Ahmad Nisfu
Ahmad Nisfu | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Mohamed bin Nisfu 1908 Medan, Indonesia[1] |
Meninggal dunia | 25 Jun 1972 (berumur 67–68) Kampung Lunchai Lorong 3, Republik Singapura |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Bidadari Tanah Perkuburan Choa Chu Kang |
Warganegara | Malaysia |
Nama lain | Ahmad Nisfu atau Ahmad Nesfu |
Pekerjaan | Pelakon, penulis, pelawak |
Tahun aktif | 1959–1972 |
Majikan | Malay Film Productions Cathay-Keris Film Productions |
Terkenal kerana | Direktor Ahmad Nesfu dalam Seniman Bujang Lapok |
Pasangan | Saadiah binti Musa (isteri pertama)[1] Cik binti Osman (isteri kedua) |
Saudara | Encik Sulong Ali (anak tiri pertama) Encik Amin (anak tiri kedua) Encik Saydeh Ali (anak tiri ketiga) Cik Yam (anak tiri keempat) Encik Omar (anak tiri kelima) Encik Osman Mohamed (anak kandung sulung) Cik Fatimah Mohamed (anak kandung kedua) |
Ahmad Nisfu atau Ahmad Nesfu (Nama sebenar Mohamed bin Nisfu, dilahirkan pada antan tahun 1908–25 Jun 1972) ialah salah seorang pelakon legenda filem melayu yang boleh memegang watak sebagai pelawak, bengis dan garang itu sukar untuk dicari ganti hingga kini. Ahmad Nesfu turut dikenali dengan panggilan 'Pak Besar' kerana memiliki hidung yang besar selain beliau dikenali sebagai 'Tuan Director Ahmad Nisfu' didalam karier sebagai anak seni.
Isi kandungan
Biografi[sunting | sunting sumber]
Mohamed bin Nisfu yang merupakan anak sulung daripada empat beradik, dilahirkan di Medan, Indonesia pada 1908 tetapi dibesarkan di Kampung Makam, Tanjung Tokong, Pulau Pinang[1].
Isteri pertamanya, Saadiah binti Musa, berasal dari Kedah dan meninggal dunia pada 1939 selepas melahirkan anak kedua. Selepas kematian isteri pertama, beliau berhijrah ke Singapura sebelum merdeka pada tahun 1950-an. Di Singapura, beliau telah menikahi isteri keduanya, Chik binti Osman. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata tetapi mempunyai lima orang anak tiri serta cucu-cucu tiri.
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Minat beliau dalam bidang lakonan telah berputik sejak kecil apabila beliau yang berpendidikan madrasah telah menyertai satu kumpulan bangsawan di Pulau Pinang dan kemudian menyertai kumpulan bangsawan Seri Noran di Kuala Lumpur pada tahun 1950-an. Pementasan bangsawan itu telah membawanya ke Singapura dimana beliau kemudian menjadikannya sebagai tempat tinggal tetapnya sehingga keakhir hayat.
Beliau tidak pernah pulang ke Pulau Pinang selepas berkahwin lagi di Singapura, dan mula terbabit dalam bidang seni sebagai seorang pelakon bangsawan. Sementara diluar lokasi pula, beliau sering dilihat berada dikedai kopi di Geylang Lorong 101 yang dikenali sebagai tempat berkumpul pelakon filem zaman itu. Beliau juga diakui selalu bersolat di Masjid Aminah, Masjid Kassim atau Masjid Onan Road dan menjadi bilal tetap di Masjid Onan Road berhampiran syarikat produksi.[1] Satu yang menarik mengenai Ahmad Nisfu, beliau tidak terikat dengan mana-mana studio. Beliau lebih selesa menjadi pelakon bebas.
Antara lakonan beliau yang paling diingati oleh peminat filem lama melayu ialah ketika beliau berlakon didalam filem Seniman Bujang Lapok, dimana beliau memegang watak peranan sebagai Tuan Director yang diarahkan oleh P. Ramlee. Sehingga kini watak lucu beliau sebagai 'Tuan Director' didalam filem tersebut ia telah menjadi ingatan serta igauan dari turun ketemurun peminat - peminat filem lama melayu. Sehingga kini juga tiada mana - mana pelawak pun yang berjaya meniru aksi lucunya sebagai 'Tuan Director' dari sedutan filem tersebutnya itu. Ahmad Nisfu ialah salah seorang seniman yang dikagumi oleh P. Ramlee dan mereka telah berkenalan sejak di Pulau Pinang lagi. Beliau yang hanya tahu menulis dan membaca dalam tulisan Jawi banyak menyumbang idea kepada P. Ramlee. Misalnya, filem Ibu Mertuaku, yang diterbitkan pada 1961, dimana skripnya ditulis oleh beliau sendiri, manakala jalan cerita dan bahasanya oleh P. Ramlee.[1]
Kematian[sunting | sunting sumber]
Ahmad Nisfu kembali ke rahmatullah pada jam 10 pagi tanggal 25 Jun 1972[1] dirumahnya yang terletak dikawasan Kampong Kuchai Lorong 3, Singapura pada usia 64 tahun akibat penyakit kencing berdarah. Anggota keluarga serta ramai seniman dan seniwati telah melawat jenazahnya yang disolatkan di surau Kampong Kuchai. Jenazah beliau dikebumikan selepas Zohor di Tanah Perkuburan Bidadari dan baru-baru ini jenazahnya telah dipindahkan ke Tanah Perkuburan Choa Chu Kang.[1]
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Filem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
1958 | Gergasi | ||
Anak Pontianak | |||
1959 | Nujum Pak Belalang | Sultan Shahrul Nizam | |
Musang Berjanggut | Sultan Alam Shah Bana | ||
Pendekar Bujang Lapok | Tauke Sampan | ||
Saudagar Minyak Urat | |||
1960 | Antara Dua Darjat | Tengku Karim | |
1961 | Seniman Bujang Lapok | Tuan Director Ahmad Nisfu | |
1962 | Ibu Mertuaku | Mamak Mahyudin Jailani | |
Laila Majnun | |||
Siti Muslihat | Pak Ali | ||
Tun Fatimah | Deigo Lopez de Squiera | ||
Lancang Kuning | |||
1963 | Nasib Si Labu Labi | Hakim Mahkamah | Kemunculan khas |
Pilih Menantu | Encik. Ahmad Nisfu | ||
Bayangan Di Waktu Fajar | |||
Bunga Tanjung | |||
1964 | Madu Tiga | Tuan Haji | |
Tiga Abdul | Sadiq Segaraga | ||
Air Mata Duyung | |||
Siapa Besar | Posmen | Tiada kredit nama | |
1965 | Sayang Si Buta | ||
Pusaka Pontianak | |||
1966 | Anak Dara | ||
Dua Kali Lima | |||
Sri Andalas | Sultan Inderapura yang pertama | ||
1967 | Mat Raja Kapor | ||
1968 | Si Murai | ||
1970 | Puaka | ||
Lubang Neraka | |||
1971 | Mat Karung Guni | ||
Jahanam | Bendahara |