Ahmad Fuzi Abdul Razak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ahmad Fuzi Abdul Razak

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-8
Memegang jawatan
1 Mei 2021
Dicalonkan oleh
Dilantik oleh
Ketua MenteriChow Kon Yeow
Didahului olehAbdul Rahman Abbas
Ketua Setiausaha
Kementerian Luar Negeri Malaysia
Dalam jawatan
4 Julai 2001 – 7 Januari 2006
Didahului olehAbdul Kadir Mohamad
Digantikan olehRastam Mohd Isa
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia
ke Bangladesh
Dalam jawatan
9 Jun 1992 – 1 Disember 1994
Didahului olehTunku Nazihah Tunku Mohd Rus
Digantikan olehMahyuddin Abdul Rahman
Butiran peribadi
LahirAhmad Fuzi bin Abdul Razak
(1949-01-08) 8 Januari 1949 (umur 75)
Sungai Bakap, Pulau Pinang, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
KerakyatanMalaysia
PasanganToh Puan Dato' Seri Utama Khadijah Mohd Nor
Anak-anak2
Alma materUniversiti Malaya

Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Abdul Razak (lahir 8 Januari 1949) ialah seorang diplomat Malaysia. Beliau merupakan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-8 dan terkini sejak 1 Mei 2021 menggantikan Tun Abdul Rahman Abbas.[1][2][3]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Ahmad Fuzi dilahirkan di Sungai Bakap, Pulau Pinang pada 8 Januari 1949. Beliau mendirikan rumah tangga bersama Toh Puan Khadijah Mohd. Nor dan dikurniakan dua (2) orang cahaya mata.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Ahmad Fuzi memulakan pendidikan awal peringkat rendah dan menengah di Pulau Pinang. Beliau meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Muda (BA) dengan kepujian dari Universiti Malaya pada tahun 1972. Beliau meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya dan memperoleh Certificate in Diplomacy dari Universiti Oxford pada tahun 1974.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan awam[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah mengetuai rombongan rundingan rasmi pegawai kanan Malaysia di pelbagai persidangan antarabangsa, serantau dan du hala. Beliau juga terlibat dalam menguruskan beberapa sidang kemuncak seperti Sidang Kemuncak NAM, Sidang Kemuncak OIC dan Sidang Kemuncak ASEAN.[4]Beliau menyertai perkhidmatan tadbir dan diplomatik Malaysia pada 1972 dan telah berkhidmat dalam pelbagai tugas, termasuk Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Malaysia sehingga 2009.[4].

Beliau juga merupakan anggota lembaga pengarah sebuah universiti swasta di Kuala Lumpur, Universiti Meritus dan menjadi penasihat Alumni Sekolah Tinggi Bukit Mertajam Malaysia.[4]

Perniagaan dan pembangunan ekonomi[sunting | sunting sumber]

Setelah meninggalkan perkhidmatan awam, Ahmad Fuzi telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah di pelbagai syarikat, termasuk ACE Holdings Berhad, Takaful Malaysia Berhad, Seremban Engineering Berhad, Puncak Niaga Holdings Berhad dan Maybank Islamic Berhad.

Ahmad Fuzi juga pernah menjadi Setiausaha Agung WIEF dari tahun 2008. Oleh itu, beliau terkenal dengan kejayaan forum WIEF di seluruh dunia, dengan Forum WIEF terakhir diadakan di Kuching pada tahun 2017 dan satu-satunya Siri Meja Bulat WIEF yang diadakan di Kota Kinabalu pada tahun 2020 ekoran pandemik COVID-19.

Tuan Yang Terutama Pulau Pinang[sunting | sunting sumber]

Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Berhormat Tuan Chow Kon Yeow, bagi pihak Yang Mulia, menyatakan pelantikan Ahmad Fuzi sebagai Tuan Yang Terutama/Gabenor seterusnya pada 12 April 2021. Beliau telah menggantikan Tun Haji Abdul Rahman Abbas yang sudah lebih tempoh penggalnya dan mengangkat sumpah pada 1 Mei 2021.

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Darjah kebesaran di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wardah, Ainul. "Ahmad Fuzi dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri ke-8 | Buletin Mutiara". www.buletinmutiara.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-04-13.
  2. ^ "Former diplomat Ahmad Fuzi is Penang's new governor | Malay Mail". www.malaymail.com (dalam bahasa Inggeris).
  3. ^ Dermawan, Audrey (12 April 2021). "Ahmad Fuzi is Penang's new YDP | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris).
  4. ^ a b c Bernama (12 April 2021). "Former diplomat Ahmad Fuzi is Penang's eighth governor". The Edge Markets. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-04-13. Dicapai pada 14 April 2021.
  5. ^ "Ahmad Fuzi terima watikah pelantikan TYT Pulau Pinang". Berita Harian. 30 April 2021. Dicapai pada 30 April 2021.
  6. ^ "Agong presents Instrument of Appointment as Penang 8th Governor to Ahmad Fuzi". Bernama (dalam bahasa Inggeris). 30 April 2021. Dicapai pada 30 April 2021.
  7. ^ "Ahmad Fuzi angkat sumpah jawatan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang". Berita Harian. 1 Mei 2021. Dicapai pada 1 Mei 2021.
  8. ^ "Ahmad Fuzi takes oath of office as Penang governor". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 1 Mei 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mei 2021. Dicapai pada 1 Mei 2021.
  9. ^ "Penang Yang Dipertua Negeri conferred Sabah's highest award". BERNAMA (dalam bahasa Inggeris). 17 Disember 2021. Dicapai pada 1 Januari 2022.