Ahmad Azhar bin Othman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dato'
Awie
AwieSantai.jpg
Dato' Awie pada kulit album Santai.
Kelahiran Ahmad Azhar bin Othman
(1968-11-24) 24 November 1968 (umur 48)
Datuk Keramat
Kuala Lumpur Kuala Lumpur
Malaysia Malaysia
Warganegara  Malaysia
Nama lain Awie
Pekerjaan Penyanyi, Pelakon, Pengacara, & Pelawak
Tahun aktif 1985 - Kini
Pasangan

Arni Nazira Anuar (k. 1998 - 2006)
Rozana Misbun (k. 2006 - 2014)

Datin Sharifah Ladyana (2016 - kini)
Anak 5 Anak
Ibu bapa Azizah Abdul Hamid
Othman Maarof
Kerjaya muzik
Genre Rock
Instrumen Vokal
Label BMG Music
Kegiatan berkait Kumpulan Wings, Ziana Zain

Dato' Ahmad Azhar bin Othman, DIMP (Pahang) atau lebih dikenali sebagai Awie (lahir 24 November 1968) ialah salah seorang penyanyi rock terkenal Malaysia. Beliau dilahirkan di Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Pembabitan awal[sunting | sunting sumber]

Pada usia 17 tahun, Awie bekerja di Panggung Aniversary, Kuala Lumpur. Tugasnya membolehkan Awie mendampingi beberapa selebriti popular ketika itu seperti kumpulan Search, Bloodshed, Ella & The Boys dan Sweet Charity.

Kumpulan Wings adalah kumpulan yang dianggotai Awie sebagai penyanyi utama sebelum bergerak secara solo. Awie kemudiannya memperkembangkan bakatnya dalam bidang lakonan dan ternyata dia berjaya dalam kedua-dua bidang. Awie kemudiannya mengambil langkah untuk membentuk kariernya sebagai penyanyi solo. Album solo pertama Awie yg berjudul "Awie" diedakan pada tahun 1994 telah terjual sebanyak 220,000 unit menjadikan Awie sebagai pemegang rekod penjualan tertinggi pada satu album oleh penyanyi lelaki di Malaysia,Yang sebelum itu di ungguli oleh Saleem (IKLIM) menerusi album solo pertamanya yang berjudul Gabungan Dua Insan Seni - Saleem & Wan Zul yang mempertaruhkan single popular 'Aduah! Seribu Kali Sayang' pada tahun 1993 yang terjual sebanyak 219,000 unit. Awie telah menghasilkan lima buah album solo tidak termasuk album kompilasi dan 'live'.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album bersama Wings[sunting | sunting sumber]

Awie (tengah) mengadakan persembahan bersama kumpulan Wings

Lihat di sini: Diskografi Wings

Album solo[sunting | sunting sumber]

Awie (1994)[sunting | sunting sumber]

  1. Tragedi Oktober
  2. Permainan Duniawi
  3. Ukiran Jiwa
  4. Tiada Rahsia Antara Kita
  5. Minah Seksi
  6. Mengetuk Pintumu
  7. Temptasi
  8. Masih Berdarah Lagi
  9. Debu Debu Liar
  10. Di Bayang Awan
  11. Funky Monyet
  12. Meniti Ombak Kasih

O-Tak (1996)[sunting | sunting sumber]

  1. Dipenjara Janji
  2. 1570
  3. Kita Permata
  4. Aku Bukan Orang Putih
  5. Biarpun Lorong Depanku Tak Bercahaya
  6. Lepak
  7. Karut Marut
  8. Bahagia Menemuimu
  9. O-Tak
  10. Nostalgia Cinta
  11. Tinggalkan Satu Peluru
  12. Airmata Maria
  13. Mambang (Hidden Track)

Satu (1998)[sunting | sunting sumber]

  1. Rock N Roll Ronda Ronda
  2. Pedih
  3. Kasut Baldu Biru Ku
  4. Syair Si Pujangga
  5. Syurga Hujung Malam
  6. Tiada Mungkin Terungkap
  7. Alif Ba Ta Duniaku
  8. Sepi Di Langit Tinggi
  9. Terima Kasih
  10. Jong Jong Inai

Rentap (2000)[sunting | sunting sumber]

  1. Maya
  2. Rentap (Dragon Malaya)
  3. Dipersimpangan Zaman
  4. Mabuk Cinta
  5. Kau Orang Punya Suka
  6. Kau Yang Mula Dulu
  7. Judas
  8. Kuda Tiga Kaki (Dragon Malaya)
  9. Seribu Tahun
  10. Nafas Belantara
  11. Bumi Kita Ada Naga (Dragon Malaya)
  12. Tifa Bisikan Cinta

Santai (2005)[sunting | sunting sumber]

  1. Bersumpah Dengan Langit
  2. Oksigen
  3. Iris
  4. Neraca
  5. Bongkar
  6. Narapidana
  7. Mata, Hati, Jiwa
  8. Soalan Pada Alam
  9. Pendita
  10. Layang-Layang Terputus Cinta

Anugerah/Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Juara Lagu[sunting | sunting sumber]

AJL 1995: Pencalonan lagu Di Bayang Awan

AJL 1997: Pencalonan lagu Senja Nan Merah (duet bersama Ziana Zain)

Anugerah Bintang Popular Berita Harian‎[sunting | sunting sumber]

ABPBH 1994: Pelakon Filem Lelaki Popular

ABPBH 1995: Pelakon Filem Lelaki Popular dan Penghibur TV Lelaki Popular

ABPBH 1996: Pelakon Filem Lelaki Popular dan Penyanyi Lelaki Popular

ABPBH 1997/1998: Penyanyi Lelaki Popular

ABPBH 2000: Pencalonan Penyanyi Lelaki Popular

Anugerah Industri Muzik[sunting | sunting sumber]

AIM 1996: Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Lelaki) (album Awie Live Unplugged)

AIM 1997: Pencalonan Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki) (album O-tak)

AIM 2006: Album Pop Rock Terbaik (album Santai)

Anugerah Era[sunting | sunting sumber]

Anugerah Era 2001: Pencalonan kategori Vokal Lelaki Pilihan, Lagu Rock Pilihan (Baldu Biru - duet bersama Ella)

Anugerah Era 2006: Pencalonan kategori Lagu Rock Pilihan

Anugerah Planet Muzik[sunting | sunting sumber]

APM 2001: Pencalonan kategori Artis Lelaki Serantau Paling Popular

APM 2007: Pencalonan kategori Artis Lelaki Paling Popular

Darjah Kebesaran[sunting | sunting sumber]

Darjah Indera Mahkota Pahang membawa gelaran Dato'

Profil Vokal[sunting | sunting sumber]

  • Jenis suara : dramatic tenor
  • Nota Rendah : B2
  • Nota Tinggi : C#5
  • Julat Suara : (2 octaves, 4 notes and a semitone) oktaf

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Awie sebagai Bob dalam filem Baik Punya Cilok.
  1. Pemburu Bayang - (1993) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Awie)
  2. Sembilu - (1994) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Awie)
  3. Sembilu II - (1995) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Awie)
  4. Tragedi Oktober - (1996) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Awie)
  5. Merah - (1996) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Merah)
  6. Maria Mariana II - (1998) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Sazali)
  7. Nafas Cinta - (1999) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Amir)
  8. Bara - (1999) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Amri)
  9. Getaran - (2001) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Awie)
  10. Iskandar - (2003) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Karl Iskandar)
  11. Sembilu 2005 - (2005) - (Pelakon Tambahan) - Watak Sebagai (Zambri)
  12. Baik Punya Cilok - (2005) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Bob KP)
  13. Diva Popular - (2006) - (Pelakon Pembantu) - Watak Sebagai (Faizal)
  14. Zombi Kampung Pisang - (2007) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Husin)
  15. Sumolah - (2007) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Haris)
  16. Cuci - (2008) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Jojo)
  17. Duyung - (2008) - (Pelakon Pembantu) - Watak Sebagai (Kordi)
  18. Cinta U-Turn - (2008) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Faiz)
  19. Apa Kata Hati? - (2008) - (Pelakon Pembantu) - Watak Sebagai (Sophi)
  20. Antoofighter: Amukan Drakulat! - (2008) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Drakulat Van Listerooy)
  21. Andartu Terlampau... 21 Mencari Suami! - (2010) - (Pelakon Tambahan) - Watak Sebagai (Aziz Al-Biruni)
  22. Kapoww!! - (2010) - (Pelakon Pembantu) - Watak Sebagai (Astromen Wau)
  23. Hantu Kak Limah Balik Rumah - (2010) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Husin)
  24. Berani Punya Budak - (2012) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (John)
  25. Baik Giler!! - (2012) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Kimie)
  26. Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit - (2013) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Husin)
  27. Bikers Kental - (2013) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Eddie Cuardo)
  28. Lemak Kampung Santan - (2013) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Abu)
  29. Zombi Kilang Biskut - (2014) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Husin)
  30. Ribbit (Animasi) - (2014) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Kulup)
  31. Dollah Superstar - (2014) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Dollah)
  32. Warna Cinta Impian - (2016) - (Pelakon Utama) - Watak Sebagai (Awie)
  33. Upin & Ipin Jeng,Jeng,Jeng - (2016) - (Pelakon Utama)- Watak Sebagai (Awie)

Teater[sunting | sunting sumber]

  1. Cuci The Musical (2009)
  2. Lat Kampung Boy (2011)
  3. Cuci The Musical Last Kopek (2012)
  4. Teaterikal Suara Kita (Februari 2014)
  5. SuperMokh Sebuah Muzikal (September 2014)
  6. Takhta 3 Ratu (Disember 2014)
  7. Baik Punya Cilok (2015)

Realiti TV[sunting | sunting sumber]

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Perkahwinan pertama Awie adalah dengan Arni Nazira Anuar, juga seorang penyanyi pada 10 Disember 1998 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Putri Aleeya Antasha (lahir pada 2000) dan Putri Aleefa Antasha (lahir pada 2002).Tetapi pada September 2006, Arni telah membuat tuntuan cerai apabila terbongkarnya perkahwinan kedua Awie yang dilangsungkan secara rahsia di Thailand. Isteri kedua Awie ialah Rozana Misbun, adik kepada pelakon Haliza Misbun. Pada 16 Oktober 2006, Awie dan Arni sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan di hadapan Hakim Syarie Abdul Wahid Md Ali.

Bersama Rozana pula, Awie telah dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Putra Ahmad Merrah (lahir 2007), Putra Ahmad Rezzki (2008) dan Putri Qasseh Antasha (lahir pada 19 April 2010). Pada 1 November 2014, talak antara penyanyi Awie dan Rozana Misbun gugur selepas Rozana berjaya mendapatkan tuntutan fasak secara taklik dari pejabat Majlis Agama Islam, Songkhla. [1]

Pada 7 Oktober 2016, 2016, Awie mendirikan rumah tangga bersama Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin.[2]

Kurniaan Gelaran Dato[sunting | sunting sumber]

2017 Awie telah dikurniakan Pangkat Dato Oleh Sultan Pahang. Kini beliau di gelar sebagai Dato Ahmad Azhar Bin Othman atau Dato Awie.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]