Ahmad Ali Karim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ahmad Ali Karim
Kelahiran2003
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPenulis
OrganisasiMuafakat Pendidikan Johor (Duta rasmi)
Terkenal keranaMenulis tentang hal-hal isu semasa pada usia yang muda
Ibu bapaA. Karim Omar (ayahanda)
Laman webahmadalikarim.wordpress.com

Ahmad Ali Karim adalah seorang penulis muda di Malaysia yang kerap menganalisa landskap politik tempatan dan membincangkan tentang hal-hal perundangan berkaitan Perlembagaan Malaysia.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Ali Karim berasal daripada Kuala Terengganu dan merupakan anak bongsu kepada seorang pendakwah tempatan terkenal, A. Karim Omar.

Beliau belajar sendiri di rumah dengan panduan ibunya[1], dan membesar dengan minat di dalam bidang undang-undang. Selain daripada pelajaran harian beliau juga mempelajari undang-undang negara, berguru dengan Pensyarah Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz, selain beberapa lagi tokoh dalam bidang berkaitan[1].

Beliau mula menulis pada tahun 2008 di dalam lamab blognya yang tersendiri, yang menjadi satu platform baginya untuk bersuara.

Pada tahun 2017 beliau mula memberi ucapan di sekolah-sekolah di negeri Johor, di dalam satu jelajah di seluruh negeri Johor bernama Jelajah Kemerdekaan yang dianjurkan oleh Muafakat Pendidikan Johor (MPJ) dengan kerjasama kerajaan negeri[2].

Beliau juga dikatakan minat di dalam seni lukisan digital, dan pernah berberapa kali memenangi pertandingan melukis ilustrasi yang dikendali Microsoft[1].

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ali Karim mula menulis pada 28 Ogos 2008 pada usia 5 tahun di laman blognya[1]. Sejak berumur 9 tahun, dia mula mengupas isu-isu berkaitan dengan politik di Malaysia.

Penulisannya mendapat perhatian berberapa orang terkenal termasuk Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, yang menulis satu surat kepadanya pada 11 Januari 2017[3], menjawab penulisan Ali Karim tentang perjanjian diantara Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia[4]. Berita Harian juga pernah membuat satu liputan khas mengenainya pada 5 Jun 2018[1].

Beliau dahulu menulis di dua buah portal online, Menara.my dan Tanjak.my[5], dan kini merupakan Duta rasmi bagi Muafakat Pendidikan Johor[6].

Pada 15 Julai 2019, Ali Karim telah dipilih sebagai salah seorang kolumnis tetap di portal brita Utusan Online, dimana dia menulis tentang Perlembagaan Malaysia dan Raja-raja Melayu[6].

Laporan polis terhadap Guan Eng[sunting | sunting sumber]

Pada 23 November 2016, Ali Karim yang pada ketika itu berusia 13 tahun membuat satu laporan polis terhadap ketua menteri Pulau Pinang pada ketika itu, Lim Guan Eng tentang kenyataannya yang berbaur hasutan mengenai Rang Undang-undang pindaan Akta 355[7].

Perkara ini mendapat perhatian ramai pihak terutamanya ahli-ahli politik, terutamanya Guan Eng sendiri yang mengatakan bahawa laporan polis tersebut adalah laporan remeh dan tidak berasas[8][9]. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada ketika itu, Dato' Dr. Asyraf Wajdi Dusuki pula memuji Ali Karim dan mempertahankannya, mengatakan bahawa Guan Eng seharusnya malu apabila seorang remaja berumur 13 tahun ini lebih memahami Perlembagaan negara[10][11][12]. Beliau turut tampil di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia apabila Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Dato' Paduka Dr. Ibrahim Ali mengunjungi rumahnya dan memberi sokongan terhadap beliau[13].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. Ahmad Ali Karim Weblog - Laman web peribadi