Ahli Mesyuarat Tingkap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ahli Mesyuarat Tingkap
Genre
Ditulis olehSofia J. Rhyland
PengarahAzman "Jinggo" Yahya
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Tak Over, Tak Sah" oleh Bahrain Rahman
Lagu penutup"Tak Over, Tak Sah" oleh Bahrain Rahman
PenggubahAdi Priyo Sambodo
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifAzman Yahya
PenerbitSheila Rusly
LokasiKuala Lumpur, Malaysia
Tempoh siaran20 minit
Syarikat penerbitan
JS Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal23 Mac 2016 – 26 April 2016
Kronologi
MengikutiAnak Ke-5

Ahli Mesyuarat Tingkap merupakan sebuah siri drama televisyen komedi Malaysia 2016 dibintangi oleh Rita Rudaini, Izreen Azminda dan Sherry Alhadad.[1][2][3] Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Iris TV3 dari 23 Mac 2016 hingga 26 April 2016.

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[4]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tiga orang rakan baik iaitu Zai (Rita Rudaini), Ju (Izreen Azminda) dan Ira (Sherry Alhadad) yang saling mengenali di bangku sekolah menengah lagi. Setelah dewasa dan berkerjaya mereka cuba menganjurkan majlis pertemuan semula yang digelar ‘Reunion of The Year’ untuk rakan-rakan sekolah mereka. Mereka menggelarkan kumpulan mereka sebagai Ahli Mesyuarat Tingkap. Mana tidaknya, bukan sahaja pasal pencarian teman-teman lama mereka dibincangkan malah bahan gosip juga tidak kurang menjadi perhatian tiga sahabat wanita ini. Apa sahaja yang terlintas di hati mereka ada sahaja yang ingin dibualkan.

Pertemuan mereka itu sering menarik perhatian orang sekeliling ekoran aksi mereka yang dianggap keterlaluan walaupun membabitkan masalah kecil. Sesuai dengan tagline mereka iaitu ‘Tak Over, Tak Sah’.

Setiap daripada mereka mempunyai kerenah masing-masing. Zaiti atau dipanggil Zai oleh rakan-rakannya merupakan peminat no. 1 drama Melayu. Paling diminati Zai ialah hero slot Akasia, Saharul Ridzwan. Dia bercita-cita untuk berkahwin dengan hero kesayangannya itu. Malah apa sahaja majalah, poster atau surat khabar yang meletakkan gambar aktor itu, pasti Zai akan mendapatkannya. Namun sifat fanatiknya itu juga selalu merisaukan rakan-rakannya yang lain.

Ju pula seorang yang suka berterus terang dengan pendapatnya. Ju memiliki perniagaan butiknya yang tersendiri. Namun dia tidak suka dengan ‘trend’ selebriti Malaysia yang asyik menjual tudung. Baginya mereka tidak kreatif dan memberi persaingan kepada perniagaannya. Manakala Ira adalah pakar pastri dan manisan. Malah dialah pembekal kek di kedai Datin Bobo (Kuna) di mana mereka sering menghabiskan masa bersama. Namun itu bukan satu sahaja sebab mereka ke sana. Sebab lain ialah Ju dan Ira telah jatuh hati dengan anak Datin Bobo, Azmel (Azrel Ismail).

Di dalam setiap episod, ada sahaja misi Zai, Ju dan Ira selain cuba mengumpulkan teman-teman mereka yang lain untuk majlis pertemuan semula mereka.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Undangan khas[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Drama Ahli Mesyuarat Tingkap (TV3)". My Infotaip. 23 Mac 2016. Dicapai pada 23 Mac 2016.
  2. ^ Budiey (18 Mac 2016). "Rita Rudaini, Izreen Azminda dan Sherry over dalam Ahli Mesyuarat Tingkap". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 23 Mac 2016.
  3. ^ Bro Framestone (19 Mac 2016). "Ahli Mesyuarat Tingkap". Hye Bro. Dicapai pada 23 Mac 2016.
  4. ^ Ahli Mesyuarat Tingkap (2015): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 18 Mac 2019.
: Slot Iris, Setiap Isnin - Khamis, 6:30 Petang
Sebelumnya Ahli Mesyuarat Tingkap Berikutnya
Menantu Mak Uteh Sekali Aku Jatuh Cinta