Agensi Makanan Singapura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Agensi Makanan Singapura
اݢينسي ماكنن سيڠاڤورا
Intisari agensi
Dibentuk01 April 2019 (2019-04-01)
Agensi-agensi terdahulu
Bidang kuasa
Pemerintah Singapura
Ibu pejabat52 Jurong Gateway Road, #14-01, Singapore 608550
Eksekutif Agensi
  • Lim Chuan Poh, Pengerusi
  • Lim Kok Thai, Ketua pegawai eksekutif
Agensi induk
Kementerian Kemampanan dan Sekitaran
Laman sesawang
sfa.gov.sg

Agensi Makanan Singapura (Bahasa Inggeris: Singapore Food Agency, kependekan: SFA; Bahasa Cina: 新加坡食品局; Bahasa Tamil: சிங்கப்பூர் உணவு அமைப்பு) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kemampanan dan Sekitaran. Ia dibentuk bagi menyelia keselamatan dan keterjaminan makanan di Singapura.[1][2][3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Agensi ini diumumkan pertama kalinya pada Julai 2018 bagi menyatukan segala fungsi berkaitan makanan, yang pada masa kini dilaksanakan oleh Penguasa Makanan Pertanian dan Ternakan (AVA), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA). Selari dengan itu, semua fungsi berkaitan tumbuhan dan haiwan bukan makanan akan dipindahkan kepada Lembaga Taman Negara (NParks). Pusat Kebangsaan bagi Sains Makanan (NCFS) juga akan ditubuhkan untuk menggabungkan keupayaan-keupayaan makmal makanan merentasi lembaga-lembaga berkanun yang berbeza.[2][1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Undang-undang baru diusul bagi jaga keselamatan makanan S'pura". Berita Mediacorp. Dicapai pada 17 Januari 2018.
  2. ^ a b Wong, Derek (26 Julai 2018). "New stat board Singapore Food Agency to be formed in April 2019; AVA will cease to exist". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Julai 2018.
  3. ^ Matthew, Mohan. "New stat board to oversee food safety and security; AVA to be disbanded". Channel NewsAsia (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-03. Dicapai pada 26 Julai 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]