Agama dalam politik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Agama dalam politik berkisar berkenaan kesan agama terhadap politik. Agama disebut sebagai "sumber antara mobilisasi politik paling luar biasa dalam masa kini".[1]

Doktrin politik[sunting | sunting sumber]

Pelbagai doktrin politik telah dipengaruhi atau diilhamkan secara langsung oleh agama. Pelbagai aliran politik Islam wujud, dengan kebanyakannya berada di bawah istilah payung Islamisme. Graham Fuller telah berhujah berkenaan tanggapan yang lebih luas tentang Islamisme sebagai satu bentuk politik identiti, yang melibatkan "sokongan terhadap identiti [Muslim], keaslian, kedaerahan yang lebih luas, kebangkitan semula, [dan] kebangkitan semula umat."[2] Ini mungkin sering mengambil bentuk konservatif sosial atau reaksioner, seperti dalam wahabi dan salaf. Ideologi yang menuruti modenisme Islam termasuk sosialisme Islam dan Pasca-Islamisme. Dalam agama Kristian, gerakan politik Kristian terdiri daripada sosialisme Kristian, komunisme Kristian, dan anarkisme Kristian kiri, hingga demokrasi Kristian di haluan tengah,[3] serta haluan kanan Kristian.

Di luar ideologi universalis, agama juga terlibat dalam politik nasionalis. Nasionalisme Hindu wujud dalam gerakan Hindutva. Zionisme agama pula berusaha untuk mewujudkan negara keagamaan Yahudi. Gerakan Khalistan pula bertujuan untuk mewujudkan tanah air bagi penganut Sikh.

Terorisme agama ialah satu bentuk gerakan politik agama ekstrem. Terorisme Islam dapat dilihat dalam kumpulan-kumpulan militan seperti ISIS, Boko Haram, Taliban dan Al-Qaeda. Terorisme Kristian pula terkait dalam keganasan antipengguguran dan ketuanan kulit putih di Amerika,[4] seperti gerakan Christian Identity. Keganasan Saffron memperihalkan terorisme berkaitan Hinduisme. Terdapat juga kes terorisme agama Yahudi, seperti pembunuhan beramai-ramai Gua Patriarki, dan juga keganasan Sikh, seperti pengeboman Penerbangan Air India 182.

Sistem negara[sunting | sunting sumber]

Peta negara dengan agama rasmi.

Negara-negara dunia mengambil pendekatan berbeza terhadap agama, dari teokrasi hingga ateisme negara.

Teokrasi ialah "pemerintahan melalui bimbingan ilahi atau oleh pegawai yang dianggap sebagai dibimbing secara ilahi."[5] Teokrasi moden termasuk Iran[6] dan Takhta Suci,[7] sementara Taliban dan ISIS adalah pemberontakan yang cuba mewujudkan negara-negara bercorak sebegitu. Satu pendekatan yang lebih sederhana ialah penetapan agama negara rasmi. Tidak seperti teokrasi, ini mengekalkan keunggulan negara berbanding pihak berkuasa agama. Lebih 20% (sejumlah 43) negara di dunia mempunyai agama negara, kebanyakannya (27) ialah negara Islam.[8] 13 negara menetapkan Buddhisme sebagai agama rasmi seperti Bhutan,[9] dan 27 negara diiktiraf sebagai negara gereja.

Berbeza dengan negara beragama, negara sekular tidak mengiktiraf sebarang agama. Ini sering dipanggil prinsip pemisahan di antara agama dan negara. Versi yang lebih ekstrem, Laïcité di Perancis, melarang semua ekspresi keagamaan dalam banyak konteks awam.[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jelen, Ted G. (2002). Religion and Politics in Comparative Perspective. Cambridge University Press. m/s. 1.
  2. ^ Fuller, Graham E., The Future of Political Islam, Palgrave MacMillan, (2003), p. 21
  3. ^ Boswell, Jonathan (2013). Community and the Economy: The Theory of Public Co-operation (dalam bahasa Inggeris). Routledge. m/s. 160. ISBN 9781136159015.
  4. ^ "Hate In God's Name". Southern Poverty Law Center (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-12-01.
  5. ^ "Theocracy | political system". Encyclopedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-12-01.
  6. ^ "Inside Iran - The Structure Of Power In Iran | Terror And Tehran | FRONTLINE | PBS". www.pbs.org. Dicapai pada 2019-12-01.
  7. ^ Society, National Geographic (2013-12-16). "Vatican City Created". National Geographic Society (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-12-01.
  8. ^ correspondent, Harriet Sherwood Religion (2017-10-03). "More than 20% of countries have official state religions – survey". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2019-12-01.
  9. ^ "Religion". www.bhutan.com. Dicapai pada 2019-12-01.
  10. ^ Winkler, Elizabeth (2016-01-07). "Is it Time for France to Abandon Laïcité?". The New Republic. ISSN 0028-6583. Dicapai pada 2019-12-01.