Affendy Stephens

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Datuk Affendy Stephens (Richard Bernard Stephens, 1958-2009) adalah bekas ahli parlimen Marudu, Sabah, Malaysia. Beliau merupakan anak kedua bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Mohammad Fuad Stephens. Beliau adalah antara Ahli Parlimen paling muda di Malaysia, bertanding atas tiket Parti Berjaya ketika berusia 23 tahun pada 1982 dan berkhidmat selama satu penggal (1982-1986). Affendy kemudian menyertai UMNO pada 1991.

Pada 15 April 2009, Affendy meninggal dunia akibat masalah jantung ketika sedang bercuti di Singapura bersama keluarganya. Beliau berusia 50 tahun.[1] Beliau meninggalkan seorang isteri Zalina Kamal, dan tiga anak perempuan berusia antara tiga dan 15 tahun.

Rujukan[sunting | sunting sumber]