Ahmad Nordin Mohd Amin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Amat Berhormat Tan Sri

Ahmad Nordin Bin Mohd Amin

PSM, DCSM, AMN, PPT, J.P.

Tempoh jawatan
1978 – 1982
Didahului oleh YB Mohd Nor Noordin
Diganti oleh YB Ahmad Abdullah
Majoriti Uncontested (PRU-5)

Ahli Perhimpunan Melaka
untuk N14, N12 Sungai Udang
Tempoh jawatan
1982 – 1990
Didahului oleh YB Abdul Rashid Othman
Diganti oleh YB Mohd Ali bin Mohd Rustam
Majoriti (PRU-6)
(PRU-7)

Lahir April 28, 1934
Kampung Lereh, Tanjung Kling
Meninggal dunia 28 Februari, 2015
Hospital Pakar Putra, Melaka
Parti politik BN-100px.jpg Barisan Nasional - UMNO
Pasangan Puan Seri Halijah Aji
Kediaman Batang Tiga, Tanjung Kling
Agama Islam

Allahyarham Tan Sri Ahmad Nordin Mohd Amin adalah ahli politik veteran UMNO dari Melaka, Malaysia. Beliau adalah tokoh pembangunan sosio ekonomi Melaka.

Ahmad Nordin berkelulusan Barrister-At-Law (Middle Temple) London dan memulakan khidmat undang-undang pada tahun 1977 di Melaka. Kemudian berkhidmat sebagai Ahli Majlis Eksekutif Kerajaan Negeri Melaka selama 3 penggal sehingga tahun 1987. Ahmad Nordin mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam mengendalikan Pembangunan Hartanah, rundingan perniagaan dan perundingan undang-undang.

Kerajaan Negeri Melaka telah melantik beliau sebagai salah seorang daripada hakim-hakim Mahkamah Rayuan Syariah Melaka pada tahun 1999. Beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi "Lembaga Rayuan Perancang Bandar & Desa Negeri Melaka".

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK)[sunting | sunting sumber]

Selepas mengundurkan diri dari arena politik, beliau merupakan Timbalan Presiden MUBARAK, sebuah wadah yang memperjuangkan nasib dan kepentingan wakil-wakil rakyat di Malaysia.[1] .

Beliau dianugerahkan pingat PSM, DCSM , AMN, PPT dan JP atas jasa-jasa beliau selama ini.

Meninggal Dunia[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Ahmad Nordin Mohd Amin, meninggal dunia pada tanggal 28 Februari 2015 akibat komplikasi jantung selepas menerima rawatan beberapa hari di Hospital Pakar Putra Melaka. Allahyarham yang juga Presiden Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka ketika hayatnya menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 2:20 petang di sisi beberapa ahli keluarganya di hospital berkenaan. [2] [3]

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Kling, pada 6.30 petang hari yang sama. Allahyarham meninggalkan seorang balu Puan Seri Halijah Aji dan lapan orang anak iaitu tujuh perempuan dan seorang lelaki. [4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

1. Biografi MUBARAK Melaka :Tan Sri Ahmad Nordin Bin Mohd. Amin ; Hanipah Hussin; 2008; Penerbit Universiti UTEM

  1. ^ Keberanian UMNO melakukan perubahan secara evolusi Utusan Malaysia, 8 Mei 2012.
  2. ^ Veteran UMNO Tan Sri Ahmad Nordin Mohd Amin meninggal dunia Berita Harian, Sabtu 28 Februari 2015.
  3. ^ Veteran UMNO, Ahmad Nordin Mohd Amin meninggal dunia Harian Metro, 28 Februari 2015.
  4. ^ Tan Sri Ahmad Nordin Laid To Rest Pocket News, 28 February 2015.