Adrien Rabiot

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Adrien Rabiot
Rus-Fra 2018 (3).jpg
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1995-04-03) 3 April 1995 (umur 24)
Tempat lahirSaint-Maurice, Perancis
Ketinggian1.88 m[1]
Posisi permainanPemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniJuventus
Nombor25
Kerjaya remaja
2001–2003Créteil
2003–2004Alfortville
2004–2008Créteil
2008Manchester City
2008–2009Pau
2009–2010Pôle Espoirs de Castelmaurou
2010–2012Paris Saint-Germain
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2012–2014Paris Saint-Germain B9(0)
2012–2019Paris Saint-Germain150(13)
2013Toulouse (pinjam)13(1)
2019–Juventus0(0)
Pasukan kebangsaan
2010Perancis B162(0)
2011–2012Perancis B175(0)
2012Perancis B181(0)
2012–2013Perancis B1920(4)
2014Perancis B206(0)
2013–2016Perancis B2119(1)
2016–Perancis6(0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 5 Disember 2018.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 27 Mac 2018

Adrien Rabiot (Sebutan bahasa Perancis: [adʁijɛ̃ ʁabjo]; lahir 3 April 1995) merupakan seorang pemain bola sepak Perancis yang bermain di posisi pemain tengah untuk kelab Serie A, Juventus dan pasukan kebangsaan Perancis.

Beliau banyak menghabiskan kariernya bersama kelab Paris Saint-Germain. Beliau telah melakukan penampilan sulung untuk kelab tersebut pada tahun 2012 dan telah berjaya memenangi 18 pencapaian termasuklah lima gelaran Ligue 1 dan meraih "treble" domestik ketika musim 2015-16 dan 2017-18. Pada tahun 2019, Rabiot berpindah ke Juventus dalam perpindahan percuma.

Rabiot telah beraksi dalam 53 perlawanan untuk Perancis di peringkat remaja dan melakukan penampilan sulung untuk pasukan senior pada tahun 2016.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Paris Saint-Germain[sunting | sunting sumber]

Rabiot telah dilahirkan di Saint-Maurice, Val-de-Marne. Beliau bermain bola sepak di peringkat belia untuk beberapa buah pasukan antaranya di Créteil-Lusitanos dan Manchester City. Pada 2 Julai 2012, selepas beraksi cemerlang di Camp des Loges, Rabiot menandatangani kontrak profesional selama tiga tahun bersama kelab Paris Saint-Germain.

Rabiot telah ditawarkan untuk ke skuad senior oleh pengurus Carlo Ancelotti semasa musim 2012–13. Dalam sesi pra-musim, beliau telah beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Barcelona. Pada 26 Ogos, beliau beraksi dalam penampilan sulungnya di Ligue 1 ketika terikat seri tanpa jaringan menentang Bordeaux.

Rabiot beraksi dalam penampilan sulungnya di Liga Juara-Juara Eropah pada 6 November 2012 ketika pasukannya menang 4-0 ke atas wakil Croatia, Dinamo Zagreb. Pada Januari 2013, beliau telah dipinjamkan ke kelab Toulouse. Beliau menjaringkan gol pertamanya pada 9 Mac 2013 ketika membantu pasukannya menang topos 1-0 ke atas Brest dari jarak 25 ela.

Kembali ke PSG, Rabiot tampil dalam 46 perlawanan dan mencetak enam gol dalam dua musim berturut-turut iaitu dari tahun 2013 hingga 2015. Beliau memulakan kempen bagi musim 2015–16 dengan hambar apabila dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua dalam masa hanya 29 minit ketika perlawanan pembukaan menentang Lille.[2]

Rabiot menjaringkan gol pertamanya dalam pentas Eropah pada 25 November 2015 ketika menentang Malmö dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.[3] Beliau sekali lagi mencipta nama sebagai penjaring gol ketika perlawanan menentang Chelsea di Stamford Bridge yang berkesudahan PSG menang 2-1 sekali gus meletakkan PSG untuk layak ke peringkat suku akhir selepas meraih kemenangan 4-2 menerusi agregat.[4] Empat hari seterusnya, beliau menyumbat gol ketika PSG membelasah pasukan tercorot, Troyes bagi memastikan PSG merangkul trofi liga dengan berbaki lapan perlawanan liga untuk menamatkan kempen.[5]

Rabiot beraksi untuk PSG pada tahun 2013.

Pada 23 April 2016, Rabiot telah dibuang padang pada aksi final Coupe de la Ligue menentang Lille.[6] Dengan menggabungkan dua musim, beliau telah menghasilkan empat gol dalam 60 penampilan serta telah menggenggam kejuaraan liga ketika musim 2017–18.[7]

Pada lewat Oktober 2018, Rabiot dan Kylian Mbappé telah digugurkan daripada kesebelasan utama oleh pengurus baru, Thomas Tuchel setelah mereka berdua lewat untuk hadir ke perjumpaan pra-perlawanan.[8] Pada Januari 2019, beliau menolak untuk memperbaharui kontraknya serta gagal untuk tampil dalam pasukan utama buat beberapa bulan sebelum ini. Beliau dipaksa untuk berlatih dengan pemain-pemain simpanan.[9]

Pada 14 Mac 2019, Rabiot telah digantung oleh PSG sehingga penghujung bulan tersebut kerana pergi ke kelab malam selepas kekalahan 3-1 kepada Manchester United dalam pentas pusingan ke-16 Liga Juara-Juara dan kerana menyukai siaran Instagram oleh Patrice Evra yang meraikan kemenangan United.[10]

Juventus[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Julai 2019, Rabiot menyertai juara Serie A, Juventus menerusi perpindahan percuma.[11]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Ogos 2013 iaitu ketika baru berusia 18 tahun, Rabiot tampil dalam penampilan sulungnya untuk pasukan bawah-21 Perancis dalam perlawanan persahabatan menentang Jerman yang tamat seri 0-0. Beliau bersiap sedia untuk skuad Euro 2016[12] tetapi beliau tidak dipanggil untuk skuad terakhir.

Rabiot melakukan penampilan pertamanya untuk pasukan kebangsaan Perancis pada 15 November 2016 ketika perlawanan persahabatan menentang Ivory Coast.[13][14] Pada 17 Mei 2018, beliau disenaraikan ke dalam pemain simpanan oleh Didier Deschamps bagi skuad Piala Dunia 2018.[15] Walau bagaimanapun, beliau menolak untuk dimasukkan ke dalam senarai tersebut dengan menghantar e-mel kepada jurulatih dan menyatakan bahawa beliau "tidak mampu untuk mengikuti program latihan". Presiden Persekutuan Bola Sepak Perancis, Noël Le Graët lantas komen: "Dia (Rabiot) telah melakukan keputusan buruk. Dia menghukum dirinya sendiri dan memberi hukuman sendiri."[16]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 22 Disember 2018.
Kelab Musim Liga Piala[nb 1] Eropah[nb 2] Lain[nb 3] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Perancis Paris Saint-Germain 2012–13 6 0 2 0 1 0 9 0
2013–14 25 2 3 1 6 0 0 0 34 3
2014–15 21 4 8 0 4 0 0 0 33 4
2015–16 24 1 10 2 7 3 1 0 42 6
2016–17 27 3 7 1 5 0 0 0 39 4
2017–18 33 1 8 2 8 1 1 1 50 5
2018–19 14 2 0 0 5 0 1 0 20 2
Jumlah 150 13 38 6 36 4 3 1 227 24
Perancis Toulouse (pinjam) 2012-13 13 1 0 0 13 1
Itali Juventus 2019-20 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
Jumlah kerjaya 163 14 38 6 36 4 3 1 240 25

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 27 Mac 2018.
Pasukan kebangsaan Perancis
Tahun Kmncln Gol
2016 1 0
2017 4 0
2018 1 0
Jumlah 6 0

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Paris Saint-Germain

Individu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Rabiot Adrien" (dalam bahasa French). Paris Saint-Germain F.C. Dicapai 14 December 2015. 
  2. ^ "Lille 0–1 PSG: Lucas Moura rifles 10-man Parisiens to win". Goal. 7 August 2015. Dicapai 7 August 2015. 
  3. ^ "Ibrahimović's happy return as Paris thrash Malmö". UEFA. 25 November 2015. Dicapai 10 March 2016. 
  4. ^ "Paris Saint-Germain beat Chelsea because of Adrien Rabiot's hair". Fox Sports. 9 March 2016. Dicapai 10 March 2016. 
  5. ^ "PSG win Ligue 1 title as Zlatan Ibrahimovic nets nine-minute hat trick". ESPN FC. 13 March 2016. Dicapai 13 March 2016. 
  6. ^ "PSG 2–1 Lille: Di Maria nets winner in cup final". Goal. 23 April 2016. Dicapai 23 April 2016. 
  7. ^ Piferrer, Dídac; Gillingham, Geoff (3 July 2018). "Abidal meets with Rabiot's mother to discuss signing PSG midfielder". Marca. Dicapai 9 January 2019. 
  8. ^ Kershaw, Tom (30 October 2018). "Neymar says Kylian Mbappe must 'respect the schedules' after Thomas Tuchel drops PSG star for lateness". The Independent. Dicapai 22 January 2019. 
  9. ^ "Adrien Rabiot calls on French FA to force Paris Saint-Germain to allow him to return to first-team setup". Sky Sports. 21 January 2019. Dicapai 22 January 2019. 
  10. ^ "PSG outcast Rabiot suspended over night out". France 24. 14 March 2019. Dicapai 15 March 2019. 
  11. ^ "À bientôt, Rabiot!". Juventus.com. Dicapai 2019-07-01. 
  12. ^ "N'Golo Kante in France's Euros squad; Lacazette, Gameiro, Ben Arfa miss out". ESPN FC. 12 May 2016. Dicapai 10 June 2016. 
  13. ^ "France fail to break down Ivory Coast in goalless friendly". ESPN FC. 15 November 2016. Dicapai 27 November 2016. 
  14. ^ "Rabiot: I think my goose is cooked". Fox Sports Asia. 16 November 2016. Diarkibkan daripada asal pada 28 November 2016. Dicapai 27 November 2016. 
  15. ^ "Alexandre Lacazette and Anthony Martial on standby for France World Cup squad and Dimitri Payet out". Sky Sports. 17 May 2018. Dicapai 17 May 2018. 
  16. ^ "Adrien Rabiot: France midfielder refuses to be on World Cup standby list". BBC Sport. 23 May 2018. Dicapai 23 May 2018. 
  17. ^ "PSG Champions as Lille held at Toulouse". Ligue 1. 21 April 2019. Dicapai 21 April 2019. 
  18. ^ "Paris Saint-Germain set record with fourth straight Coupe De France crown". Goal. 8 May 2018. Dicapai 8 May 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]