Adu kabau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Adu kabau

Adu kabau ialah suatu temasya yang digiat dalam kalangan masyarakat Minangkabau melibatkan peraduan antara dua ekor kerbau. Ia kini hanya dapat dilihat di Kecamatan Sepuluh Koto, Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat.

Ia menjadi hiburan bagi masyarakat tersebut, namin sebahagian orang ada juga menilai kegiatan ini sebagai perkara tidak berperasaan perikemanusiaan.[1]

Tatacara[sunting | sunting sumber]

Permainan ini hanya diadakan dalam kalangan ketua-ketua masyarakat ("urang gadang") yang menternak kerbau. Hanya kerbau jantan sahaja yang diadukan; terutamanya yang digunakan untuk mengerjakan sawah padi.

Pertandingan ini sering diadakan di lapangan atau padang luas serupa padang bola sepak. Semasa acara adu ini sadang berlangsung, penonton ya g terlibat turut biasa memakai sarung terlilit di leher.[2]

Peranan dalam budaya Minangkabau[sunting | sunting sumber]

Muasal masyarakat Minangkabau ada berkait rapat dengan sukan ini terutamanya dalam kalangan warga Sumbar yang diceritakan pernah diancam bahaya para askar dari suatu kerajaan yang tiba dati Pulau Jawa.[2] Kedua-dua pihak ini memutuskan untuk beradu kerbau sahaja, maka mereka menyiapkan kerbau lawan masing-masing. Orang Jawa mampu mendapatkan kerbau yang besar gadang kuat di daerah mereka. Namun, orang Sumbar pula merancang suatu idea bijak: mereka mengambil seekor anak kerbau lalu dihalang menyusu selama dua hari., manakala pisau tajam dipasangkan kepada kepala anak kerbau itu.

Apabila peraduan tersebut akhirnya bermula, orang-orang Sumbar ini segera melepaskan anak kerbau tersebut ke padang. Anak kerbau tersebut berlari mengejar kerbau besar itu yang disangka induk atau emaknya tangah parak. Anak kerbau itu akhirnya terserodok perut kerbau besar tersebut sehingga terburai isi perutnya lalu kerbau gadang tersebut mati.[2] Pihak Sumbar berjaya memenangi ("manang") peraduan ini - peristiwa ini diabadikan dalam panggilan Minangkabau (daripada "manang kabau") kepada masyarakat ini, sambil juga menerapkan unsur-unsur berkait haiwan tersebut dalam budaya orang ini termasuk seni binanya (dalam atap Rumah Bogonjong dan Rumah Gadang) serta pakaian tradisi (Baju Tanduak Kabau).[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Ensiklopedi Minangkabau. PPIM Sumatera Barat. 2005.
  2. ^ a b c https://www.liputan6.com/news/read/97884/adu-kerbau-adu-kehormatan