Ahmad Kasim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dato' Paduka

Ahmad Kasim

DPSS, DSDK, SDK, JP (Kedah)
Pengerusi Lembaga Disiplin PKR
Dalam jawatan
2018–2022
Didahului olehTan Kee Kwong
Digantikan olehTan Yee Kew
Yang di-Pertua
Dewan Undangan Negeri Kedah
Dalam jawatan
2018 – 15 Ogos 2020
RajaKedah Sultan Sallehuddin
Timbalan Juhari Bulat
Menteri BesarMukhriz Mahathir
Didahului oleh Md Rozai Shafian
Digantikan oleh Juhari Bulat
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kuala Kedah
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 2013
Didahului oleh Hashim Jahaya
Digantikan oleh Azman Ismail
Majoriti7,018 (PRU-12)
Butiran peribadi
Lahir1955 (69 tahun)
Parti politik Parti Keadilan Rakyat
PekerjaanAhli Politik

Dato' Paduka Ahmad Kassim ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Kuala Kedah selama sepenggal (2008-2013). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Kedah (2018-2020).

Keputusan Pilihan Raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen[sunting | sunting sumber]

Tahun Parlimen Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2008 Kuala Kedah Ahmad Kasim PKR 35,689 Hashim Jahaya BN (UMNO) 28,671 7,018

Dewan Undangan Negeri Kedah[sunting | sunting sumber]

Tahun DUN Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2013 Kuah Ahmad Kasim PKR 3,892 Nor Saidi Nanyan BN (UMNO) 10,263 6,371
Zaflee Pakwanteh BEBAS 117

Pelantikan Sebagai Yang di-Pertua DUN Kedah[sunting | sunting sumber]

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2018 (PRU-14) Pakatan Harapan Kedah diketuai oleh Dato' Seri Mukhriz Mahathir berjaya memperoleh majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Negeri. PKR menang 7 kerusi, BERSATU 5 kerusi, AMANAH 4 kerusi dan DAP 2 kerusi. Mukhriz mencadangkan Ahmad Kasim sebagai calon YDP DUN Kedah manakala PAS yang menang 15 kerusi mencalonkan Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi. Namun demikian, ADUN BN iaitu Ku Abdul Rahman Ku Ismail, Suraya Yaacob dan Norsabrina Mohd Noor menyokong Ahmad Kasim sebagai Speaker DUN Kedah[1].

Rujukan[sunting | sunting sumber]