Ahmad Perang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Tan Sri Datuk Ahmad Perang adalah pengerusi kedua Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (16 Oktober 1967 - 09 Ogos 1977). Beliau menjadi pengurus Keretapi Tanah Melayu yang pertama dari kalangan Melayu.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Ahmad Perang lahir pada 1910 di Johor Bahru, Johor. Isterinya bernama Puan Sri Salmah Mohd. Said dan dikurniakan 6 orang anak.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau bersekolah di Sekolah Melayu Bukit Zaharah, Johor Bahru .Rakan sekolahan beliau ialah Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dan Dato’ Sulaiman Abdul Rahman. Kemudian bersekolah pula di Sekolah Sementara, Johor Bahru dan ke English College hingga lulus School Certificate (1928). Beliau bekerja di Jabatan Pos Johor (1929) bersama dua sahabat karibnya Encik Rahman Musa dan Dato’ Bidin. Mereka juga adalah antara orang-orang Melayu terawal berkhidmat di Jabatan Pos Johor Bharu.

Ketika di Perkhidmatan Pos, beliau dihantar belajar di General Office, Singapura. Seterusnya beliau berkhidmat pula dalam Perkhidmatan Tadbir Johor (Johor Civil Service) sebagai Pegawai Tadbir dan melanjutkan pelajaran di England selama dua tahun. Malangnya Perang Dunia Kedua meletus di Eropah dan beliau kembali ke Tanah Melayu tanpa sempat menamatkan pelajaran. Beliau pernah menjadi Majistret, Pegawai Daerah, Pegawai Audit dan Pegawai Kewangan Negeri.

Beliau turut aktif berjuang menentang Malayan Union tetapi tidak menjadi ahli politik .[1]

Pengurus Kereta Api Tanah Melayu[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Oktober 1961, beliau menjadi pengurus Keretapi Tanah Melayu yang pertama dari kalangan Melayu. Syarikat itu dikenali sebagai Federated Malay State Railway (FMSR) yang diterajui dan dikendalikan oleh orang-orang Inggeris. British memberi kepercayaan kepada beliau untuk mengetuai FMRS.

Kerjaya beliau di keretapi Malaya bermula pada tahun 1957. Sebelum ini beliau adalah Pegawai Kewangan Negeri Johor. 1957, Tunku Abdul Rahman telah meminta beliau bertugas dengan Kerajaan Persekutuan sebagai Pengerusi RIDA/ MARA. Beliau dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Keretapi Tanah Melayu (1957-1959).Beliau dilantik pula sebagai Pengurus Umum Keretapi pada 1 Oktober 1961 menggantikan E.T. William yang berpindah ke jawatan lain. Dato' Ahmad Perang adalah yang pertama kali diserahkan kepada orang-orang Melayu selepas 77 tahun sejarah perkhidmatan keretapi di Malaya.Beliau menyandang jawatan ini sehingga tahun 1968. Selepas bersara beliau dilantik pula sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya pada 1967.

Pengerusi SPR[sunting | sunting sumber]

Ketika beliau menjadi pengerusi SPR, dua pilihan raya Malaysia telah dijalankan iaitu Pilihan raya umum Malaysia 1969 dan Pilihan raya umum Malaysia 1974.[2] Seramai 3.8 juta pengundi berdaftar semasa pilihan raya 1969 yang diadakan pada 10 Mei 1969.[3]

Menurut Perkara 114 dalam kurungan 1, ahli Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, dan hendaklah mengandungi seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi dan lima orang ahli lain.Penulis Subky Latif menyatakan zaman Tan Sri Mustafa Albakri Hassan dan Ahmad Perang menjadi pengerusi SPR, kebebasan bersuara semasa pilihan raya lebih bebas.[4] Oleh itu ada yang mencadangkan agar pengerusi SPR dilantik dari hakim Mahkamah Persekutuan kerana arif mengenai undang-undang mampu bertindak secara adil, bebas dan telus berbanding dengan seorang pesara kerajaan .

Pengerusi SPR yang pertama ialah Datuk Mustafa Albakri Hassan (1957-1967); Pengerusi kedua, Tan Sri Datuk Ahmad Perang (1967- 1977); Pengerusi ketiga , Tan Sri Datuk Abdul Kadir Talib (1977-1990), Pengerusi keempat, Datuk Harun Din (1990- 1999); Pengerusi kelima Datuk Omar Mohd Hashim (1999-2000) ; Pengerusi keenam Tan Sri Datuk Seri Ab Rashid Ab Rahman dan Pengerusi ke-7 ialah Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof .

Pingat dan anugerah[sunting | sunting sumber]

Ahmad Perang dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran `Tan Sri'.

Mengenang jasa[sunting | sunting sumber]

Masjid Taman Ahmad Perang , Kota Tinggi, Johor dinamakan sempena nama beliau . [5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Tan Sri Dato' Hj. Ahmad Perang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-27. Dicapai pada 2012-01-26.
  2. ^ Jana proses demokrasi[pautan mati kekal]
  3. ^ The Straits Times, 21 March 1969, Page 1[pautan mati kekal]
  4. ^ SPR lebih sudu dari senduk
  5. ^ Ahli jemaah masjid gembira terima peruntukan tambahan[pautan mati kekal]