Ahmad Abdullah (Johor)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
YB Dato'

Ahmad Abdullah

DPMJ (Johor); AMN; PIS (Johor)
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor
Dalam jawatan
1986–1995
Menteri BesarMuhyiddin Yassin
Ahli Dewan Negeri Johor
untuk Kukup
Dalam jawatan
1982–1999
Didahului olehAbdullah Sudin
Digantikan olehJamaliah @ Jamilah Endan
Butiran peribadi
Lahir28 Februari 1941
Meninggal dunia28 September 2005(2005-09-28) (umur 64)
Parti politik UMNO
PekerjaanAhli politik
ProfesionAkauntan

YB Dato' Ahmad bin Abdullah adalah bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor dari tahun 1986 hingga tahun 1995 lalu. Beliau merupakan akauntan bertauliah dari Institut Akauntan Malaysia.[1]

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau telah memenangi kerusi Dewan Negeri Johor bagi Kukup dari tahun 1982 hingga tahun 1999 lalu. Ketika menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, beliau pernah memangku jawatan Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebanyak 4 kali.

Beliau juga pernah menganggotai Lembaga Pengarah perbadanan di Johor seperti Perbadanan Johor dan Perbadanan Islam Johor.

Selepas politik[sunting | sunting sumber]

Beliau menubuhkan firma perakaunan sendiri selepas tidak lagi menjadi wakil rakyat dengan menubuhkan Ahmad Abdullah & Goh Consulting yang mana beliau adalah pengerusinya.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]