Ah’hotep, dinasti ke Tujuh Belas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ahhotep I
Queen consort bagi Mesir
New-Kingdom-Queen.jpg
Ratu dari Kerajaan Baru
Nama penuh Ahhotep I
Gelaran Isteri Diraja Utama
Tempat mangkat Thebes?
Dimakamkan Thebes?
Pasangan Firaun Seqenenre Tao
Anakanda Ahmose I
Dinasti Dinasti ke tujuhbelas Mesir
Ayahanda Senakhtenre
Bonda Tetisheri
Agama Ugama Mesir purba

Ah’hotep, (fl. Kurun ke-16 B.C.E.) merupakan wanita kerabat diraja Dinasti ke Tujuh belas. Dia merupakan pasangan bagi Sekenenre TA’O II (c. 1560 B.C.E.) dan ibu pada pengasas Kerajaan Baru, ’Ahmose (r. 1550–1525 B.C.E.).

Ah’hotep merupakan anak kepada Senakhtenre Ta’O Idan Ratu Tetisheri, Ah’hotep dibesarkan di Deir El-Baas, utara Thebes, semasa tempoh di mana Hyksos, atau orang Asia, memerintah jajahan utara. Dia kemudiannya berkahwin dengan Ta’o II dan Ah’hotep melahirkan dua orang anak, Kamose dan ’Ahmose, dan dua orang anak perempuan, ’Ahmose–Nefertari dan ’Ahmose -Hetempet.[1]

Ketika Ta’o II memulakan perperangan penyatuan Mesir, Ah’hotep bertindak sebagai penjaga takhta Theban. Apabila Ta’o II terbunuh, mayatnya dihantar kepada Ah’hotep yang kemudiannya menghantar anak sulongnya, Kamose, dalam perjuangan yang sama. Kamose terbunuh pada tahun 1550 B.C.E., dan ’Ahmose menjadi pemerintah baru. Ah’hotep bertindak sebagai penjaga kepada anak muda ini, menggahwinkannya dengan saudara perempuannya, ’Ahmose-Nefertari, yang kemungkinannya balu Kamose. Untuk selama 10 tahun, Ah’hotep memerintah jajahan Theban di selatan Mesir, mengekalkan perdamaian rapuh dengan Hyksos. Apabila ’Ahmose memulakan kempen mengkagumkannya menentang Hyksos, Ah’hotep mengekalkan aturan dan membina lebih banyak unit tenteranya. Namanya dikaitkan dengan inskripsi ’Ahmose, seperti yang terdapat dalam perkubuan Buhen, di selatan Aswan sungai Nil.

Ah’hotep meninggal ketika berusia 90 tahun selepas Mesir disatukan dan dia diberikan klompleks pengkebumian yang luas di Thebes, dikebumikan berhampiran dengan Kamose. Persembahan yang mengkagumkan diberikan bagi pengkebumiannya, termasuk kapak istiadat (penghormatan tentera) dan bot emas yang dipasang pada pedati dengan roda gangsa. ’Ahmose memujinya pada stela di Karnak, menyatakan: “Dialah yang melakukan upacara dan penjagaan Mesir.” Keranda besar Ah’hotep dijumpai pada tahun 1881, digunakan bagi Pinudjem. Peninggalan mumminya dijumpai dalam makam kecil berhampiran dengan pintu masuk Lembah Raja-raja. Makam asalnya masih belum dapat dikenal pasti.

Rujukan[sunting | sunting sumber]