Aero India

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aero India
Sebuah pesawat Sukhoi Su-30MKI milik Tentera Udara India semasa edisi ke-6, Aero India.
LokasiBangalore
NegaraIndia
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Aero India merupakan satu pameran penerbangan dan pertunjukan udara dwi-tahunan yang diadakan di Stesen Tentera Udara Yelahanka, Bangalore, India. Ia dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan dengan kerjasama Pertubuhan Pembangunan dan Penyelidikan Pertahanan (DRDO), Tentera Udara India (IAF), Jabatan Angkasa dan Kementerian Kesatuan untuk Penerbangan Awam.

Edisi pertama bagi pertunjukan udara ini telah diadakan pada tahun 1996. Manakal edisi ke-7 telah diadakan pada 11-15 Februari, 2009, yang mana telah berjaya menarik 592 pempamer daripada lebih dari 25 buah negara[1] menjadikan ia sebagai pertunjukan udara terbesar di Asia.[2] Dalam beberapa tahun ini, Aero India telah muncul sebagai salah satu pameran penerbangan tentera yang paling penting dan besar. Pesawat Mikoyan MiG-35 dan F-16IN Super Viper masing-masing telah dipamerkan buat pertama kali pada edisi ke-6 dan ke-7 Aero India.[3][4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://economictimes.indiatimes.com/News/News_By_Industry/Transportation/Airlines__Aviation/Global_fighter_jets_scramble_for_Indian_aero_showpiece/articleshow/4094994.cms?curpg=2
  2. ^ http://www.domain-b.com/aero/aeroindia2009/20090204_aeroIndia_2009.html
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-01-26. Dicapai pada 2007-01-26.
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-17. Dicapai pada 2009-09-29.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]