Penerbangan 1492 Aeroflot

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Aeroflot Penerbangan 1492)
Aeroflot Penerbangan 1492
Gambar kapal terbang yang terhempas
RA-89098, pesawat yang terhempas, pada November 2017
Kemalangan
Tarikh05 Mei 2019 (2019-05-05)
RingkasanKebakaran di udara, mendarat jatuh
Tapak kejadianLapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo, Moscow, Rusia
Pesawat
Jenis pesawatSukhoi Superjet 100
Nama pesawatMustai Karim
PengendaliAeroflot
Kod pendaftaranRA-89098
Asal penerbanganLapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo
DestinasiLapangan Terbang Murmansk
Penumpang73
Anak kapal5
Kematian41
Kecederaan10
Terselamat37

Penerbangan 1492 Aeroflot ialah penerbangan penumpang domestik berjadual dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo, Moskow, ke Lapangan Terbang Murmansk, Murmansk, Rusia. Pada 5 Mei 2019, pesawat Sukhoi Superjet 100 yang terbang di laluan ini berbelok kembali ke Sheremetyevo tidak lama selepas lepas landas. Sayap dan badan belakangnya terbakar usai pendaratan keras. Sekurang-kurangnya 41 orang terkorban.

Kemalangan[sunting | sunting sumber]

Penerbangan 1492 berangkat dari Lapangan Terbang Sheremetyevo ke Lapangan Terbang Murmansk pada pukul 18:04 pada waktu tempatan (15:04 UTC).[1] Pesawat berhenti terbang naik di ketinggian 090 dan berbelok kembali. Pesawat mendarat cemas 30 minit usai lepas landas dan tergelincir keluar landasan.[1] Seluruh badan pesawat langsung terbakar.[2] Daripada 5 anak kapal dan 73 penumpang, 13 orang awalnya dilaporkan terkorban, 10 orang cedera, dan enam orang dilarikan ke hospital.[3][4][1][5][6] Pihak berkuasa Rusia mengumumkan bahawa 37 orang selamat dan 41 orang terkorban.[7]

Pesawat[sunting | sunting sumber]

Pesawat yang mengalami kemalangan ini ialah Sukhoi Superjet 100 buatan Rusia. Pesawat ini mempunyai nombor pendaftaran RA-89098 dan nombor siri kilang 95135.[2] Pesawat ini pertama kali terbang pada Jun 2017.[3]

Siasatan[sunting | sunting sumber]

Pihak berkuasa mula menyiasat kemalangan ini.[5] Jawatankuasa Penerbangan Antarnegara bertugas menyiasat kemalangan penerbangan awam di Rusia.

Lihat pula[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Hradecky, Simon. "Accident: Aeroflot SU95 at Moscow on May 5th 2019, aircraft bursts into flames during rollout and burns down". Aviation Herald. Dicapai pada 5 May 2019.
  2. ^ a b Noëth, Bart. "Aeroflot Sukhoi Superjet makes emergency landing at Moscow Sheremetyevo after a fire on board". Aviation24. Dicapai pada 5 May 2019.
  3. ^ a b "RA-89098 accident description". Aviation Safety Network. Dicapai pada 5 May 2019.
  4. ^ "Probe launched as over a DOZEN people feared dead in Superjet-100 crash landing in Moscow – reports". Russia Today. Dicapai pada 5 May 2019.
  5. ^ a b "Russian Aeroflot plane makes emergency landing in Moscow". BBC News Online. Dicapai pada 5 May 2019.
  6. ^ "13 people dead and four injured after fire breaks out on Russian plane, investigators say". Independent Television News. Dicapai pada 5 May 2019.
  7. ^ "СК: из 78 человек на борту самолета "Аэрофлота" выжили 37" [SK: 37 of the 78 people on board the Aeroflot aircraft survived]. Meduza (dalam bahasa Russian). 5 May 2019. Dicapai pada 6 May 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]