Adult Swim
Adult Swim | |
---|---|
![]() | |
Dilancarkan | 2 September 2001 |
Rangkaian |
|
Dimiliki oleh | Cartoon Network Inc. (Turner Broadcasting System) |
Format gambar | 1080i HDTV (dikecilkan kepada 480i untuk SDTV) |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa |
|
Kawasan siaran | Kebangsaan |
Ibu pejabat | |
Laman sesawang | www |
Ketersediaan (blok rancangan Cartoon Network) | |
Satelit | |
DirecTV US |
|
Dish Network |
|
C band | |
Kabel | |
Available on most cable providers | Channel slots vary in each operator |
Verizon FiOS |
|
IPTV | |
AT&T U-Verse |
|
CenturyLink Prism |
|
Google Fiber | Channel 351 (HD/SD) |
Media penstriman | |
Adult Swim Live | (available daily from 9 p.m.–6 a.m. ET/PT) |
Sling TV | Internet Protocol television |
DirecTV Now | Internet Protocol television |
PlayStation Vue | Internet Protocol television |
Hulu Live TV | Internet Protocol television |
Amazon Fire TV | Internet Protocol television |
Roku | Internet Protocol television |
Adult Swim (digayakan sebagai [adult swim]) ialah suatu blok rancangan waktu malam berorientasikan dewasa dalam saluran televisyen kabel anak-anak Amerika Syarikat, Cartoon Network. Slot ini disiarkan setiap malam dari jam 9 pagi hingga 6 pagi (Waktu Timur dan Pasifik). Ia mempunyai studio produksi televisyen Williams Street Productions yang juga menerbitkan Toonami serta juga Miguzi.[1]
Siaran ini mula dilancarkan pada tahun 2001 sebagai suatu program alternatif yang mengisi slot waktu malam Cartoon Network ketika penonton sasaran utama Cartoon Network - yakni anak-anak berumur antara 6-15 tahun - biasanya akan tidur. Kebanyakan kandungan umum Adult Swim cenderung bercirikan eksperimental, spontan, penuh satira dan matang dengan animasi yang disengajakan berestetika murah dan surealis. Pada tahun 2005, blok telah diberikan laporan penarafan Nielsen sendiri dari Cartoon Network kerana menyasarkan demografi yang berasingan.
Isi kandungan
Gambaran umum[sunting | sunting sumber]
Blok ini mempamerkan animasi dan pertunjukan aksi semasa sama ada ia daripada produksi saluran itu sendiri, siri sindikasi sedia ada (misalnya American Dad!, Family Guy dan Bob's Burgers milik Fox), filem pendek, animasi video asal serta siri anime, tanpa atau kurang penapisan. Slot ini sendirinya mempunyai kontrak dengan pelbagai studio yang dikenali untuk produksi mereka dalam komedi aneh dan spontan.[2] Ciri program-program yang dihasilkan untuk slot ini dan disiarkan pada saluran yang diketahui sesuai untuk semua lapisan umum kadangkala menjadi suatu perkara terlalu berkontroversi dan provokatif, namun ada yang melihat pendekatan ini yang mempersoalkan norma masyarakat umum melalui gaya produksi ia sangat dialu-alukan.
Seperti Cartoon Network, jangkauan Adult Swim melalui pelbagai perkhidmatan berjumlah 94 juta isi rumah Amerika.[3]
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "1st Show Aired, a bump broadcast on Adult Swim on November 23, 2008". bumpworthy.com. Dicapai 10 Ogos 2011.
- ^ "Thinking small". Channelweb.co.uk. Dicapai 25 November 2017.
- ^ "Cable Network Coverage Area Household Universe Estimates: January 2016 - Broadcasting & Cable". Broadcastingcable.com. Dicapai 25 November 2017.