Afnan Hamimi Taib Azamudden

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ustaz

Afnan Hamimi Taib Azamudden

AP
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Alor Setar, Kedah
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Didahului olehChan Ming Kai
Setiausaha Politik
kepada Menteri Besar Kedah
Dalam jawatan
2020–2022
Menteri BesarMuhammad Sanusi Md Nor
Digantikan olehMohamad Hilmi Abdul Wahab
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Memegang jawatan
2021
KetuaAhmad Fadhli Shaari
Didahului olehAhmad Fadhli Shaari
Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang
Dalam jawatan
1 Ogos 2012 – 31 Disember 2015
PengerusiMohd Salleh Man
Butiran peribadi
Parti politikPAS logo.svg Parti Islam Se-Malaysia
PasanganNajibatulhuda Abdul Raman
Anak-anak6
BapaTaib Azamudden Md Taib
PekerjaanAhli politik

Afnan Hamimi Taib Azamudden merupakan seorang ilmuwan dan ahli politik Parti Islam Se-Malaysia dari negeri Kedah, Malaysia. Beliau pernah dilantik menjadi Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada tahun 2012 hingga 2015[1][2]. Selepas kemelut politik Kedah 2020 selesai, beliau telah dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor[3]. Dalam Parti PAS, beliau merupakan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia selepas dilantik pada 2019[4].

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Afnan Hamimi merupakan anak kepada bekas Imam Besar Masjid Negara, Dato' Taib Azamudden Md Taib, dan merupakan abang kepada Pencetus Ummah Akram, peserta rancangan Pencetus Ummah terbitan Astro.

Afnan Hamimi melanjutkan pengajian Diploma Pengajian Islam (Usuluddin) dari Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Terengganu. Kemudian beliau melanjutkan pengajian Sarjana Muda Usuluddin (Tafsir) di Universiti Al-Azhar, Mesir, sebelum melanjutkan pengajian Sarjana Pengurusan Pembangunan Islam di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah terlibat dalam pilihan raya sebagai calon bagi Parti Islam Se-Malaysia di Pulau Pinang.

Kerusi ditandingi oleh Afnan Hamimi Taib Azamudden
Tahun Kawasan Calon Undi Lawan Undi Majoriti
2013 Parlimen Kepala Batas Afnan Hamimi Taib Azamudden (PAS) 20,952 Reezal Merican Naina Merican (BN-UMNO) 25,128 4,176
2018 Parlimen Permatang Pauh Afnan Hamimi Taib Azamudden (PAS) 14,428 Mohd Zaidi Mohd Said (BN-UMNO) 19,866 15668
Nurul Izzah Anwar (PH-PKR) 35,534
2022 Parlimen Alor Setar Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-PAS) 37,486 Simon Ooi Tze Min (PH-PKR) 27,555 9,931
Tan Chee Heong (BN-MCA) 8,930
Mohamad Nuhairi Rahmat (PEJUANG) 2,383
Fadzli Hanafi (WARISAN) 366
Sofan Feroza Md Yusup (BEBAS) 151
Nordin Yunus (BEBAS) 115

Baca lagi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Salleh Man dilantik YDP MAINPP". Buletin Mutiara. 1 Ogos 2012. Dicapai pada 15 November 2021.
  2. ^ "SENARAI NAMA DAN JAWATAN AHLI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG (1.1.2014 – 31.12.2015)". Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Dicapai pada 15 November 2021.
  3. ^ Abd Hadi Che Awang (18 Mei 2020). "Sanusi mulakan tugas sebagai Menteri Besar Kedah". Astro Awani. Dicapai pada 11 Julai 2020.
  4. ^ Siti Nursyahidah Abu Bakar (20 Jun 2019). "Khairil Nizam dinobat Ketua Dewan Pemuda Pas". Sinar Harian. Dicapai pada 11 Julai 2020.