Ahmad Albob Yang Punya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ahmad Albob Yang Punya
Genre
PengarahIsmail Yaacob
Dibintangi oleh
Penggubah lagu tema
Hafiz Hamidun
Lagu pembukaan"Ahmad Albob Yang Punya" oleh Bob Yusof
Lagu penutup"Ahmad Albob Yang Punya" oleh Bob Yusof
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifMohd Redzuan Devan Abdullah
Penerbit
PenyuntingKas Roshan
Sinematografi
  • Muhaimin Azaini Mohammad
  • Samsul Azraf Aburi
Tempoh siaran37–38 minit
Syarikat penerbitan
Temenggong Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal16 Mei 2011 – 16 Jun 2011
Kronologi
MengikutiMata Ayer
Diikuti olehSi Jundai

Ahmad Albob Yang Punya ialah sebuah siri drama televisyen fantasi Malaysia 2011 arahan Ismail Yaacob, dibintangi oleh Danny X-Factor sebagai watak tajuk. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Lagenda TV3 dari 16 Mei 2011 hingga 16 Jun 2011 menggantikan Mata Ayer.[1]

Siri ini boleh didiapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Ahmad Albob (Danny X Factor), anak kepada jutawan Tuan Syawal (Ropie Cecupak) dan Puan Mastura (Liza Abdullah) rajin menolong ayahnya menguruskan penternakan lembu dan kambing serta ladang pisang montel. Walaupun Ahmad Albob bakal mewarisi harta Tuan Syawal, dia tetap merendah diri dan tidak pandai bergaya. Malah, sikapnya yang lurus bendul dan selekeh menjadikannya seorang yang tidak popular di kolej. Ahmad Albob hanya mempunyai Hussin (Ezzendy), pekerja di ladang ayahnya sebagai kawan.

Tuan Syawal bercadang mencari calon isteri untuk Ahmad Albob. Mastura mencadangkan kepada suaminya supaya memilih salah seorang anak saudara mereka iaitu Siti Zulhijjah atau Siti Zulkaedah. Safar (Roy Azman) dan Muharram (Asrul Raja Lawak) mula berangan-angan untuk hidup senang-lenang sekiranya anak mereka dipilih untuk menjadi isteri Ahmad Albob.

Siti Zulhijjah (Hanez Suraya) dan Siti Zulkaedah (Sheera Iskandar) pula tidak menyukai Ahmad Albob yang tidak pandai bergaya. Mereka hanya berminat dengan kekayaannya. Siti Zulhijjah dan Siti Zulkaedah selalu membuli Ayu Raihana (Allana Amir) dan mahu mempergunakannya untuk mencari kesempatan ke atas Ahmad Albob. Tanpa dijangka Ahmad Albob tertarik dengan Ayu Raihana walaupun dia seorang gadis biasa yang tidak pandai bergaya. Ayu Raihana juga menyenangi sikap Ahmad Albob yang tidak memandang rendah kepadanya tanpa mengetahui latar belakang keluarga Ahmad yang kaya raya.

Puteri Jun Jun Atun (Dottie) yang merindui Ahmad Albob telah turun ke bumi untuk mencarinya namun dia terpaksa akur dengan syarat ayahnya bahawa manusia dengan jin tidak boleh bersatu. Maka, Puteri Jun Jun Atun mahu memastikan Ahmad Albob mendapat calon isteri yang benar-benar ikhlas mencintainya dan bukan hanya mahukan harta bendanya.

Dengan bantuan Puteri Jun Jun Atun, Ahmad Albob telah bertukar menjadi seorang usahawan yang tampan dan berkarisma. Siti Zulhijjah dan Siti Zulkaedah mula menyesal kerana pernah menolak lamaran Ahmad Albob. Kini, mereka berlumba-lumba untuk memenangi hati Ahmad Albob dan menganggap Ayu Raihani sebagai penghalang. Ahmad Albob pula mengenakan syarat kepada sepupunya bahawa mereka perlu bermadu sekiranya bersetuju untuk mengahwininya. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Siapakah pilihan hati Ahmad Albob?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Utama[sunting | sunting sumber]

Pembantu[sunting | sunting sumber]

Tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Wan Sharmila sebagai Intan
  • Abu Al-Kammal sebagai Awang Selamat
  • Hairul Azreen sebagai Rejab
  • Tedd Lotfy sebagai Syaaban
  • Maslina Nasir sebagai Jaja
  • Putri Najuwa sebagai GG
  • Alliesha sebagai Puteri Bakawali
  • Ery Zukhairi sebagai Ramlie
  • Shima Zaki sebagai Puan Ainon
  • Hasnah Hashim sebagai Kuntom
  • Zazly Baginda sebagai Ustaz Radzi

Undangan[sunting | sunting sumber]

Maklumat am[sunting | sunting sumber]

Sebelum mencapai kemasyhuran, Abam Bocey (Allahyarham) melakonkan peranan kecil dalam drama ini, dikreditkan di bawah nama sebenar, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan.

Ini merupakan gandingan kedua Hanez Suraya dan Sheera Iskandar dalam tempoh 7 tahun sejak Bicara Hati (2004).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (23 Mei 2011). Drama Ahmad Albob Yang Punya di Slot Lagenda Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 23 April 2007.
  2. ^ Ahmad Albob Yang Punya (2011): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 8 Jun 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]