Ahmad Long

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ustaz Haji

Ahmad Long
Anggota Dewan Undangan Negeri Perlis
untuk Sanglang
Dalam jawatan
1974–1978
Didahului oleh Jaafar Hassan
Digantikan oleh Md Zain Hamzah
Butiran peribadi
Lahir Perlis
Parti politik Parti Hizbul Muslimin Malaysia (1983)
Parti Islam Se-Malaysia

Ustaz Haji Ahmad Long ialah seorang ahli politik Malaysia dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang mewakili Barisan Nasional selepas menang bertanding dalam pilihan raya negeri Perlis 1974. Ketika itu PAS berada dalam gabungan Barisan Nasional. Beliau antara tokoh ulama tempatan yang menghadiri persidangan Persatuan Ulama Se-Tanah Melayu yang kemudiannya menubuhkan PAS pada November 1951[1] dan terpilih sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS sesi pertama[2][3]. Semasa krisis dalaman PAS pada 1983 yang menyebabkan keluarnya Yang Dipertua Agung PAS, Mohd Asri Muda dari PAS, Haji Ahmad dilantik menjadi salah seorang ahli jawatankuasa pendamai[4]. Beliau telah menyertai Mohd Asri dalam pembentukan Parti Hizbul Muslimin Malaysia dan dilantik sebagai ahli Majlis Pimpinan Pusat[5].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mohd Fadli Ghani (2016). Sejarah PAS 1951-1957 : membina jiwa merdeka. Kuala Lumpur: Penerbitan Harakah. m/s. 119–123.
  2. ^ Mohd Fadli Ghani (3 Julai 2019). "Penubuhan PAS Perlis: Kebangkitan Islam di utara". Harakahdaily. Dicapai pada 14 Julai 2021.
  3. ^ Mohd Fadli Ghani (2016). Sejarah PAS 1951-1957 : membina jiwa merdeka. Kuala Lumpur: Penerbitan Harakah. m/s. 147.
  4. ^ "Keputusan Asri sebaik2 jalan bagi selesaikan krisis PAS - Haji Ahmad" (PDF). Utusan Malaysia. 25 Februari 1983 – melalui PLF Library.
  5. ^ "Datuk Asri Dipilih Presiden Hamim" (PDF). Berita Harian. 4 Julai 1983. Dicapai pada 14 Ogos 2021.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]