Adriana Adnan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Adriana Adnan
Kelahiran (1995-02-06) 6 Februari 1995 (umur 24)
Kuala Lumpur, Malaysia
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPengacara, pelakon, model
Tahun aktif2015–kini
Ibu bapaAdnan Derahman (bapa)
Zamzarina Zambri (ibu)

Adriana Adnan (lahir 6 Februari 1995)[1] merupakan seorang pengacara televisyen dan pelakon wanita Malaysia, dan merupakan anak kepada Zamzarina Zambri, pengacara dan penyampai berita RTM.[2] Beliau terkenal sebagai pengacara rancangan hLive di Astro Ria dan juga terkenal dengan peranan televisyen termasuk sebagai Jannah dalam Suri Hati Mr. Pilot (2016) dan sebagai Farhana dalam Lafazkan Kalimah Cintamu (2018).[3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan pada 6 Februari 1995 di Kuala Lumpur, Adriana merupakan anak sulung daripada tiga beradik.[1] Ibunya, pengacara TV terkenal Datin Zamzarina Zambri telah mempengaruhi beliau menjadi pengacara TV.[4] Bapanya, Adnan Derahman merupakan pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau merupakan lulusan Diploma Perakaunan di UiTM kampus Tapah, Perak dan peringkat Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di universiti sama di kampus Shah Alam, Selangor.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Mewarisi bakat pengacaraan daripada ibunya, Adriana memulakan kerjaya penyiarannya dengan menyertai rancangan Pencarian Wajah Baharu HLive! di mana beliau terpilih menjadi wartawan lokasi dan pengacara bersama Donna Muslim.[1] Sejak 2016, beliau merupakan salah seorang pengacara rancangan hiburan Astro Ria, HLive!. Adriana juga pernah mengacarakan rancangan Lawak Pagi bersama Abam Bocey di Astro Warna.

Kerjaya lakonannya bermula sebaik sahaja ditawarkan berlakon dalam drama adaptasi novel, Suri Hati Mr. Pilot lakonan Fattah Amin dan Neelofa; beliau memegang watak Jannah.[5] Beliau seterusnya memegang watak antagonis dan penggoda sebagai Zehra dalam Urusan Hati Cik Drama Queen yang dibintangi oleh Scha Al-Yahya dan Aiman Hakim Ridza.[6]

Selain itu, beliau juga pernah muncul dalam muzik video "Pematah Hati" nyanyian Nabila Razali. Adriana mencapai kejayaan meluas dalam bidang lakonan dengan berlakon di samping Dato' Farid Kamil dan Nelydia Senrose dalam drama adaptasi novel karya Siti Rosmizah, Lafazkan Kalimah Cintamu yang mana beliau menjayakan watak Farhana, rakan karib Tengku Aqilah lakonan Nelydia.[7] Beliau berkata dalam temuramah bersama Harian Metro: "Ini drama paling panjang pernah saya jayakan setakat ini iaitu 32 episod. Saya tertarik dengan jalan ceritanya yang diadaptasi daripada novel popular. Ada beberapa babak saya perlu bermain dengan emosi,"[2]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Adriana mempunyai seramai 100,000 pengikut di akaun Instagram beliau dan kerap berkongsi maklumat mengenai kerjayanya sebagai pengacara dan pelakon. Selain itu, beliau juga bergiat aktif dalam sukan kickboxing.[1]

Adriana mengikat tali pertunangan dengan Harez Hazim Hazrin pada 15 Disember 2018[8] dan dijangka bakal melangsungkan perkahwinan pada 31 Ogos 2019.[9]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Televisyen
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2015 Pencarian Wajah Baharu HLive! Wartawan lokasi Astro Ria
2016-kini hLive Dirinya sendiri/pengacara
2016 Suri Hati Mr. Pilot Jannah
2017 AM Live Dirinya sendiri/pengacara
PM Live
Lawak Pagi Dirinya sendiri Astro Warna
Urusan Hati Cik Drama Queen Zehra Astro Ria
Jula Juli Bintang Cinta Juli Astro Citra
Jula Juli Bintang Putus Cinta
2018 Lafazkan Kalimah Cintamu Farhana Astro Ria
Muzik video
Tahun Tajuk Penyanyi Peranan
2017 "Pematah Hati" Nabila Razali Dirinya sendiri

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Azlan Jusoh (6 April 2017). "Biodata Adriana Adnan". Azhan.co. Dicapai 22 Jun 2018. 
  2. ^ a b Najiy Jefri (18 Februari 2018). "Adriana hadkan lakonan". Harian Metro. Dicapai 19 Jun 2018. 
  3. ^ Najiy Jefri (27 Januari 2017). "Ikut pesan mama". Harian Metro. Dicapai 19 Jun 2018. 
  4. ^ Arina Azlan (31 Oktober 2016). "Cabang rezeki Adriana". Kosmo!. Dicapai 22 Jun 2018. 
  5. ^ Suziana Abu Daid (11 Februari 2017). "Suri Hati Mr. Pilot lonjak nama Adriana Adnan". Karangkraf. Dicapai 22 Jun 2018. 
  6. ^ Kamaruddin Razal (2 Februari 2017). "Adriana Adnan goda Aiman Hakim Ridza". Astro Gempak. Dicapai 19 Jun 2018. 
  7. ^ Zulhilmi Jalil (16 Januari 2018). "Drama papar derita anak disisih keluarga". Kosmo!. Dicapai 6 Mei 2018. 
  8. ^ Zaidi Mohamed (15 Disember 2018). Adriana selamat bertunang dengan pilihan hati Berita Harian. Dicapai pada 28 Disember 2018.
  9. ^ Zulaikha Yusof (17 Disember 2018). Kenal tunang menerusi rakan baik, Adriana Adnan bakal nikah 31 Ogos 2019 Astro Gempak. Dicapai pada 28 Disember 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]