Agung Hapsah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Agung Hapsah
Maklumat peribadi
KelahiranMuhammad Agung Aulia Hapsah
(1999-05-11) 11 Mei 1999 (umur 24)
PendidikanSMAN 1 Tanah Grogot
PekerjaanPersonaliti YouTube
AgamaIslam
SaudaraMuhammad Ali Hapsah (Ayah)
Alvina Sazilah Hapsah (Adik)
Zahra Ramadhani Hapsah (Adik)
Laman webagunghapsah.com
Maklumat YouTube
Juga dikenali sebagaiAgung Hapsah
EEVNXX
Saluran
Tahun aktif2011-kini
GenreHiburan[1]
Pelanggan2,03 Juta[1]
(9 November 2020)
Jumlah tontonan124,542,011[1]
(9 November 2020)
100,000 pelanggan
1,000,000 pelanggan

Muhammad Agung Aulia Hapsah atau dikenali sebagai Agung Hapsah; (lahir di Ujung Pandang (sekarang Makassar), 11 Mei 1999; umur 24 tahun) adalah YouTuber berwarganegara Indonesia. Ia membuat filem pendek, muzik dan vlog dengan mengandalkan teknik sinematografi.[2]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Agung dilahirkan di Makassar pada 11 Mei 1999. Namun, kebanyakan masa kecil Agung Hapsah "dihabiskan" di Australia. Agung dan sekeluaraga tinggal di Australia, selama Agung bersekolah pada darjah 3 (10 tahun) hingga Tingkatan 2 (14 tahun). Setibanya tiba di tanah air, Agung terkejut kerana pertama kali datang ke Indonesia.[3] Lantas, dirinya mempunyai kemampuan berbahasa Inggeris yang baik sehingga bersembang dalam bahasa Indonesia menggunakan bahasa yang separa formal.[4] Ketika pertama datang ke Indonesia, Agung Hapsah tinggal di Tanah Grogot, Paser, Kalimantan Timur. Namun setelah menamatkan pengajiannya di Sekolah Menengah Atas (SMA), Agung telah memutuskan untuk pindah ke Jakarta.[5]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Selain bergiat aktif di YouTube, Agung juga memiliki pencapaian di bidang debat bahasa Inggeris. Beliau pernah mengikuti National School Debating Championship pada tahun 2016 mewakili Kalimantan Timur dan berjaya memperoleh gelaran Pendebat Baik. Beliau juga pernah mengikuti pertandingan Festival Lumba Seni Siswa Nasional untuk kategori filem pendek.

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Filem pendek[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Peran Catatan
2018 Agen Resep Rahasia[6] Agung Sebagai pengarah, pelakon, penulis skrip dan penyunting.
2019 Dear Friend[7] Aditya Sebagai pengarah dan pelakon
2021 Never Get Better Video muzik oleh Reality Club; sebagai penagarah[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Agung Hapsah di Social Blade
  2. ^ Purnamasari, Deti Mega (9 September 2019). "Menjadi YouTuber Anti Mainstream ala Agung Hapsah". Kompas (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 6 November 2020.
  3. ^ Nural (7 September 2017). "Agung Hapsah, Inspirasi Generasi Milenial". kincir.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 6 November 2020.
  4. ^ Najib, Muhammad (14 Jun 2016). "Agung Hapsah, Vlogger Muda Paser yang Menasional | Kaltim Post". kaltim.prokal.co (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 6 November 2020.
  5. ^ Mustinda, Lusiana (28 Mei 2020). "Tentang Agung Hapsah, YouTuber yang Dibahas Deddy Corbuzier dan Reza Arap". detik.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 6 November 2020.
  6. ^ Purnamasari, Deti Mega (9 September 2019). "YouTuber Agung Hapsah Kerap Tolak Tawaran Produksi Efek Visual, jika..." Kompas (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 11 Mei 2020.
  7. ^ Reza (31 Oktober 2019). "Hanya dengan Smartphone Kamu Bisa Hasilkan Kualitas Video Profesional, Benarkah?". Liputan 6 (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 11 Mei 2020.
  8. ^ "Disutradarai Agung Hapsah, Tonton Video Klip Unik dari Reality Club". Famous.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 13 Januari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]