Pergi ke kandungan

Ahmad Nordin Zakaria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tan Sri Ahmad Nordin Haji Zakaria (lahir 18 Februari 1921 di Kampung Seberang, Pasir Mas—2006) adalah bekas Ketua Audit Negara.

Pendidikan dan kerjaya

[sunting | sunting sumber]

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Bandar Pasir, Kelantan (1931 – 1935) dan berlajar gaya pos jurusan perakaunan dan undang-undang anjuran Chartered Institute of Secretaries, Australia (1961-62).

Antara kerjaya beliau ialah Pegawai Kewangan Negeri Pahang (1961); Penolong Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Malaysia (1963) ; Timbalan Pengarah Kewangan, Kementerian Kewangan Malaysia (1965) ; Pengarah Belanjawan, Kementerian Kewangan Malaysia (1968) ; Timbalan Ketua Setiausaha Perbendharaan, Kementerian Kewangan Malaysia, (1972 – 1976) ; Ketua Audit Negara (1976 – 1986) dan Pengerusi Jawatankuasa Penyiasat Skandal MBF 1984.

Antara kejayaan beliau ialah mengawal peruntukan tahunan bagi melaksanakan Rancangan Lima Tahun Malaysia ketika menjadi Pengerusi Jawatankusa Pengawalan peruntukan Rancangan Lima Tahun Malaysia. Beliau turut melaksanakan proses pembaharuan dalam sistem belanjawan dan perakaunan dalam sektor awam.

Penghargaan

[sunting | sunting sumber]

Antara penghargaan yang diterimanya ialah Darjah Dato’ Paduka Setia Mahkota Kelantan (DPSK) yang membawa gelaran Dato’ (1972); Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) (1986); Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri (1979) dan Anugerah Ijazah Doktor Kehormat Undang-Undang dari Universiti Malaya (1984).[1]