Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit
Cogan kataAmalkan Pengurusan Kewangan Berhemah Sebagai Budaya Hidup
Tapak webwww.akpk.org.my
Sejarah
Dibentuk17 April 2006; 17 tahun yang lalu (2006-04-17)
Pengurusan
Ketua Pegawai EksekutifAzaddin Ngah Tasir
PengerusiAnuar Mohd Hassan
Lokasi
Ibu pejabatKuala Lumpur, Malaysia
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (secara rasmi disingkat sebagai AKPK) ialah sebuah agensi di bawah Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan pada 17 April 2006 bagi membantu individu mengendalikan situasi kewangan mereka dan mencapai ketenangan minda hasil daripada penggunaan kredit secara bijak. Aktiviti utama agensi ini ialah: Pendidikan Kewangan, Kaunseling Kewangan dan Program Pengurusan Kredit.[1]

Sehingga April 2018, seramai 28,000 orang te­lah mendaftar untuk mendapatkan perkhidmatan kaun­­­seling kewangan daripada AKPK. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 4,000 telah memohon untuk mengikuti Program Pengurusan Kredit (DMP).[2] Anuar Mohd Hussain ialah Pengerusi AKPK sejak 3 September 2018.[3]

Struktur korporat[sunting | sunting sumber]

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) diwujudkan oleh Bank Negara Malaysia bagi membina rangka kerja perlindungan pengguna yang komprehensif serta langkah proaktif bagi memastikan sektor isi rumah terus mampan dan berdaya tahan. Agensi ini menyediakan khidmat nasihat, kaunseling dan bantuan kepada individu dalam bidang berkaitan dengan kredit, pengurusan kewangan dan pendidikan serta penstrukturan semula hutang. Kesemua perkhidmatan AKPK adalah percuma.[1]

AKPK membantu peminjam perseorangan yang layak untuk menstruktur semula hutang yang berkaitan dengan pinjaman perumahan, sewa beli, kad kredit, kad caj dan pinjaman peribadi lain yang diperoleh daripada institusi 1 yang dikawal selia oleh Bank Negara. Bagaimanapun, ia tidak menyediakan sebarang kemudahan kredit kepada pelanggan.[1]

AKPK telah mengembangkan perkhidmatannya untuk menjadi Penama Perjanjian Sukarela (VA) dalam usahanya untuk membantu mereka yang telah diisytiharkan muflis, selaras dengan tujuannya untuk menurunkan kadar kebangkrutan kebangsaan sebanyak 50%.[4]

Sebagai sebahagian daripada Hari Simpanan Sedunia di Malaysia, AKPK dengan kerjasama Visa telah melancarkan inisiatif Treat Your Money Right yang direka untuk mempromosikan kepentingan penjimatan, berdasarkan kajian yang menunjukkan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia menyedari betapa pentingnya penjimatan, ramai yang masih berjuang dengan menguruskan kewangan mereka.[5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit Memulakan Operasi Diarkibkan 2019-09-14 di Wayback Machine Bank Negara Malaysia (17 April 2006). Dicapai pada 15 April 2014.
  2. ^ Mohamad Hanif Samsudin (5 April 2018). 28,000 mendaftar dengan AKPK Diarkibkan 2019-04-15 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 15 April 2018.
  3. ^ AKPK appoints new board chairman The Star Online (12 September 2018). Dicapai pada 13 September 2018.
  4. ^ D. Kanyakumari (30 Januari 2018). AKPK hopes to curb bankruptcy in half The Malaysian Reserve. Dicapai pada 24 Aoril 2018.
  5. ^ Visa & AKPK's “treat your money right” initiative Diarkibkan 2019-04-24 di Wayback Machine Focus Malaysia (31 Oktober 2018). Dicapai pada 1 November 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]