Afifi al-Akiti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Afifi al-Akiti

DPCM (Perak); DPMS (Selangor); PMP (Perak)
Dato' Dr Afifi di Oxford
Kelahiran1976 (umur 47–48)
AnugerahAnugerah Perdana Maulidur Rasul 2017[1]

Dato' Dr. Afifi al-Akiti BA (Queen's), MA (Oxon), MSt (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM - juga dikenali sebagai Sheikh Afifi[2][3] - ialah Felo KFAS dan pensyarah pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford,[4] serta pensyarah Pusat Islam dalam bidang pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford, United Kingdom,[5] dan juga merupakan felo pensyarah Kolej Worcester, Oxford. Beliau merupakan bangsa Melayu pertama yang berjaya menjadi pensyarah universiti itu.[6]

Dato' Afifi telah berjaya mendapat ijazah kedoktoran falsafah (DPhil) dalam jurusan Falsafah Arab Pertengahan dari Universiti Oxford sebagai Cendekiawan Clarendon pada tahun 2008. Tesisnya telah menerangkan dan secara sistematiknya dianggap sebagai suatu bentuk penulisan falsafah yang diletakkan dibawah kumpulan pertama yang digelar sebagai korpus Madnun, dipersembahkan kepada teologis Islam termasyhur, Imam Al-Ghazali (d. 505/1111) - penemuannya adalah berdasarkan kepada kaji selidik yang mendalam terhadap kira-kira 50 manuskrip Arab zaman pertengahan. Selain itu, tiga jilid kajiannya yang menyajikan edisi kritis dari hasil kerja yang paling maju dan teknik dari korpus, manual pada metafizik dan falsafah alam yang disebut Major Madnun.[7][8]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Dato' Afifi, yang berasal dari Batu Gajah, Perak, Malaysia, telah dilatih sebagai seorang ahli teologi dan ahli falsafah dalam kedua-dua bidang keutamaan khususnya berkaitan dengan dunia Islam dan tradisi Barat. Beliau telah dididik oleh pelbagai ulama mahsyur sejak beliau memulakan pengajian dari sekolah pondok. Kedua-dua ibu bapa beliau juga merupakan guru. Beliau telah menerima Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam bidang Falsafah Skolastik dan Sejarah Sains dari Universiti Queen Belfast, di mana beliau berpeluang mendapat pelbagai anugerah biasiswa untuk meneruskan pengajiannya di peringkat sarjana dan doktor falsafah di Oxford. Bidang kepakaran beliau adalah dalam bidang teologi Islam, falsafah dan sains.[9]

Pada tahun 2009, bersama dengan Professor Muhammad Abdel Haleem dan IIIT, Dato' Afifi telah disenarai pendek sebagai salah seorang yang tersenarai dalam Anugerah Muslim UK Tahunan, atas kecemerlangannya menyumbang ilmu pendidikan Islam.[10]

Pada tahun 2010, Dato' Afifi dilantik sebagai Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak, Malaysia, di mana pengisytiharaan ini telah disempurnakan oleh Raja Muda Perak ketika itu, Raja Dr. Nazrin Shah.[11]

Penghormatan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Pautan video[sunting | sunting sumber]

Pautan berita[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Muhammad Afifi Al-Akiti penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2017". Astro Awani. 1 Distember 2017. Dicapai pada 1 Disember 2017. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ Introduction to Defending the Transgressed by Censuring the Reckless against the Killing of Civilians
  3. ^ Defending the Transgressed (2005), p. 7.
  4. ^ "KFAS Fellow Appointed", OCIS News, no. 49 (Winter 2008), p. 2.
  5. ^ "Examinations and Boards: Appointment (Humanities Division)", Oxford University Gazette, vol. 139, no. 4876 (19 March 2009), p. 833.
  6. ^ Safhras Khan, 'Pensyarah: Muslim perlu berfikiran global dan seimbang', Berita Harian Singapura (22 April 2009).
  7. ^ DPhil Abstract of M. Afifi al-Akiti, The Madnun of al-Ghazali: A Critical Edition of the Unpublished Major Madnun with Discussion of His Restricted, Philosophical Corpus
  8. ^ Dissertations on al-Ghazali
  9. ^ OCIS Fellows' Profiles, Dr Afifi al-Akiti
  10. ^ "The Muslim News, no. 238 (27 February 2009)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-16. Dicapai pada 2010-11-20.
  11. ^ "Utusan Malaysia (3 July 2010)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-15. Dicapai pada 2010-11-20.