Ahmad Adnin bin Roslan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tuan

Ahmad Adnin bin Roslan
Nama asal
احمد عدنن بن روسلان
LahirAhmad Adnin bin Roslan
(1992-05-23) 23 Mei 1992 (umur 31)
Klang,  Selangor.
Nama penaAdnin Roslan
PekerjaanPenulis
Penceramah
Penyanyi
Komposer
Penulis lirik
Ketua Pegawai Eksekutif Sentap Press Sdn. Bhd.
Memegang jawatan
2014
Didahului olehJawatan diwujudkan
Digantikan olehMasih menyandang
BahasaBahasa Melayu
Warganegara Malaysia
Warganegara Malaysia
Alma materSekolah rendah islam hira'.

Maahad Tahfiz Alquran Hira'. Sekolah menengah islam Hira'. Akademi Ikatan Muslimin(STAM). Universiti Al Azhar Mesir.

MEDIU.
Tempoh2014
GenreMotivasi
Islamik
Pergerakan sastera
  • Tarbiah Sentap
  • Sentap Press Sdn. Bhd.
  • Tarbiah Sentap Records
  • Tarbiah Sentap Production
  • Tarbiah Sentap Consultancy
Tahun aktif2014
Karya terkenal
  • Siri Tarbiah Sentap
  • Surat untuk Orang yang Putus Cinta
  • Pickupline Dakwah
PasanganFadhilah Abdul Rashid
Rakan kongsiShukery Azizan
Hakim Sufian
Qamarul Nazrin
Muaz Faris
Lain-lain
Laman web
https://tarbiahsentap.com

Ahmad Adnin bin Roslan (Tulisan Arab: ْاَحْمَدْ عَدْنٍ بـِنْ رُسْلَان) merupakan seorang penulis kepada syarikat yang diasasnya, Tarbiah Sentap. Anak kelahiran Selangor ini berjaya memecahkan pasaran buku Malaysia , apabila buku Tarbiah Sentap beliau terjual lebih kurang 100,000 naskhah, dan buku-buku beliau sering menaiki carta "bestseller" di POPULAR, MPH, SMO, selama berbulan-bulan secara berturut-turut. Beliau telah menulis lebih kurang 14 naskhah buku, dan buku tulisan beliau secara keseluruhan telah mencecah lebih 400,000 naskhah jualan.Followers TikTok beliau telahpun mencecah lebih 2.2 juta, manakala instagram beliau mencecah lebih 700,000 followers. Selain dari menulis buku, beliau juga merupakan komposer dan penulis lirik. Beliau telah menghasilkan lebih dari 60 lirik tular dan mencecah jutaan tontonan di youtube.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Ustaz Adnin Roslan memulakan pendidikan agama sejak dari kecil lagi. Keluarganya sentiasa menitik beratkan soal agama.

Menjelang sekolah rendah, beliau dihantar untuk belajar di Sekolah Rendah Islam Hira'. Kemudian ke Maahad Tahfiz al-Quran Hira' dan Sekolah Menengah Islam Hira'. Beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam ujian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dengan keputusan 9A. Beliau juga alhamdulillah berjaya menghafaz 30 juzuk Alquran dalam masa 1 tahun 9 bulan.

Seterusnya, beliau ke Akademi Ikatan Muslimin (AIM), Ipoh bagi menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Beliau berjaya mendapat pangkat Mumtaz (Cemerlang) pada tahun 2011.

Selepas itu, Ustaz Adnin melanjutkan pelajarannya ke Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Fiqh dan Usul. Namun, akibat daripada pergolakan yang berlaku ketika itu, beliau mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air tercinta dan menyambungnya di Malaysia, iaitu di Al-Madinah International University. Ketika di Mesir, beliau sempat mendapat sanad bacaan Alquran hingga ke Rasulullah dengan pangkat Jayyid Jiddan.

Karya-karya[sunting | sunting sumber]

Sehingga kini, Ustaz Adnin Roslan telah menulis 14 buah buku. Terdapat beberapa buah merupakan hasil tulisan bersama dengan penulis lain.

Bil Tahun Judul Penulis bersama Penerbit Jualan (Anggaran)
1 2014 Tarbiah Sentap Tiada Little Caliph Enterprise 100,000 naskhah jualan
2 2015 Tarbiah Sentap 2 Tiada Sentap Press Sdn. Bhd. 40,000 naskhah jualan
3 2015 Momento Shukery Azizan
Qamarul Nazrin
Hakim Sufian
Muaz Faris
Tarbiah Sentap Enterprise 10,000 naskhah jualan
4 2015 Infiru Aiman Banna
Aiman Afeef
Shukery Azizan
Omar Mokhtar
Azme Rahmat
Inspirasee International Sdn. Bhd. 10,000 naskhah jualan
5 2016 Tarbiah Sentap 3 Shukery Azizan
Qamarul Nazrin
Muaz Faris[1]
Syed Salahuddin
Aizat Farhan
Hakim Sufian
Afiq Jamil
Izzat Roslan
Sentap Press Sdn. Bhd. 5000 naskhah jualan
6 2016 Ketika Cinta Menyentap Siddiq Amin Sentap Press Sdn. Bhd. 15,000 naskhah jualan
7 2017 Surat untuk Orang yang Putus Cinta Tiada Sentap Press Sdn. Bhd. 50,000 naskhah jualan
8 2018 Pickupline Dakwah Tiada Sentap Press Sdn. Bhd. 10,000 naskhah jualan
9 2018 Surat Untuk Orang Yang Putus Asa Tiada Sentap Press Sdn. Bhd. 40,000 naskhah jualan
10 2019 Surat Cinta Untuk Pendosa Tiada Sentap Press Sdn. Bhd. 25,000 naskhah jualan
11 2020 Maksiat Akhir Zaman Tiada Sentap Press Sdn. Bhd. 25,000 naskhah jualan
12 2021 Ini Semua Mitos Tiada Sentap Press Sdn. Bhd. 18,000 naskhah jualan
13 2021 Saat Kiamat Menghampiri Tiada Sentap Press Sdn. Bhd. 18,000 naskhah jualan
14 2023 Tuhan Aku Ingin Sembuh Tiada Sentap Press San Bid 50,000 naskhah Jalan

Tarbiah Sentap (2014 hingga kini)[sunting | sunting sumber]

Ustaz Adnin Roslan telah mengasaskan Tarbiah Sentap semenjak Ogos 2014. Bermula dengan Facebook beliau, kemudian Blog, Twitter, Instagram, dan Youtube. Bermula dengan seorang diri, beliau telah dibantu oleh sahabat beliau iaitu Shukery Azizan, Qamarul Nazrin, Muaz Faris, Hakim Sufian, Afiq Jamil, Aizat Farhan, Aizuddin Hamid, Jibril Fitrah, dan sebagainya. Tarbiah Sentap diasaskan bertujuan untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat, khususnya anak muda, menjadi rujukan dan qudwah masyarakat, serta alternatif hiburan islami untuk masyarakat, melalui penulisan buku, ceramah, nasyid, filem pendek, dan sebagainya.


Bermula tahun 2015, Ustaz Adnin mengasaskan Tarbiah Sentap Records. Selain Ustaz Adnin, antara team beliau yang banyak menghasilkan lagu dan lirik adalah Akmal Mustafa, komposer yang sedang meningkat naik, dan dibantu oleh Usamah Kamaruzaman. Seterusnya, ramai artis-artis nasyid baru yang bernaung di bawah Tarbiah Sentap Records, antaranya:

1) Rabithah

2) Areef

3) The Faith

4) Aniq Muhai

5) The Truth

6) Syed Salahuddin

7) Autotune Band

8) One Path


Lagu-lagu keluar Tarbiah Sentap pernah mengungguli dan menjuari carta Nasyid Ikim, dimainkan di stesen-stesen radio popular seperti Zayan dan Era FM, mendapat jutaan tontonan, dan menjadi siulan anak-anak muda. Rabithah pernah bertanding dalam Gema Gegar Vaganza 2 pada tahun 2018, dan pernah menjadi finalis Anugerah Nasyid Ikim 2019(AN19). Aniq Muhai pula dinobatkan sebagai Artis Nasyid Baru Popular di dalam Anugerah Nasyid Malaysia 2020 (ANAM).


Tarbiah Sentap juga berjaya menjelajahi lebih dari 1500 institusi di dalam dan luar negara seperti Mesir, Australia, New Zealand, dan sebagainya, menyampaikan ilmu kepada anak-anak muda.


Media sosial Tarbiah Sentap mendapat sambutan yang cukup tinggi dikalangan rakyat Malaysia, yang mana Facebook Tarbiah Sentap melebihi 480,000 like, Instagram Tarbiah Sentap juga mencecah lebih 480,000 followers. Twitter Tarbiah Sentap pernah mendapat tempat "Top 50" dalam carta carian twitter di Malaysia pada tahun 2021, yang mana jumlah followersnya sebanyak lebih 690,000. Serta, youtube Tarbiah Sentap juga amat aktif menghasilkan lagu nasyid, short film, video ceramah, soal jawab agama, yang mana kini telah mendapat lebih dari 620,000 subscribers dan lebih dari 70 juta tontonan di youtube.

Rujukan[sunting | sunting sumber]