Agensi Pengurusan Bencana Negara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Inggeris) National Disaster Management Agency (atau NADMA) merupakan sebuah agensi pengurusan kecemasan kerajaan Malaysia. NADMA berfungsi sebagai penyelaras kepada agensi kerajaan yang terlibat dengan penguatkuasaan bencana[1]. NADMA diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia, yang membolehkan ia menyelaras gerak kerja pengurusan kecemasan yang dijalankan oleh agensi lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), bomba, Rela dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)[1].

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rentetan daripada insiden-insiden bencana luar biasa khususnya Banjir Monsun pada 2014 yang telah mengakibatkan kemusnahan besar di beberapa negeri, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin telah mengumumkan hasrat kerajaan untuk membentuk semula agensi pengurusan bencana pada 14 Mac 2015 ketika menghadiri Persidangan Dunia Mengenai Pengurangan Bencana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Jepun[2] dan telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 26 Ogos 2015 dan telah membuat keputusan menubuhkan NADMA Malaysia di mana jentera perancangan dan pelaksanaan bencana negara dapat diurus dengan lebih cekap, berkesan dan sampai ke segenap lapisan masyarakat khususnya mangsa bencana[3].

Fungsi[sunting | sunting sumber]

Meningkatkan tahap kemampuan jentera pengurusan bencana serta Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).[4]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Bekas menteri, Ahmad Shabery Cheek mempersoal kenyataan bahawa Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) tidak terbabit dalam soal pengurusan bencana.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno itu berharap kenyataan menteri bahawa Nadma hanya menguruskan pampasan banjir semata-mata adalah tersalah petik.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Mastura Mohd. Yazid berkata, ekoran struktur organisasi berkenaan yang disifatkan kecil dan hanya beroperasi di peringkat Pusat serta tidak mempunyai kakitangan di peringkat Negeri dan Daerah, telah menyukarkan koordinasi dan penyampaian maklumat dua hala secara terus dengan agensi-agensi di lapangan.

Justeru, dengan alasan tersebut mewajarkan Kabinet memutuskan supaya struktur Nadma diteliti semula untuk diperkukuhkan selaras dengan pengurusan bencana negara.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b BERNAMA (31 Disember 2015). "TPM umum penubuhan NADMA, selaras pengurusan bencana negara". Astro Awani.
  2. ^ Malaysia bentuk semula agensi pengurusan bencana - TPM
  3. ^ Dato' Mohtar bin Mohd Abd Rahman. "Perutusan Ketua Pengarah NADMA". Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Dicapai pada 28 Mei 2020.
  4. ^ 2023 Belanjawan Persekutuan (PDF) (Laporan). Kementerian Kewangan Malaysia. Dicapai pada 22 April 2023.