Pergi ke kandungan

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
AKPS
Intisari agensi
Dibentuk1 Januari 2024; 2 tahun yang lalu (2024-01-01)
Ibu pejabatAras 1, Setia Perkasa 2, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62546 Wilayah Persekutuan, Putrajaya
Menteri bertanggungjawab
Timbalan menteri bertanggungjawab
Eksekutif agensi
Agensi induk
Kementerian Dalam Negeri
Laman sesawang
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) merupakan agensi penguatkuasaan di bawah KDN yang ditubuhkan untuk menyelaras keselamatan dan kawalan di semua pintu masuk Malaysia (daratan, maritim & udara) melalui Akta 860 yang diwartakan pada 17 Oktober 2024.

Pengenalan AKPS bermula dengan program rintis sejak 2018 oleh UPP. Agensi ini ditubuhkan secara rasmi selepas Akta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (Akta 860) diluluskan pada 17 Oktober 2024.

Program rintis turut dijalankan pada 1 Januari 2025 di ICQS Rantau Panjang, Kelantan.

Majlis pelancaran rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri di KLIA berlangsung pada 2 Februari 2025.

  • Menyatupadukan tugas penguatkuasaan sempadan di darat, laut dan udara.
  • Merancang dasar dan strategi keselamatan sempadan.
  • Melaksanakan kawalan masuk/keluar PATI, penyeludupan, dan jenayah rentas sempadan.
  • Menyediakan pengawasan dan teknologi serta pengurusan aduan.

Operasi rintis dan liputan awal

[sunting | sunting sumber]

Program rintis bermula di 22 pintu masuk utama pada 1 Januari 2025. Menjelang 2025, AKPS mensasarkan pengembangan ke 123 pintu masuk, dan menjelang 2026, ke 141–144 pintu masuk rasmi negara

Kepimpinan

[sunting | sunting sumber]
  1. Datuk Seri Hazani Ghazali (17 Oktober 2024 - 9 Februari 2025)
  2. Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain (1 Julai 2025 - Kini)

Kakitangan & Pengambilan

[sunting | sunting sumber]

Sebanyak ~6,000 pegawai dan anggota telah diambil dari PDRM, JKDM, JIM, Perhilitan, KKM, JPJ, MAQIS, dan APMM, termasuk 1,090 dari JKDM sahaja.

Hubungan dengan agensi-agensi lain

[sunting | sunting sumber]

Walaupun beroperasi secara bersepadu, AKPS tidak menggantikan PDRM, APMM, Imigresen, Kastam, atau agensi lain — sebaliknya menyelaraskan operasi antara mereka untuk mengurangkan pertindihan dan birokrasi.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]