Afrikakorps

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Deutsches Afrikakorps
Aktif 12 February 1941 – 13 May 1943
Negara Jerman Nazi Jerman Nazi
Cawangan Wehrmacht Heer
Jenis Angkatan Ekspedisi
Keanggotaan Kor
Markas/Ibu pejabat Tripoli, Libya Itali
Cogan kata Ritterlich im Kriege, wachsam für den Frieden
("Beradab dalam Perang, Berjaga-jaga untuk Keamanan")
Warna Kuning, Perang
Perang/pertempuran Perang Dunia Kedua
Komander
Komander
ternama
Erwin Rommel
Ludwig Cruwell
Walther Nehring
Tanda kebesaran
Simbol
identifikasi
DAK.svg
Simbol
identifikasi
Mohor Deutsches Afrikakorps


Afrikakorps, atau nama penuhnya dalam bahasa Jerman, Deutsches Afrikakorps, DAK Mengenai bunyi ini dengar , Kor Afrika Jerman, ialah ketumbukan ekspedisi Jerman di Libya dan Tunisia dalam Kempen Afrika Utara, sewaktu Perang Dunia Kedua. Reputasi Afrikakorps bersinonim dengan panglima pertamanya, Generalleutnant Erwin Rommel, yang kemudiannya memerintah[1] Tentera Panzer Afrika yang bertukar menjadi Tentera Panzer Jerman-Itali (Deutsch-Italienische Panzerarmee) dan Grup Tentera Afrika. Afrikakorps menjadi sebahagian tersendiri kesemua ketumbukan-ketumbukan ini. Afrikakorps bertempur dengan angkatan Berikat sepanjang kempen Afrika Utara sehinggalah Kor ini menyerah kalah pada bulan Mei 1943.

Organisasi[sunting | sunting sumber]

Afrikakorps dibentuk atas perintah peribadi Hitler pada 11 Januari 1941. Hitler memilih Erwin Rommel sabagai komander ketumbukan ini pada 12 Februari 1941. Rommel sendiri mendarat di tanah Afrika Libya pada 14 Februari 1941.

Erwin Rommel di Afrika Utara

Pemerintahan Tinggi Angkatan Tentera Jerman (Oberkommando der Wehrmacht, OKW) dan Pemerintahan Tinggi Tentera Darat Jerman (Oberkommando des Heeres, OKH) memutuskan untuk menghantar sebuah "angkatan ekspedisi" (Sperrverband) ke Libya bagi membantu tentera Itali. Tentera Itali telah dikalahkan tentera British yang diterajui Tentera Ke-8 British dalam Operasi Compass. Pasukan yang dipimpin Rommel pada mulanya hanya mengandungi Rejimen 5./leichte Panzer "Afrika", yang ditubuhkan daripada rejimen kedua Divisyen 3./Panzer dan pelbagai unit-unit kecil. Unsur-unsur ini diatur ke dalam |Divisyen Ringan ke-5]]. Pasukan ini kemudiannya ditampung dengan unit-unit Divisyen Panzer ke-15 yang datang dari Itali, mahupun tidak kesemua unit divisyen ini sampai di Afrika sehinggalah Rommel menawan sebahagian besar Cyrenaica melalui serangan balas dan kemudiannya mengambil kedudukan pertahanan. Pada masa ini, Afrikakorps terdiri daripada dua divisyen dengan pasukan bantuan , dan secara rasminya diletakkan di bawah perintah tentera Itali; Rommel telah menjalankan operasinya tanpa keizinan rasmi pihak Itali.

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. With Rommel in the Desert by Heinz Werner Schmidt

Bibliografi[sunting | sunting sumber]