Afgan Syah Reza

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Afgansyah Reza
Afgansyah Rezza (2013) - Cropped.jpg
Afgan semasa mengadakan persembahan di konsertnya pada 2013.
Kelahiran Afgansyah Reza
27 Mei 1989 (27 tahun)
Jakarta, Indonesia Indonesia
Nama lain Afgan
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • Penulis lagu
  • Pelakon
Tahun aktif 2007–kini
Kerjaya muzik
Genre
Instrumen
Label
Kegiatan berkait
Laman sesawang www.afganworld.com

Afgan Syah Reza (kadangkala dikreditkan sebagai Afgansyah Reza atau Afgan sahaja) lahir di Jakarta, 27 Mei 1989; umur 27 tahun) adalah seorang penyanyi pop dan pelakon terkenal Indonesia. Lagu 'Terima Kasih Cinta' membuat namanya menapak di persada dunia seni. Beliau memenangi pelbagai anugerah termasuk Penyanyi Lelaki Terbaik di Anugerah Musik Indonesia 2009 dan Artis Lelaki Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2009.

Afgan menafikan pernah menjalin hubungan cinta dengan artis seperti Eva Celia Latjuba, Arumi Bachsin dan yang terakhir Olivia Lubis Jensen.

Kehidupan awal dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Afgansyah Reza mengadakan persembahan.

Afgan Syahreza dilahirkan pada 27 Mei 1989, di Jakarta and dan kepada keluarga muzikal Muslim berketurunan Minangkabau, biarpun tiada sebarang latihan vokal.[1][2] Beliau merupakan anak kepada Loyd Yahya dan Lola Purnama. Kerjayanya bermula apabila beliau dan beberapa rakan-rakannya mengambil keputusan untuk merakamkan sebuah album di Wanna B Instant Recording Studio. Penerbit studio menawarkannya kontrak apabila mereka mendengar beliau menyanyi.[1] Album pertamanya, Confession No.1, mempunyai pengaruh jazz, pop, dan R&B dan termasuk lagu seperti "Terima Kasih Cinta", "Klise", "Sadis", dan "Tanpa Batas Waktu". Muzik video lagu "Terima Kasih Cinta" diterbitkan oleh Thalita Latief dan diarahkan oleh Jose Purnomo. Beliau memenangi Best Solo Male Vocalist Award untuk lagu di Anugerah Musik Indonesia. Pada 2009, beliau membuat kemunculan sulungnya dalam bidang lakonan apabila beliau muncul dalam filem Bukan Cinta Biasa bersama Olivia Lubis Jensen[1] dan beliau juga menyanyikan lagu untuk runut bunyi filem berkenaan. Pada tahun berikutnya, beliau juga muncul dalam filem Cinta 2 Hati dan menyanyikan lagu tema filem ini. Album kedua, The One, telah dilancarkan pada Januari 2010. Pada 2011, beliau menyanyikan lagu tema di Sukan Asia Tenggara.[3]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Kehidupan peribadi beliau didekati oleh media Indonesia. Beliau memperoleh ijazah dalam bidang ekonomi dari kampus MONASH University Sunway, Malaysia.[1]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Runut Bunyi[sunting | sunting sumber]

  • Bukan Cinta Biasa (2009)

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Single Penerbit Label
2008 "Terima Kasih Cinta" Mario Kacang WannaB Music Production
"Sadis" Bebi Romeo
"PadaMu Kubersujud" Bebi Romeo
2009 "Bukan Cinta Biasa" Bebi Romeo
"Wajahmu Mengalihkan Duniaku" Bemby Noor
"Pencari JalanMu" Fajar PJ Maringka
2010 "Cinta 2 Hati" Mario Kacang
"Dia Dia Dia" Bemby Noor
"Bawalah Cintaku" Bebi Romeo
"Dalam Mihrab Cinta" Bebi Romeo Keci Music Production
2011 "Panah Asmara" Tohpati WannaB Music Production
"Kembali" Susilo Bambang Yudhoyono Trinity Optima Production
2012 "Bunga Terakhir" Bebi Romeo Mega Music
"Pesan Cinta" Afgan, Inu "Numata", Nino "Ran" Trinity Optima Production
2013 "Jodoh Pasti Bertemu" Bemby Noor
"Sabar" Bebi Romeo
2014 "Katakan Tidak" Alam Urbach
"Ku Mohon" Bemby Noor
"Untukmu Aku Bertahan" David Kurnia Albert
"Kamu Yang Ku Tunggu" (bersama Rossa) Alam Urbach
2015 "Knock Me Out" Taufik Batisah Trinity Optima Production

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan
2009 Bukan Cinta Biasa Dirinya sendiri
2010 Cinta 2 Hati Alfa
2013 Refrain Nata

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2008 OB (Office Boy) Dirinya sendiri Bintang tetamu
2008–2012 Doa Berbuka Puasa Dirinya sendiri
2015–kini X Factor Indonesia (musim 2) Dirinya sendiri Juri

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 Kuswandini, Dian (May 7, 2009). "Afgan Syah Reza: Rich in luck and talent". The Jakarta Post. Dicapai pada June 1, 2012.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)
  2. "Afgan Bikin Terobosan dalam Keluarga". Kompas. Dicapai pada January 19, 2010.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  3. Niken Prathivi; Irawaty Wardani (November 23, 2011). "Games end, RI champion". Jakarta Post. Dicapai pada June 1, 2012.  Check date values in: |access-date= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]