Pergi ke kandungan

Ahmad Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ahmad Ibrahim
احمد ابراهيم
Ahli Dewan Negara
Menyandang jawatan
22 Julai 2022
Berkhidmat bersama Michael Mujah Lihan (sejak 2023)
RajaSultan Ibrahim
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
LantikanDewan Undangan Negeri Sarawak
Didahului oleh Zaiedi Suhaili
Maklumat peribadi
Lahir
Ahmad bin Ibrahim

(1969-08-14) 14 Ogos 1969 (umur 56)
Kanowit, Sarawak
Kewarganegaraan Malaysia
Parti politik Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (2004-Kini)
Gabungan politik
lain
Gabungan Parti Sarawak (2018-Kini)
PasanganDatin Noor Lilliana Abdullah
Anak4
Tempat belajarAshbury College, Ottawa, Kanada
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanPegawai Bank

YB Senator Dato’ Ahmad bin Dato Sri Ibrahim ialah seorang ahli politik Malaysia berketurunan Melayu yang aktif di Sarawak. Kini beliau merupakan Ahli Dewan Negara Malaysia yang dilantik pada 22 Julai 2022 mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. dan mengangkat sumpah jawatan pada 8 Ogos 2022.[1]

Kerjaya Politik

[sunting | sunting sumber]

Ahmad merupakan Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).[2] Beliau Juga merupakan Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Batu Kawah. Sebelum ini, dia juga merupakan Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan, Sarawak.[3]