Ahmad Phesal Talib

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ahmad Phesal Talib di Tallinn pada 15 Mei 2014
Photo: Ave Maria Mõistlik

Tan Sri Datuk Seri Haji Ahmad Phesal Bin Talib adalah Datuk Bandar Kuala Lumpur yang Ke - 10[1].

Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Haji

Ahmad Phesal Talib
Datuk Bandar Kuala Lumpur
Dalam jawatan
18 Julai 2012 – 17 Julai 2015
Didahului olehAhmad Fuad Ismail
Digantikan olehMohd Amin Nordin Abdul Aziz
Butiran peribadi
LahirAhmad Phesal Bin Talib

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau berkelulusan Sarjana Perancangan Bandar dan Wilayah daripada Universiti Wisconsin, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Antropologi dan Sosiologi daripada Universiti Malaya.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ahmad Phesal menyertai perkhidmatan awam pada 1977.Beliau pernah menjadi penolong pengarah dan ketua penolong pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan setiausaha Majlis Perbandaran Labuan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Beliau telah berkhidmat selama 35 tahun dalam perkhidmatan awam, mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam pengurusan kerajaan tempatan sebelum dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar pada 2007.

Beliau terlibat secara langsung dengan dasar-dasar mengenai Wilayah Persekutuan khususnya Kuala Lumpur seperti Greater Kuala Lumpur / Lembah Klang, River of Life' serta program-program pembangunan lain di ibu kotA PASAR BORONG SELAYANG

Datuk Bandar Kuala Lumpur[sunting | sunting sumber]

Pelantikan beliau diumumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Pelantikan Ahmad Phesal mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah mengikut subseksyen 4(2) Akta Ibu Kota Persekutuan 1960. [2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]