Afrika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Afrika
افريكا
Africa (orthographic projection).svg
Kawasan30,370,000 km2 (11,730,000 bt2)  (ke-2)
Penduduk1,225,080,510[1] (2016; ke-2)
Ketumpatan penduduk36.4/km2 (94/sq mi)
KDNK (PPP)$7.16 trilion (2019; ke-5)[2]
KDNK (nominal)$2.45 trilion (2019; ke-5)[2]
KDNK per kapita$1,930 (2019; ke-6)[2]
DemonimOrang Afrika
Negara54 (dan 2 dipertikai)
Wilayah tanggungan
Bahasa1250–3000 bahasa asli
Zon masaUTC-1 hingga UTC+4
Bandar terbesarKawasan perbandaran terbesar:
Imej satelit benua Afrika

Afrika (Tulisan Jawi: افريك) merupakan benua yang kedua terbesar selepas Asia, sama ada dari segi keluasan atau jumlah penduduk. Luasnya adalah kira-kira 30,244,050 km2 (11,677,240 batu2) termasuk kepulauan di sekitarnya, meliputi 20.3% dari jumlah daratan di bumi dan didiami lebih daripada 900 juta orang pada 2005, atau sekitar 14% populasi manusia di bumi.

Benua Afrika disempadani:

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Perkataan Afrika berasal dari bahasa Rom kuno, Africa terra — "tanah Afri" (perkataan jamak dari "Afer") — untuk menunjukkan bahagian utara benua tersebut, iaitu Tunisia sekarang, wilayah jajahan Rom Afrika. Asal perkataan "Afer" mungkin adalah dari bahasa Funisia (Phoenician), afar yang bererti debu; atau dari puak Afridi, yang mendiami bahagian utara benua dekat Carthage; atau dari bahasa Greek aphrike yang bererti tanpa dingin; atau dari bahasa Latin aprica yang bererti cerah.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Afrika adalah daratan terbesar daripada tiga daratan jika dilihat dari arah selatan di bahagian muka bumi di angkasa. Diasingkan daripada Eropah oleh Laut Mediterranean, ia bersambung hingga ke Asia pada bahagian paling timur laut oleh Tanah Genting Suez (disilang oleh Terusan Suez) 163 km (101 batu) lebarnya. Secara geopolitik, Mesir, Semenanjung Sinai dan timur Terusan Suez lazim dianggap sebahagian daripada Afrika.[3] Dari titik paling utara iaitu Ras ben Sakka di Tunisia dan titik paling selatan iaitu Tanjung Agulhas di Afrika Selatan (34°51'15" S), mempunyai jarak lebih kurang 8,000 km (5,000 batu). Dari Cape Verde, (17°33'22" W) iaitu titik paling barat ke Ras Hafun di Somalia, (51°27'52" E) bahagian paling timur, mempunyai jarak lebih kurang 7,400 km (4,600 batu).

Panjang pesisir pantai Afrika ialah 26,000 km dengan dan ketiadaan titik putus atau lubang besar di sepanjang pantainya adalah satu ilustrasi yang menggambarkan fakta bahawa Eropah, yang hanya merangkumi 10,400,000 km² (4,010,000 batu persegi )– yang luasnya hanya sepertiga daripada keluasan Afrika – mempunya pesisir pantai sepanjang 32,000 km (19,800 batu).

Negara terbesar di Afrika ialah Algeria, dan negara yang terkecil adalah Seychelles, sebuah gugusan kepulauan di luar pantai timurnya. Negara terkecil di atas daratan benua Afrika ialah Gambia.[4] Menurut Rom Purba, Afrika tersebar di barat Mesir, manakala "Asia" yang dahulunya dirujuk sebagai Anatolia tersebar ke arah timur. Garis sempadan mutlak antara dua benua ini telah digariskan oleh ahli geografi terkenal iaitu Ptolemy (85–165 Masihi), menunjukkan Iskandariah di sepanjang garis Meridian serta menentukan bahawa tanah genting Suez dan Laut Merah menjadi sempadan antara Asia dan Afrika. Apabila orang Eropah mula memahami keluasan sebenar benua ini, idea tentang Afrika mula berkembang bersama dengan ilmu pengetahuan mereka.

Iklim dan kehidupan liar[sunting | sunting sumber]

Iklim di Afrika adalah pelbagai daripada iklim tropika kepada sub-Artik (iklim yang selalunya musim salji yang teramat sejuk dan musim panas yang singkat) di bahagian puncak yang tertinggi. Bahagian utaranya terdiri daripada gurun dan padang pasir,[5] manakala di bahagian tengah dan selatannya mengandungi kedua-dua lembah savana dan wilayah hutan hujan yang tebal. Di antaranya pula didominasi oleh pertemuan tumbuh-tumbuhan yang hidup di kawasan sahel dan steppe. Afrika merndakwa bahawa benuanya kemungkinan merupakan kombinasi terbesar dari segi kepadatan dan “ruang kebebasan” untuk populasi hidupan liarnya dan diversitinya. Dengan populasi haiwan liar untuk karnivor besar (seperti singa, dubuk dan harimau bintang) dan haiwan herbivor (seperti kerbau, rusa, gajah, unta dan zirafah) bergerak bebas di dataran tanah ratanya yang luas. Ia juga merupakan tempat tinggal kepada pelbagai makhluk hutan lain (termasuk ular dan primat) serta hidupan akuatik (termasuk buaya dan amfibia).

Politik[sunting | sunting sumber]

Hampir kesemua negara Afrika adalah republik kecuali beberapa negara yang mengamalkan sistem monarki seperti Maghribi dan Swaziland. Benua Afrika juga terkenal sebagai benua yang melahirkan ramai diktator seperti Muammar Ghadafi (Libya) dan Idi Amin (Uganda).

Kesatuan Afrika ialah sebuah badan persatuan yang merangkumi 55 negara Afrika. Badan ini ditubuhkan pada 26 Jun 2001 (secara rasmi pada 9 Julai 2002)[6] dan beribu pejabat di Addis Ababa, Habsyah.

Negara dan wilayah[sunting | sunting sumber]

Benua Afrika mempunyai 59 buah negara.

Jata Bendera Nama negara dan
wilayah
Keluasan
(km²)
Jumlah penduduk
[7]
Tahun Kepadatan
penduduk
(per km²)
Ibu negara
Afrika Utara
Emblem of Algeria.svg Algeria Algeria 2,381,740 34,178,188 2009 14 Algiers
Arms of the Canary Islands.svg Kepulauan Canary Kepulauan Canary (Sepanyol) 7,492 2,154,905 2017 226 Las Palmas de Gran Canaria,
Santa Cruz de Tenerife
Arms of Ceuta.svg Ceuta Ceuta (Sepanyol) 20 85,107 2017 3,575
The emblem on the passport of Libya.svg Libya Libya 1,759,540 6,310,434 2009 4 Tripoli
Coats of arms of None.svg Madeira Madeira (Portugal) 797 245,000 2001 307 Funchal
Coats of arms of None.svg Maghribi Maghribi 446,550 35,740,000 2017 78 Rabat
Arms of Melilla.svg Melilla Melilla (Spain) 12 85,116 2017 5,534
Coats of arms of None.svg Mesir Mesir 1,001,450 82,868,000 2012 83 Kaherah
Coats of arms of None.svg Sudan Sudan 1,861,484 30,894,000 2008 17 Khartoum
Coats of arms of None.svg Tunisia Tunisia 163,610 10,486,339 2009 64 Tunis
Coat of arms of the Sahrawi Arab Democratic Republic.svg Sahara Barat Sahara Barat 266,000 405,210 2009 2 El Aaiún
Afrika Timur
Coats of arms of None.svg Burundi Burundi 27,830 8,988,091 2009 323 Gitega
Seal of the Comoros.svg Comoros Comoros 2,170 752,438 2009 347 Moroni
Coats of arms of None.svg Djibouti Djibouti 23,000 828,324 2015 22 Djibouti
Coats of arms of None.svg Eritrea Eritrea 121,320 5,647,168 2009 47 Asmara
Coats of arms of None.svg Habsyah Habsyah 1,127,127 84,320,987 2012 75 Addis Ababa
Coats of arms of None.svg Kenya Kenya 582,650 39,002,772 2009 66 Nairobi
Seal of Madagascar.svg Madagaskar Madagascar 587,040 20,653,556 2009 35 Antananarivo
Coats of arms of None.svg Malawi Malawi 118,480 14,268,711 2009 120 Lilongwe
Coats of arms of None.svg Mauritius Mauritius 2,040 1,284,264 2009 630 Port Louis
Coats of arms of None.svg Mayotte Mayotte (Perancis) 374 223,765 2009 490 Mamoudzou
Emblem of Mozambique.svg Mozambique Mozambique 801,590 21,669,278 2009 27 Maputo
Coats of arms of None.svg Réunion Réunion (Perancis) 2,512 743,981 2002 296 Saint-Denis
Coats of arms of None.svg Rwanda Rwanda 26,338 10,473,282 2009 398 Kigali
Coats of arms of None.svg Seychelles Seychelles 455 87,476 2009 192 Victoria
Coats of arms of None.svg Somalia Somalia 637,657 9,832,017 2009 15 Mogadishu
Coats of arms of None.svg Sudan Selatan Sudan Selatan 619,745 8,260,490 2008 13 Juba
Coats of arms of None.svg Tanah Selatan dan Antartik Perancis Tanah Selatan dan Antartika Perancis (Perancis) 439,781 100 2019 Saint-Pierre
Coats of arms of None.svg Tanzania Tanzania 945,087 44,929,002 2009 43 Dodoma
Coats of arms of None.svg Uganda Uganda 236,040 32,369,558 2009 137 Kampala
Afrika Tengah
Emblem of Angola.svg Angola Angola 1,246,700 12,799,293 2009 10 Luanda
Coats of arms of None.svg Cameroon Cameroon 475,440 18,879,301 2009 40 Yaoundé
Coats of arms of None.svg Chad Chad 1,284,000 10,329,208 2009 8 N'Djamena
Coats of arms of None.svg Republik Congo Republik Congo 342,000 4,012,809 2009 12 Brazzaville
Coats of arms of None.svg Republik Demokratik Congo Republik Demokratik Congo 2,345,410 69,575,000 2012 30 Kinshasa
Coats of arms of None.svg Gabon Gabon 267,667 1,514,993 2009 6 Libreville
Coat of arms of Equatorial Guinea.svg Guinea Khatulistiwa Guinea Khatulistiwa 28,051 633,441 2009 23 Malabo
Coats of arms of None.svg Republik Afrika Tengah Republik Afrika Tengah 622,984 4,511,488 2009 7 Bangui
Coat of arms of São Tomé and Príncipe.svg São Tomé dan Príncipe São Tomé dan Príncipe 1,001 212,679 2009 212 São Tomé
Selatan Afrika
Coats of arms of None.svg Afrika Selatan Afrika Selatan 1,219,912 51,770,560 2011 42 Bloemfontein, Cape Town, Pretoria
Coats of arms of None.svg Botswana Botswana 600,370 1,990,876 2009 3 Gaborone
Coats of arms of None.svg Eswatini Eswatini 17,363 1,123,913 2009 65 Mbabane
Coats of arms of None.svg Lesotho Lesotho 30,355 2,130,819 2009 70 Maseru
Coats of arms of None.svg Namibia Namibia 825,418 2,108,665 2009 3 Windhoek
Coats of arms of None.svg Zambia Zambia 752,614 11,862,740 2009 16 Lusaka
Coats of arms of None.svg Zimbabwe Zimbabwe 390,580 11,392,629 2009 29 Harare
Afrika Barat
Coats of arms of None.svg Benin Benin 112,620 8,791,832 2009 78 Porto-Novo
Coats of arms of None.svg Burkina Faso Burkina Faso 274,200 15,746,232 2009 57 Ouagadougou
Coat of arms of Cape Verde.svg Tanjung Verde Cape Verde 4,033 429,474 2009 107 Praia
Coats of arms of None.svg Côte d'Ivoire Côte d'Ivoire 322,460 20,617,068 2009 64 Abidjan, Yamoussoukro
Coats of arms of None.svg Gambia Gambia 11,300 1,782,893 2009 158 Banjul
Coats of arms of None.svg Ghana Ghana 239,460 23,832,495 2009 100 Accra
Coat of arms of Guinea.svg Guinea Guinea 245,857 10,057,975 2009 41 Conakry
Coats of arms of None.svg Guinea-Bissau Guinea-Bissau 36,120 1,533,964 2009 43 Bissau
Coats of arms of None.svg Liberia Liberia 111,370 3,441,790 2009 31 Monrovia
Coats of arms of None.svg Mali Mali 1,240,000 12,666,987 2009 10 Bamako
Seal of Mauritania (December 2018).svg Mauritania Mauritania 1,030,700 3,129,486 2009 3 Nouakchott
Coats of arms of None.svg Niger Niger 1,267,000 15,306,252 2009 12 Niamey
Coats of arms of None.svg Nigeria Nigeria 923,768 166,629,000 2012 180 Abuja
Arms of the United Kingdom.svg United Kingdom Saint Helena, Ascension dan Tristan da Cunha
(United Kingdom)
420 7,728 2012 13 Jamestown
Coats of arms of None.svg Senegal Senegal 196,190 13,711,597 2009 70 Dakar
Coats of arms of None.svg Sierra Leone Sierra Leone 71,740 6,440,053 2009 90 Freetown
Coats of arms of None.svg Togo Togo 56,785 6,019,877 2009 106 Lomé
Jumlah 30,368,609 1,001,320,281 2009 33

Bahasa[sunting | sunting sumber]

Menurut kebanyakan perkiraan, Afrika mempunyai lebih daripada seribu bahasa.[8] Kebanyakan daripada bahasa-bahasa ini ialah bahasa asli Afrika, tetapi ada juga yang berasal dari Eropah dan Asia. Ada empat kelompok bahasa utama yang berasal dari benua ini, iaitu:

  • bahasa-bahasa Afro-Asia, sebuah kelompok bahasa yang terdiri dari sekitar 240 bahasa dan 285 juta penutur yang tersebar luas di sepanjang Afrika Utara, Afrika Timur, Sahel dan Asia Barat Daya;
  • bahasa-bahasa Nil-Sahara terdiri dari lebih dari seratus bahasa yang dituturkan oleh 30 juta orang. Bahasa Nil-Sahara kebanyakannya ditutur di Chad, Sudan, Ethiopia, Uganda, Kenya, dan sebelah utara Tanzania;
  • bahasa-bahasa Niger-Congo mencakupi kebanyakan dari Afrika Sub-Sahara dan kemungkinan adalah kelompok bahasa terbesar di dunia dari segi jumlah bahasa. Sejumlah besar daripada bahasa-bahasa ini ialah bahasa-bahasa Bantu yang digunakan di sebahagian besar Afrika Sub-Sahara;
  • bahasa-bahasa Khoisan terdiri dari sekitar 50 bahasa dan dituturkan di sebelah selatan Afrika oleh sekitar 120,000 orang. Banyak bahasa Khoisan ialah bahasa yang terancam. Suku Khoi dan San dianggap sebagai penduduk asli di kawasan ini.

Selepas zaman penjajahan oleh pihak Eropah, negara-negara Afrika mengiktiraf bahasa-bahasa luar Afrika seperti bahasa Inggeris dan Perancis sebagai bahasa rasmi negara, meskipun sesetengah bahasa Afrika seperti bahasa Swahili dan Hausa juga memperoleh taraf ini di sesetengah negara.

Budaya[sunting | sunting sumber]

Legenda Afrika[sunting | sunting sumber]

Afrika kaya dengan sejarah yang kebanyakannya tidak direkodkan. Ia kaya dengan mitos, ceritera pendek dan lagenda.

Sukan[sunting | sunting sumber]

53 negara Afrika mempunyai pasukan bola sepaknya di bawah Konfederasi Bola Sepak Afrika, manakal Cameroon, Nigeria, Senegal dan Ghana telah mara di peringkat kalah mati untuk Piala Dunia FIFA. Afrika Selatan akan menjadi tuan rumah untuk Pertandingan Piala Dunia 2010, dan akan menjadi negara Afrika pertama menjadi tuan rumah.

Kriket juga merupakan sukan popular di sesetengah negara Afrika,dengan Selatan Afrika and Zimbabwe memegang status Test dan dengan Kenya yang menjadi pasukan yang mampu memberi saingan dalam One-Day International Kricket. Ketiga-tiga negara ini menjadi tuan rumah secara bersama untuk Pertandingan Kriket Piala Dunia 2003.

Ada sesetengah negara Afrika, terutamanya Habsyah, Kenya dan Morocco, telah melahirkan ramai pelari jarak jauh bertaraf dunia seperti Abebe Bikila dan Cosmas Ndeti.

Afrika Selatan telah menjadi tuan rumah dan seterusnya memenangi Piala Dunia Ragbi 1995 dan juga telah memenagi Piala Dunia Ragbi 2007.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "World Population Prospects: The 2017 Revision". ESA.UN.org (data tersuai diperlukan melalui tapak sesawang). Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Bahagian Populasi. Dicapai pada 10 September 2017.
  2. ^ a b c "IMF (WEO April 2019 Edition) GDP nominal and PPP data – international dollar".
  3. ^ "Atlas – Xpeditions". National Geographic Society. 2003. Diarkib daripada yang asal pada 3 March 2009. Dicapai pada 1 March 2009.
  4. ^ Hoare, Ben. (2002) The Kingfisher A–Z Encyclopedia, Kingfisher Publications. p. 11. ISBN 0-7534-5569-2
  5. ^ "Africa: Environmental Atlas, 06/17/08." Diarkibkan 5 Januari 2012 di Wayback Machine African Studies Center, University of Pennsylvania. Accessed June 2011.
  6. ^ Mbeki, Thabo (9 July 2002). "Launch of the African Union, 9 July 2002: Address by the chairperson of the AU, President Thabo Mbeki". ABSA Stadium, Durban, South Africa: africa-union.org. Diarkib daripada yang asal pada 3 May 2009. Dicapai pada 8 February 2009.
  7. ^ "IDB: Countries Ranked by Population". 28 November 1999. Diarkib daripada yang asal pada 28 November 1999.Selenggaraan CS1: BOT: status original-url tidak dikenali (link)
  8. ^ "Africa". UNESCO. 2005. Diarkib daripada yang asal pada 2 June 2008. Dicapai pada 1 March 2009.