Pergi ke kandungan

Aero Spacelines Super Guppy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
B-377-SG/SGT Super Guppy
Super Guppy Turbine yang digunakan oleh NASA
Maklumat am
JenisPesawat kargo bersaiz luar biasa
PengeluarAero Spacelines / Boeing
StatusAkitf, dikendalikan oleh NASA
Pengguna utamaAero Spacelines[1]
Jumlah dibina1 SG, 4 SGT[1]
Sejarah
Penerbangan sulung31 Ogos 1965[1]
Dibangunkan dariBoeing C-97 Stratofreighter
Boeing 377 Stratocruiser

Aero Spacelines Super Guppy Turbine ialah sebuah pesawat kargo turboprop empat enjin bertubuh besar dan lebar yang digunakan untuk mengangkut komponen kargo bersaiz besar. Ia merupakan pengganti kepada Pregnant Guppy, pesawat pertama daripada siri pesawat Guppy yang dikeluarkan oleh Aero Spacelines. Sebanyak lima buah telah dibina dalam dua varian, yang mana kedua-duanya secara kolokial dirujuk sebagai "Super Guppy".

Super Guppy ialah satu-satunya kapal terbang yang pernah membawa peringkat S-IVB yang lengkap, iaitu peringkat ketiga bagi roket Saturn V, dengan berat 27,000 paun, atau 13,500 kilogram.[2] Ia telah berbuat demikian beberapa kali semasa program Apollo.

Reka bentuk dan pembangunan

[sunting | sunting sumber]
Super Guppy September 1965, Lancaster, CA, A.S.
USAF Boeing YC-97J Stratofreighter 52-2693, dilihat pada 1952, sebelum diubah suai menjadi Super Guppy pertama
Modul arahan Apollo 11 Columbia sedang dimuatkan ke dalam sebuah Super Guppy di Pangkalan Tentera Udara Ellington, Ogos 1969

Super Guppy pertama, atau "SG", dibina terus daripada sebuah Boeing YC-97J Stratofreighter USAF yang telah bersara.[3] Fiuslaj telah dipanjangkan kepada 141 kaki (43 m), dan dikembungkan kepada diameter dalam maksimum 25 ka (7.6 m), dengan panjang ruang kargo adalah 94 ka 6 in (28.8 m). Lantai ruang kargo masih hanya berukuran 8 ka 9 in (2.7 m) lebar, seperti yang dikehendaki oleh penggunaan fiuslaj Stratocruiser.[1]

Sebagai tambahan kepada pengubahsuaian fiuslaj, Super Guppy menggunakan enjin turboprop Pratt & Whitney T-34-P-7WA untuk kuasa dan jarak yang lebih besar,[1] serta permukaan sayap dan ekor yang diubah suai. Ia boleh membawa muatan seberat 54,000 paun (24,000 kg) dan meluncur pada kelajuan 300 mph (480 km/j).

Selepas sebulan diuji, Super Guppy mengalami keruntuhan fiuslaj pada 25 September 1965, ketika menjalani junaman berkelajuan tinggi semasa ujian pensijilan. Selepas memulakan junaman pada ketinggian 10,000 kaki, bahagian atas fiuslaj telah runtuh. Pesawat itu membawa 30,000 paun borat dalam beg 100 paun, yang rosak dan tumpah serbuknya lalu membutakan krew buat sementara waktu. Dengan bantuan sebuah DC-9 pesawat pengiring, krew dapat mendarat di dataran kering Rogers Dry Lake dan menyelamatkan pesawat tersebut. Selepas itu, superstruktur atas Guppy telah direka bentuk semula dan dibina semula di Pangkalan Tentera Udara Edwards.[4]

Super Guppy Turbine F-BPPA di Lapangan Terbang Paris–Le Bourget pada 1981

Versi kedua dikenali secara rasmi sebagai Super Guppy Turbine (SGT), walaupun Super Guppy yang pertama juga menggunakan enjin turboprop. Walau bagaimanapun, varian ini menggunakan enjin Allison 501-D22C. Tidak seperti Guppy sebelum ini, bahagian utama fiuslajnya dibina dari awal. Dengan membina dari awal, Aero Spacelines dapat melebarkan lantai ruang kargo kepada 13 ka (4 m). Panjang keseluruhan ruang kargo telah ditingkatkan kepada 111 ka 6 in (34 m), dan fiuslaj serta enjin yang dipertingkatkan membolehkan muatan maksimum sebanyak 52,500 lb (23,800 kg).[5] Peningkatan reka bentuk ini, digabungkan dengan kabin krew bertekanan yang membolehkan pelayaran pada ketinggian lebih tinggi, membolehkan SGT mengangkut lebih banyak kargo berbanding pendahulunya.[1]

SGT hanya mengekalkan kokpit, sayap, ekor, dan gear pendaratan utama 377 tersebut. Gear hidung diambil daripada sebuah Boeing 707 dan diputarkan 180 darjah. Ini merendahkan bahagian hadapan pesawat sedikit, meratakan lantai ruang kargo dan memudahkan operasi memuatkan.

Pada awal 1970-an, dua pesawat SGT digunakan oleh Airbus untuk mengangkut alat ganti kapal terbang dari kemudahan pengeluaran ke kilang pemasangan akhir di Toulouse. Pada 1982 dan 1983, dua lagi Super Guppy Turbine telah dibina oleh Penerbangan Union de Transports Aériens Industries di Perancis selepas Airbus membeli hak untuk menghasilkan pesawat tersebut. Keempat-empat pesawat Super Guppy itu kemudiannya digantikan dalam peranan ini oleh Airbus Beluga, yang mampu membawa kargo dua kali ganda lebih banyak mengikut berat.

  • Aero Spacelines B-377-SG Super Guppy, prototaip bagi versi Guppy yang dibesarkan dengan ketara menggunakan komponen C-97J, dikuasakan oleh empat enjin turboprop Pratt & Whitney T-34-P-7WA.[1]
  • Aero Spacelines B-377-SGT Super Guppy Turbine (Guppy 201), versi pengeluaran yang dikuasakan oleh enjin turboprop Allison 501-D22C,[1] menggunakan bahagian kargo yang dibesarkan dan dibina dari awal dan bukannya diubah suai daripada komponen asal C-97J.
NASA Super Guppy N941NA semasa dalam penerbangan, Julai 2022
Super Guppy dipamerkan di Muzium Udara dan Angkasa Pima
Picture from the rear of a Super Guppy Turbine airplane
NASA Super Guppy N941NA di pangkalan utamanya di El Paso
Super Guppy dipamerkan di Aeroscopia

Satu Super Guppy masih berkhidmat dengan NASA. Tiga dipamerkan, dan satu telah dilupuskan.

Pengendali

[sunting | sunting sumber]

Spesifikasi (Super Guppy Turbine)

[sunting | sunting sumber]
Tatajah ortografik 377-SGT

Data dari Encyclopedia of The World's Commercial and Private Aircraft,[11] NASA.gov[5]

Ciri-ciri umum

  • Krew: 4
  • Panjang: 143 ka 10 in (43.84 m)
  • Rentang sayap: 156 ka 3 in (47.63 m)
  • Tinggi: 48 ka 6 in (14.78 m)
  • Dimensi ruang kargo: 111 ka × 25 ka × 25 ka (33.83 m × 7.62 m × 7.62 m)
  • Luas sayap: 1,965 ka2 (182.6 m2)
  • Airfoil: akar: Boeing 117 (22%); hujung: Boeing 117 (9%)[12]
  • Berat kosong: 101,500 lb (46,040 kg)
  • Berat kasar: 156,000 lb (70,760 kg) (muatan 54,500 lb/24,721 kg)
  • Berat berlepas maks: 170,000 lb (77,111 kg)
  • Janakuasa: 4 × Allison 501-D22C enjin turboprop, 4,680 shp (3,490 kW) setiap enjin
  • Bebaling: 4-bilah kipas kelajuan malar bulu penuh

Prestasi

  • Halaju maksimum: 250 kn (290 mph, 460 km/j)
  • Halaju kruis: 220 kn (250 mph, 410 km/j) pelayaran ekonomi pada 20,000 ka (6,096 m)
  • Jarak: 1,734 nmi (1,995 bt, 3,211 km)
  • Had khidmat: 25,000 ka (7,600 m) disahkan
  • Wing loading: 86.5 lb/ka2 (422 kg/m2)
  • Kuasa/berat: 0.11 hp/lb (0.18 kW/kg)

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
Super Guppy Turbine F-GDSG di Lapangan Terbang Paris–Le Bourget pada tahun 1984

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

  1. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Taylor, Michael J. H. (1980). Jane's Encyclopedia of Aviation, Volume 1. London: Jane's Publishing Company. m/s. 176. ISBN 0-7106-0710-5.
  2. ↑ Edgar M. Cortright (penyunting). Apollo Expeditions to the Moon, The NASA History: 50th Anniversary Edition. Dover. m/s. 53.
  3. ↑ "Guppy". www.nasa.gov. Dicapai pada 2025-05-24.
  4. ↑ Smith, Lt. Col. P.G. USAF (April 1971). "The Day The Super Guppy Blew Her Top". Air Force Magazine.
  5. 1 2 "Johnson Space Center Super Guppy". NASA.gov. April 7, 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada October 6, 1999. Dicapai pada July 18, 2013.
  6. ↑ "Super Guppy". Pima Air & Space Museum. Diarkibkan daripada yang asal pada May 21, 2014. Dicapai pada May 19, 2014.
  7. ↑ Valduga, Fernando (December 20, 2020). "Primeiro Super Guppy da Airbus começa a virar sucata". Cavok. Dicapai pada January 12, 2021.
  8. ↑ "Aero Spacelines Super Guppy SGT 201". Musée Aeronautique Aeroscopia. Diarkibkan daripada yang asal pada January 14, 2021. Dicapai pada 12 January 2021.
  9. ↑ Gray, Robert (August 4, 2011). "After shuttle, NASA's plans for El Paso". El Paso Inc. Dicapai pada July 18, 2013.
  10. ↑ Johnson, Emma (8 July 2026). "NASA Super Guppy will miss EAA AirVenture Oshkosh". Herald Times Reporter. Dicapai pada 9 July 2026.
  11. ↑ Mondey, David (1981). Encyclopedia of The World's Commercial and Private Aircraft. New York: Crescent Books. m/s. 9. ISBN 0-517-36285-6.
  12. ↑ Lednicer, David. "The Incomplete Guide to Airfoil Usage". m-selig.ae.illinois.edu. Dicapai pada April 16, 2019.
  • Taylor, H. A. "Tony" (April–July 1982). "Stratocruiser... Ending an Airline Era". Air Enthusiast. No. 18. m/s. 37–53. ISSN 0143-5450.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Aero Spacelines aircraft Templat:B-29 family Templat:Outsized cargo aircraft