada lagu dan jurutera mastering, Nick Lee dari The Ark Studios, Kuala Lumpur, Malaysia.
Anugerah
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Karya Tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2009 | Anugerah Juara Lagu | Terbuka | Bencinta | Menang Tempat Ketiga |
2010 | Anugerah Industri Muzik | Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Lelaki) | Tercalon | |
Lagu Rock Terbaik | Tercalon | |||
Album Rock Terbaik | Menang | |||
Album Terbaik | Menang | |||
Anugerah Juara Lagu | Terbuka | Selamat Malam | Tercalon | |
Hanyut | Menang Persembahan Terbaik | |||
2011 | Anugerah Planet Muzik | Artist Lelaki Terbaik | Menang | |
Lagu Terbaik Malaysia | Hanyut | Tercalon | ||
Anugerah Industri Muzik | Video Muzik Terbaik | Karma | Tercalon | |
Anugerah Juara Lagu | Terbuka | Menang Tempat Ketiga |