Aermacchi MB-339

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
MB-339
Pesawat Aermacchi MB-339CD semasa di RIAT 2004.
Peranan Pesawat serangan ringan / latihan lanjut
Pengeluar Alenia Aermacchi
Penerbangan sulung 12 Ogos, 1976
Pengguna utama Tentera Udara Itali
Dikeluarkan 1978-kini
Jumlah dibina > 213 buah
Dibangunkan dari Aermacchi MB-326

Aermacchi MB-339 merupakan sebuah pesawat latihan lanjut dan penyerang ringan keluaran Itali. Pesawat ini telah direka dan dibangunkan untuk mengantikan pesawat MB-326.

Rekabentuk dan pembangunan[sunting | sunting sumber]

MB-339 memiliki konfigurasi konvensional dan mempunyai persamaan dengan kerangka MB-326. Pesawat ini memiliki sayap rendah dan lurus dengan tangki-tangki di hujungnya dan saluran masuk udara di pangkal, tiga roda giar pendaratan. Kedudukan pelatih dan pengajar diatur dalam kedudukan selari. Perubahan ketara adalah kedudukan fiuslaj hadapan bagi kerusi pengajar ditinggikan bagi mendapatkan kadar penglihatan yang lebih baik yang mana melepasi kepala pelatih.

Penenrbangan sulung dilakukan pada 12 Ogos, 1976 dan penghantaran kepada Tentera Udara Itali bermula pada tahun 1979. Pesawat ini masih dikeluarkan dengan versi yang dipertingkat upaya dan kokpit yang lebih moden. Lebih 200 buah pesawat MB-339 telah dibina, separuh darinya dibekalkan kepada Tentera Udara Itali.

Pesawat Lockheed-Aermacchi MB-339 T-Bird II telah dikalahkan dalam pemilihan pesawat bagi Sistem Pesawat Latihan Usahasama Utama Amerika Syarikat. Sebanyak tujuh pesawat telah bertanding, yang mana telah dimenangi oleh firma Raytheon/Pilatus, yang mana telah menghasilkan T-6 Texan II.

Berdasarkan artikel yang dipamerkan di laman web Itali, 'Il Porto Franci', bertajuk 'Armi e finanziamenti nel corno d'Africa', Eritrea telah membayar sebanyak AS$ 50 juta untuk mendapatkan enam buah pesawat MB-339 CE pada 1997. Ini merupakan pesawat asal MB-339 dan dilengkapkan dengan sistem avionik termaju untuk peranan serangan darat, RWR, enjin Viper 680-43, dan tangki-tangki hujung sayap yang lebih besar. Pesawat ini difahamkan berupaya untuk membawa peluru berpandu Sidewinder, AGM-65 Maverick, dan bom panduan laser. Kos seunit pesawat MB-339C dianggarkan berharga kira-kira AS$ 8.3 juta pada tahun 1997.

Kelainan[sunting | sunting sumber]

MB-339X
Dua buah pesawat prototaip
MB-339A
Versi pengeluaran awal bagi Itali
MB-339PAN
Versi untuk pasukan aerobatik Frecce Tricolori
MB-339RM
Versi penyelarsan radio dan radar
MB-339AM
MB-339A versi bagi Malaysia.
MB-339AN
MB-339A versi bagi Nigeria.
MB-339AP
MB-339A versi bagi.
MB-339K Veltro II
Versi pesawat penyerang satu tempat duduk, membuat penerbangan sulung pada 1980
MB-339B
Pesawat latihan dengan keupayaan serangan dipertingkatkan
MB-339C
Enjin yang lebih berkuasa
MB-339CB
Versi untuk New Zealand (latihan senjata dengan penanda laser, penjejak radar, keupayaan AIM-9L dan AGM-65 Maverick - 17 buah masih tinggal - dalam simpanan di Pangkalan Tentera Udara New Zealand Ohakea, New Zealand)
MB-339CE
MB-339C versi untuk Eritrea.
MB-339CM
MB-339C versi untuk Malaysia.
MB-339CD
Peralatan dan kawalan penerbangan dimodenkan.
MB-339FD ("Digital Sepenuhnya")
Versi eksport bagi MB-339CD
MB-339 T-Bird II (Lockheed T-Bird II)
Versi untuk pertandingan JPATS, A.S.

Pengguna[sunting | sunting sumber]

Frecce Tricolori semasa ulang tahunnya di RIAT 2005.
 Argentina
 Emiriah Arab Bersatu
 Eritrea
 Ghana
 Indonesia
 Itali
 Malaysia
 Nigeria
 New Zealand
 Peru
 Venezuela

Spesifikasi (MB-339A)[sunting | sunting sumber]

Unjuran Ortografik daripada Aermacchi MB-339A
Unjuran Ortografik daripada Aermacchi MB-339A

Ciri umum

  • Anak kapal: Dua, pelatih dan pengajar
  • Panjang: 10.97 m (36 kaki 0 in)
  • Rentang sayap: 10.85 m (35 kaki 7 in)
  • Tinggi: 3.99 m (13 kaki 1 in)
  • Sayap luas: 19.3 m² (208 kaki²)
  • Berat kosong: 3,075 kg (6,780 lb)
  • Berat berlepas maksimum: 4,400 kg (9,700 lb)
  • Loji kuasa:Rolls-Royce Viper Mk. 632 , 4,000 lbf (17.8 kN)

Prestasi

Persenjataan

  • Sehingga 1,800 kg (4,000 lb) muatan persenjataan di enam tenggekan, termasuk peluru berpandu AIM-9, AGM-65 AGM, Marte ASM, pod meriam, bom, dan roket. (pilihan bagi 2x 7.62 mm minigun atau 2x 30 mm meriam untuk versi MB-339CD)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding