Ahmad Al-Muhajir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Ahmad Al-Muhajir (820-924) (Bahasa Arab: أحمد المهاجر‎) juga dikenali dengan panggilan Al-Imam Ahmad bin Isa, beliau merupakan keturunan Ali bin Abi Talib dan Fatimah az-Zahra. Nama lengkapnya adalah Ahmad bin Isa Ar-Rumi bin Muhammad An-Naqib bin Ali Al-Uraidhi bin Ja'far Ash-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin Ali bin Hussein bin Ali bin Abi Talib. Diriwayatkan bahawa beliau lahir pada tahun 241[1] Hijrah (820 Masihi) walaupun ada pula yang menyebut 260[2] Hijrah.

Hijrah ke Hadramaut[sunting | sunting sumber]

Ahmad bin Isa dinamakan Al-Muhajir kerana beliau meninggalkan Basrah, Iraq pada zaman pemerintahan Khalifah Abbassiyah yang berpusat di Baghdad, pada tahun 317H (896 M). Pada mulanya beliau ke Madinah dan Makkah, kemudian pada tahun 318 H dari Makkah ke Yaman lebih kurang sekitar tahun 319 H.

Beliau berhijrah disebabkan kerana banyaknya fitnah yang terjadi di Iraq pada waktu itu -- banyak para Ahlul Bait keturunan Rasulullah diburu atau bahkan dibunuh kerana pemerintah khuwatir kalau mereka mahu mengambil-alih tampuk kekuasaan. Imam Al-Muhajir adalah orang pertama yang datang ke Hadramaut berserta keluarganya yang berjumlah 70 orang. Ikut serta dalam perjalanan beliau adalah anaknya yang bernama Ubaidillah dan ketiga cucunya Alwi, Jadid dan Basri.[2]

Beliau wafat(meninggal dunia) pada tahun 345h (924 M) di Husayyisah, sebuah kota antara Tarim dan Seiyun, Hadramaut. Makam beliau di atas sebuah bukit merupakan diantara yang pertama kali diziarahi oleh para pengunjung ke Hadramaut.

Keturunan dan status[sunting | sunting sumber]

Imam Ahmad al-Muhajir wafat pada tahun 345 Hijrah, dan dikurnia keturunan:[2]

  1. Muhammad (Keturunannya tersebar di negri Baghdad )
  2. Abdullah / Ubaidillah (Abu Alawy). Lahir di Basrah dan meninggal pada 383 H di Somal, Yaman.[3]
    1. Basri[4]
    2. Jadid[4]
    3. Alwi al-Awwal
      1. Muhammad
        1. Alwi ats-Tsani
          1. Salim[5]
          2. Ali Khali' Qasam[5]
            1. Muhammad Shahib Mirbath[6]
            2. Abdullah[7]
            3. Husain[7]

Semua para sayyid dari keluarga BaAlawi, Hadramaut bernasab kepada beliau. Sebagian besar para Walisongo di Indonesia juga adalah keturunan Al-Imam Ahmad Al-Muhajir bin Isa.

Imam Ahmad Al-Muhajir ialah seorang Imam Mujtahid, yang lebih banyak diikuti daripada mengikuti.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pranala/Pautan luar[sunting | sunting sumber]