Agus Prayogo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Agus Prayogo
Maklumat peribadi
KewarganegaraanIndonesia
Lahir (1985-08-23) 23 Ogos 1985 (umur 38)
Bogor, Jawa Barat, Indonesia
Ketinggian172 cm (5 ft 8 in)
Berat badan54 kg (119 lb)
Sukan
SukanOlahraga
Acara5,000 meter, 10,000 meter, dan maraton

Agus Prayogo (lahir 23 Ogos 1985 di Bogor) ialah pelari jarak jauh Indonesia. Beliau kini memegang rekod kebangsaan Indonesia untuk 3000 meter, 5000 meter, 10,000 meter dan separuh maraton.

Agus Prayogo berketurunan Jawa, dilahirkan di Bogor, Jawa Barat dari pasangan Prayitno (ayah) dan Supriyaningsih (ibu). Beliau menghabiskan masa kecilnya di Magelang, Jawa Tengah.[1] Bakat larian beliau mula dikenal semasa beliau menjadi pelajar di Sekolah Rendah. Semasa sekolah menengah rendah, beliau berpindah ke Salatiga dan menyertai kelab larian tempatan. Selepas tamat persekolahan, beliau menyertai tentera Indonesia. Beliau kini menetap di Bandung.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Lebih Dekat dengan Agus Prayogo". runner.id. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-10. Dicapai pada 2018-02-10.