Against Violent Extremism

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Menentang Keganasan Pelampau
Jenis/bentuk sahPerniagaan Sunting ini di Wikidata
Ditubuhkan25 April 2011; 12 tahun yang lalu (2011-04-25)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Menentang Keganasan Fahaman Pelampau (Against Violent Extremism) (AVE) merupakan sebuah rangkaian global yang terdiri daripada bekas anggota pelampau, pemandiri keganasan dan individu daripada sektor awam dan swasta yang berminat untuk bekerjasama membanteras segala bentuk keganasan. [1] Sebuah perkongsian di antara Institut Dialog Strategik (Institute for Strategic Dialogue) di London, Google Ideas dan Yayasan GenNext (GenNext Foundation) telah dibentuk. [2] Matlamat nyata AVE adalah menawarkan pelantar bagi melancarkan komunikasi, kerjasama dan cara-cara yang boleh memudahkan para aktivis mencari sumber dan kewangan untuk mendukung projek-projek. [3]

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

AVE dilancarkan buat pertama kalinya semasa Persidangan Kemuncak Menghalang Keganasan Pelampau (SAVE), yang diadakan di Dublin pada musim panas tahun 2011. [4] Sebagai inisiatif terulung yang dijalankan oleh Idea Google, SAVE telah berjaya mengumpul bersama bekas pelampau dan mangsa keganasan dari seluruh pelosok dunia. [5] Sidang kemuncak itu telah menyaksikan perbincangan tentang landasan umum di antara pelampau yang berbagai, [6] corak radikalisasi [7] dan faktor-faktor yang menggalakkan ahli untuk meninggalkan kumpulan ganas.


Satu tema umum yang acapkali menjelma sepanjang acara itu adalah betapa banyak pengetahuan mereka yang berusaha untuk menghalang pelbagai jenis ekstremisme perlu belajar daripada satu sama lain. Di sebalik perbualan SAVE, sebuah rangkaian global tetap bekas pelampau dan mangsa keganasan bergelar Menentang Keganasan Fahaman Pelampau (Against Violent Extremism) telah ditubuhkan. Rangkaian ini telah dilancarkan secara rasmi oleh Google Ideas di New York pada April 2012.[8]

Matlamat[sunting | sunting sumber]

Rangkaian ini bertujuan untuk melantangkan suara-suara bekas pelampau dan mangsa-mangsa sebagai suatu cara yang berkesan dalam penentangan radikalisasi, menerusi tiga kaedah: [9]

Membina Rangkaian[sunting | sunting sumber]

Menerusi penyatuan bekas pelampau pelbagai ideologi bersama-sama dengan mangsa keganasan di bawah naungan satu rangkaian, matlamat AVE adalah untuk menyilang [10] idea di antara ahli-ahlinya dengan lebih berkesan. [11] Penglibatan individu yang berminat daripada sektor swasta dan awam memudahkan pertukaran dialog dan amalan yang terbaik. [12]

Sokongan[sunting | sunting sumber]

Dengan menghubungkan kenalan di seluruh sektor yang berlainan, rangkaian ini menyediakan sokongan yang praktikal untuk projek-projek pada peringkat akar umbi yang giat membanteras keganasan pelampau pada peringkat masyarakat. [13]

Advokasi[sunting | sunting sumber]

Menyokong peranan positif yang boleh dimainkan oleh bekas pelampau dan mangsa-mangsa dalam mencegah keganasan. [12] Individu-individu ini mempunyai kredibiliti dan motivasi untuk mencapai kaum remaja yang berisiko. AVE juga menekankan peranan penting yang boleh dimainkan oleh sektor swasta dalam proses yang lazimnya dikuasai oleh sektor awam. [14]

Pertubuhan[sunting | sunting sumber]

AVE diuruskan secara seharian oleh badan pemikir Institut Dialog Strategik yang berasas di London, yang secara rasminya telah mengambil alih pengurusan rangkaian tersebut daripada Google Ideas pada bulan Februari 2012. [15] Rangkaian ini dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta, [16] dengan pembiayaan dan sokongan strategik yang dibekalkan oleh Google Ideas dan Yayasan NextGen, sebuah yayasan yang berpangkalan di AS. [17] Rangkaian ini juga menerima manfaat daripada laman web dan sokongan teknikal yang dibekalkan oleh Rehab Studio yang berasaskan di Belfast, Ireland. [18]

Ahli Berprofil Tinggi[sunting | sunting sumber]

AVE mempunyai lebih daripada 450 orang bekas pelampau dan mangsa keganasan dari seluruh dunia. Beberapa contoh ahli yang berprofil tinggi adalah termasuk:

Bidasan[sunting | sunting sumber]

Terdapat bidasan bahawa projek tersebut yang giat mengumpul bersama bekas pelampau ke dalam lipatan adalah sangat naif dalam jangkaan bahawa mereka mampu memberi kesan yang hebat.[19] Terdapat juga keraguan tentang kemampuan mereka dalam memindahkan pengajaran daripada menangani keganasan geng di kota Los Angeles ke atas pembanterasan ancaman keganasan pelampau Islam di kota Islamabad.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Network to combat extremism and gang culture launched, BBC News, 25 April 2012 http://www.bbc.co.uk/news/world-17841681
  2. ^ Can a social network fight 'extremism'?, AlJazeera, May 2012, http://stream.aljazeera.com/story/googles-fight-against-extremism-0022202 Diarkibkan 2012-06-15 di Wayback Machine
  3. ^ FRENNET, ROSS: RAMALINGHAM, VIDHYA, The failed EDL rally plot shows how much extremists need each other, guardian.co.uk, May 2013, http://www.guardian.co.uk/commentisfree/2013/may/01/failed-edl-rally-plot-extremists-need 
  4. ^ CENTER, BRIAN, LA to Dublin and Beyond, The Huffington Post, July 2011, http://www.huffingtonpost.com/brian-center/la-to-dublin-and-beyond_b_888132.html
  5. ^ IDE, MICHAEL, Google Ideas organises Anti-Extremism conference in Dublin, ITProPortal.com, June 2011, http://www.itproportal.com/2011/06/30/google-ideas-organises-anti-extremism-conference-dublin/
  6. ^ a b SEGALL, MANDY, Former Skinhead: 'My hate had no basis', Al Jazeera, July 2011, http://www.aljazeera.com/indepth/features/2011/06/2011630123643988652.html
  7. ^ DUBLIN, FROM THE PRINT ADDITION, Violent Extremists: Of Skinheads and Jihadists, June 2011 http://www.economist.com/node/18895448
  8. ^ JUGINOVIC, JANA, Google oracle Jared Cohen on the future and the Internet, Macleans.ca, June 2013, http://www2.macleans.ca/2013/06/07/a-conversation-with-jared-cohen-director-of-google-ideas/
  9. ^ CAHALAN, PAUL: OWEN, JONATHAN, Terror in Woolich: Internet is the vital frontline in a war against extremism, The Independent, May 2013, http://www.independent.co.uk/news/uk/crime/terror-in-woolwich-internet-is-the-vital-frontline-in-war-against-extremism-8632400.html
  10. ^ Press Release, Institute for Strategic Dialogue, September 2012, http://www.strategicdialogue.org/AVE_Colombia.pdf Diarkibkan 2014-07-14 di Wayback Machine
  11. ^ ROGERS, DR BROOKE, Viewpoints: How should radicalisation be tackled?, bbc.co.uk, May 2013, http://www.bbc.co.uk/news/uk-22683452
  12. ^ a b RAN INT/EXT WORKING GROUP, Proposed Policy Recommendations For the High Level Conference, Radicalisation Awareness Network, December 2012, http://ec.europa.eu/dgs/home-affairs/what-we-do/networks/radicalisation_awareness_network/ran-high-level-conference/docs/proposed_policy_recommendations_ran_int-ext_en.pdf
  13. ^ "RESILIENT COMMUNITIES NEWS/BLOG, "Former Extremists work against violent extremism", Resilient Communities". May 13, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-17. Dicapai pada August 11, 2013.
  14. ^ SMITH, GRAHAM, Google backs new social network for former terrorists and their victims that aims to combat extremism and gang culture around the world, The Daily Mail, April 2012, http://www.dailymail.co.uk/news/article-2135393/Google-backs-new-social-network-terrorists-victims-aims-combat-extremism-gang-culture-world.html
  15. ^ BK, THE LOCAL, New Social Network Links ex-terrorists and victims, The Local, April 2012, http://www.thelocal.de/national/20120425-42157.html Diarkibkan 2013-06-02 di Wayback Machine
  16. ^ Neumann, Peter R, Options and Strategies for Countering Online Radicalization in the United States, Studies in Conflict & Terrorism, 36:6, p. 446, http://counterideology2.files.wordpress.com/2013/06/options-n-strategies-for-countering-online-radicalization-in-the-us.pdf
  17. ^ http://www.theverge.com/2012/4/25/2975032/google-ideas-against-violent-extremism-network/
  18. ^ SOLON, OLIVIA, Google backs 'social network' for former violent extremists, wired.co.uk, April 2012, http://www.wired.co.uk/news/archive/2012-04/25/against-violent-extremism-social-network Diarkibkan 2013-11-03 di Wayback Machine
  19. ^ GITHENS-MAZER, JONATHAN, Google's big idea against extremism needs to learn the important maxim of political violence: "no justice, no peace"?, Open Democracy, July 2011 http://www.opendemocracy.net/jonathan-githens-mazer/has-googles-big-idea-against-extremism-needs-to-learn-important-maxim-of-poli