Pergi ke kandungan

Aesti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Peta Empayar Rom pada abad ke-2 Masihi mencatatkan nama-nama puak yang wujud di sekelilingnya, termasuk suku Aesti. Wilayah yang dipercayai didiami oleh Aesti berada di kawasan yang kini dikenali sebagai Lithuania moden

Aesti (dikenali juga sebagai Aestii, Astui dan Aests) ialah suatu kaum kuon yang pertama kali digambarkan oleh sejarawan Rom, Tacitus, dalam risalahnya Germania (kira-kira 98 M).[1] Menurut Tacitus, wilayah Aesti terletak di suatu kawasan timur dari Suiones (orang Sweden).

Tinjauan meluas

[sunting | sunting sumber]

Tacitus menggambarkan Aesti sebagai kaum yang tinggal "di sebelah kanan Laut Suevia"[2] dan mempunyai adat serta pakaian yang serupa dengan suku Jermanik Suevi . Mereka dipercayai menyembah ibu dewa, mirip dengan kultus Nerthus dalam kalangan orang Jermanik utara.[3] Walaupun kemungkinan besar berketurunan Baltik, mereka banyak bercampur dengan suku Goth berdekatan.[4][5]f Tacitus juga menulis bahawa Aesti merupakan satu-satunya kaum yang mengumpul ambar, disebut glaesum dalam bahasa mereka di perairan cetek atau di pantai.[6] Perkataan glaesum yang dimasukkan ke dalam bahasa Latin, dianggap berasal daripada bahasa Jermanik kerana persamaannya dengan perkataan Goth glas.[7] Bagaimanapun, Tacitus menyebut bahasa Aesti lebih dekat dengan bahasa yang digunakan di Britain berbanding suku jiran lain.[8] Nama-nama lama untuk Laguna Vistula dalam bahasa Prusia Lama (Aīstinmari) dan bahasa Lithuania moden (Aistmarės) dipercayai berasal daripada "Aesti" dan "mari" (laguna atau teluk air tawar), menunjukkan hubungan Aesti dengan kawasan sekitar laguna tersebut.[9]

Sumber sejarah

[sunting | sunting sumber]

Tacitus (sekitar 98 M) menyebut Aesti sebagai kaum yang tinggal di "sebelah kanan Laut Suevia," beradat dan berpakaian seperti Suevi, menyembah Ibu Dewa, dan memakai simbol babi hutan sebagai lambang perlindungan. Mereka jarang menggunakan besi dan lebih banyak memakai kayu sebagai senjata. Aesti terkenal sebagai satu-satunya kaum yang mengumpul ambar (glesum) di tepi laut, walaupun mereka sendiri tidak mengetahui asal-usulnya. Ambar ini menjadi komoditi bernilai di Mediterranean sejak Zaman Gangsa Nordik.

Cassiodorus (537 M) menulis surat bagi pihak Theodoric yang menunjukkan Aesti ketika itu berdaulat dan mengurus perdagangan amber secara strategik. Surat itu menandakan hubungan diplomatik dan pengiktirafan kuasa politik Aesti oleh Ostrogoth.

Jordanes (abad ke-6) menempatkan Aesti di pantai Baltik, dan menyebut bahawa mereka pernah ditakluk oleh Hermanaric, raja Goth Greuthungi.

Manuskrip abad ke-11 bagi Alfred Agung menyebut Aesti (Esti, Est-mere, Eastland)[10][11] merujuk kepada Prusia Lama dan tanah Estonia kini, dengan maklumat tentang adat pengebumian[12] [13] dan pelabuhan perdagangan Truso.

Adam dari Bremen juga merujuk kaum pesisir ini sebagai Haisti, dan menamakan wilayah moden Estonia sebagai Aestland.[14]

  1. ^ Tacitus, Germania, Germania.XLV (wikisource)
  2. ^ "Tacitus on Germany". www.gutenberg.org.
  3. ^ Lang, Valter. The Bronze And Early Iron Ages In Estonia, Estonian Archaeology 3. University of Tartu Press, Tartu. 2007. Accessed 26 December 2013
  4. ^ Bliujienė, Audronė (2010). "The Backcountry Balts (Aesti) and the 'Northern Gold' in Late Antiquity and the Early Middle Ages". Studies in the Early Middle Ages. 32 (1): 13–14. doi:10.1484/M.SEM-EB.3.5083. ISBN 978-2-503-53125-0 – melalui Brepols.
  5. ^ Kilian, Lothar (1962). "Review: Aestii, an Analysis of an Ancient European Civilization". Historische Zeitschrift. 195 (3): 637–640. JSTOR 27613370 – melalui Akademie Verlag.
  6. ^ Tacitus Germania. facultystaff.richmond.edu accessed 26 August 2018.
  7. ^ Rübekeil, Ludwig. Suebica - Völkernamen und Ethnos Innsbruck, 1992. p. 72f.
  8. ^ Tacitus, Germania, Germania.XLV (wikisource)
  9. ^ Mikkels Klussis, Dictionary of Revived Prussian: Prussian - English, English - Prussian, Vilnius 2005–06, p. 47.
  10. ^ Kemp Malone, On King Alfred's Geographical Treatise, Speculum, Vol. 8, No. 1. (Jan., 1933), pp. 67-78
  11. ^ Samuel H. Cross, Notes on King Alfred's North: Osti, Este, Speculum, Vol. 6, No. 2. (Apr., 1931), pp. 296-299
  12. ^ dsmsw10.txt www.gutenberg.org
  13. ^ Orosius, Paulus; Alfred, King of England (1859). Hampson, Robert Thomas (penyunting). King Alfred's Anglo-Saxon version of the Compendious history of the world by Orosius. Diterjemahkan oleh Bosworth, Joseph. m/s. 101 – melalui archive.org.
  14. ^ Endre Bojtár, Foreword to the past: a cultural history of the Baltic people, Central European University Press, 1999, p106

Bacaan tambahan

[sunting | sunting sumber]
  • Beresnevičius, Gintaras. "Aisčių mater deum klausimu". In: Liaudies kultūra 2006, Nr. 2, pp. 6–9. ISSN 0236-0551 https://www.lituanistika.lt/content/4244
  • (in Lithuanian) E. Jovaiša, Aisčiai. Kilmė (Aestii. The Origin). Lietuvos edukologijos universiteto leidykla, Vilnius; 2013. ISBN 978-9955-20-779-5
  • (in Lithuanian) E. Jovaiša, Aisčiai. Raida (Aestii. The Evolution). Lietuvos edukologijos universiteto leidykla, Vilnius; 2014. ISBN 9789955209577
  • (in Lithuanian) E. Jovaiša, Aisčiai. Lietuvių ir Lietuvos pradžia, Vilnius: Lietuvos edukologijos universiteto leidykla, 2016.