Ahmad Nawab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Dr.
Ahmad Nawab
PSM PJN DGPN DSPN SAP AMN PJK PKT
Ahmad Nawab ketika bermain saksofon
Latar belakang
Nama lahirAhmad Khan bin Nawab Khan
Kelahiran (1932-04-06) 6 April 1932 (umur 92)
Pulau Pinang, Negeri-negeri Selat (kini Malaysia)
GenreInstrumental, pop, jazz
PekerjaanPenyanyi, penggubah lagu, pemuzik
InstrumenVokal, saksofon
Tahun aktif1950–kini
Syarikat rakaman
EMI (Singapore) Pte. Ltd.
EMI (Malaysia) Sdn. Bhd.
WEA Records Sdn. Bhd.
MRC
BMG Music (Malaysia) Sdn. Bhd.
LIFE Records
Universal Music Malaysia
PasanganPuan Sri Datin Seri Siti Zainab Ibrahim

Tan Sri Datuk Seri Dr. Ahmad Nawab atau nama asal, Ahmad Khan bin Nawab Khan merupakan seorang penggubah lagu, pemain muzik serta penyanyi yang terkenal di Singapura dan Malaysia. Beliau telah menggubah lagu lebih daripada 2,000 lagu sejak penglibatannya dalam dunia seni. Beliau juga telah diberi penganugerahan sebagai "Seniman Negara Ke-7".

Biografi[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Datuk Seri Dr. Ahmad Nawab dilahirkan di Pulau Pinang, merupakan seorang komposer muzik yang terkenal di Malaysia dan masih lagi bergiat aktif dalam penggubahan lagu sehingga ke hari ini.

Sepanjang penglibatannya dalam dunia muzik, beliau telah menghasilkan lebih 200 buah album yang didendangkan oleh artis-artis tempatan dan luar negara yang popular dan berbakat besar seperti Uji Rashid, Hetty Koes Endang, Dato' Khatijah Ibrahim, Sudirman Haji Arshad, Ramlah Ram, Broery Marantika dan ramai lagi.

Popularitinya telah membuktikan bahawa lagu-lagu ciptaannya adalah berkualiti, di mana beliau masih mampu bersaing serta dapat bertahan lebih dari tiga puluh tahun dalam dunia muzik tanah air walaupun terdapat kemunculan ramai komposer-komposer muda yang serba berkebolehan.

Tan Sri Datuk Seri Dr. Ahmad Nawab juga merupakan orang yang bertanggung jawab bagi mengubah lagu “Malaysia Truly Asia”, yang dinyanyikan oleh Khatijah Ibrahim. Lagu tersebut turut dijadikan lagu tema bagi mempromosi Malaysia pada persada antarabangsa.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Sumbangannya pada persada muzik Malaysia telah diakui oleh Universiti Putra Malaysia yang memberi anugerah Doktrate Dalam Penulisan Kehormat (“Honarory Doctrate In Literature”) pada tahun 2000.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Instrumental[sunting | sunting sumber]

Album Nyanyian[sunting | sunting sumber]

Runut Bunyi dan Skor Filem[sunting | sunting sumber]

  • Si Tora Harimau Jadian
  • Sesudah Subuh
  • Do Re Mi
  • Nasib Do Re Mi
  • Keranda Jingga
  • Rahsia Hati
  • Permintaan Terakhir
  • Hapuslah Airmatamu
  • Menanti Hari Esok
  • Sumber Ilhamku
  • Kisah Seorang Biduan
  • Sumpah Semerah Padi
  • Bunga Padi Berdaun Lalang
  • Pendekar
  • Bintang Pujaan
  • Langit Petang
  • Esok Untuk Siapa
  • Di Ambang Kasih
  • Gila-Gila Remaja
  • Bintang Pujaan
  • Penentuan

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Beliau yang pernah berkhidmat dengan Orkestra RTM selama 17 tahun, telah memenangi banyak anugerah dan antaranya Anugerah Merak Kayangan (Lagu Terbaik) bagi lagu ciptaan pertamanya Bintang Malam pada 1980. Namun begitu, beliau mencapai penghormatan tertinggi apabila beliau dipilih untuk menerima "Anugerah Seniman Negara" 2006 pada 20 November 2006.

Anugerah tersebut yang disampaikan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail, merupakan salah satu daripada Anugerah Seni Negara (ASN) 2006 anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa).[1]

Tan Sri Datuk Seri Dr. Ahmad Nawab, 74, antara lain turut menerima hadiah berupa wang tunai RM60,000 dan dijadikan wakil KeKKWa di seminar/forum peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

Petikan kata[sunting | sunting sumber]

  • Lagu yang tidak lagi mementingkan mutu penciptaan tidak akan bertahan lama.[2]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]