Agensi Meteorologi Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pejabat JMA di Chiyoda, Tokyo.

Agensi Meteorologi Jepun (Jepun: 気象庁, Hepburn: Kishōchō) (bahasa Inggeris:Japan Meteorological Agency, JMA) ialah perkhidmatan kaji cuaca bagi kerajaan Jepun. JMA merupakan sebahagian daripada Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan yang separa autonomi. JMA bertanggungjawab dalam mengumpul dan melaporkan maklumat dan ramalan cuaca serta pemerhatian dan amaran gempa bumi, tsunami dan letusan gunung berapi di Jepun.[1]

JMA berpangkalan di Chiyoda, Tokyo dengan enam buah pejabat pentadbiran tempatan. Manakala maklumat dikumpul dengan empat buah Balai Cerap Laut, lima buah kemudahan sokongan, empat buah Pusat Perkhidmatan Cuaca Penerbangan dan 47 buah Pusat Pencerapan Kaji Cuaca Tempatan yang dilengkapi dengan satelit cuaca dan pusat kajian.[1]

Selain itu, JMA juga diberi tanggungjawab sebagai satu Pusat Meteorologi Khusus Serantau yang memantau aktiviti siklon tropika di bahagian barat Lautan Pasifik dan memberi amaran dan nasihat di kawasan tersebut.

Untuk mengukur keamatan seismik, JMA telah menempatkan 627 titik pencerapan di seluruh negara Jepun.[2] Pejabat Earthquake Phenomena Observation System yang berkhidmat sepanjang hari menjejak dan melaporkan aktiviti gempa bumi di keseluruhan negara.[3]

Agensi ini juga menjadi wakil dalam Jawatankuasa Penyelaras Ramalan Gempa Bumi Jepun.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Japan Meteorological Agency: The national meteorological service of Japan" (PDF). Japan Meteorological Agency. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-03-19. Dicapai pada 2009-05-03.
  2. ^ http://www.breitbart.com/article.php?id=D9A79CVG0&show_article=1
  3. ^ Corkill, Edan (10 April 2011). "Japan's seismic nerve center". Japan Times. m/s. 7. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-20. Dicapai pada 2011-10-05.
  4. ^ "Organizations with ties to CCEP". CCEP. Dicapai pada 19 Mac 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]