Ahmad Razif Abd Rahman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Ahmad Razif Abdul Rahman)
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Amat Berhormat Dato' Seri Haji
Ahmad Razif Abd Rahman
Menteri Besar Terengganu
Memegang jawatan
12 Mei 2014 - kini
Raja Sultan Mizan Zainal Abidin
Didahului oleh Ahmad Said
Ahli Dewan Undangan Terengganu
untuk N11 Seberang Takir
Butiran peribadi
Lahir (1965-11-07) 7 November 1965 (umur 52)
Terengganu Seberang Takir, Terengganu
Kerakyatan Melayu
Parti politik Barisan Nasional Logo.svg Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
Pasangan To'Puan Seri Hajjah Halina binti Zakaria
Anak-anak 4
Laman sesawang http://ybrazif.blogspot.com/

Dato' Seri Haji Ahmad Razif Abdul Rahman merupakan Menteri Besar Terengganu ke-14. Pelantikan Ahmad Razif telah diperkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu, Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu pada 9.18 malam, 12 Mei 2014[1] menggantikan Dato' Seri Haji Ahmad Said.[2]

Pelantikan itu adalah selaras dengan Syarat (1) Perkara 10 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu yang dibaca bersama-sama perenggan (a) di bawah Syarat (2) Perkara 14.

Pada awal perlantikan beliau berlaku krisis politik di Terengganu di mana ia berlaku apabila 3 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Barisan Nasional bertindak keluar UMNO dan menjadi ADUN Bebas dan antara yang keluar sekejap menjadi Adun Bebas kerana terkejut Adun Bukit Besi, Adun Ajil dan Adun Kijal. Keadaan tersebut menyebabkan Kerajaan BN Terengganu hampir-hampir tumbang.[3], [4]

Darjah Kebesaran[sunting | sunting sumber]

Beliau menerima Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z) yang membawa gelaran Dato’ Seri sempena sambutan Ulang Tahun Ke-53 Hari Keputeraan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada 26 April 2015 dan telah ditarik balik gelaran tersebut pada 22 April 2016.[5]

Pada 8 Disember 2016, beliau telah dikurniakan kembali Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z) yang membawa gelaran Dato’ Seri setelah Tuanku Mizan mengampuni perkenan mengurniakan semula darjah kebesaran tersebut.[6]

Transformasi Terengganu Baharu[sunting | sunting sumber]

Selepas lebih sebulan memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman memperkenalkan konsep Transformasi Terengganu Baharu sebagai satu pendekatan kepemimpinannya dalam urus tadbir negeri[7]. TTB mempunyai lapan (8) prinsip.[8]

Logo rasmi Transformasi Terengganu Baharu
  1. Inklusif (suara rakyat, suara keramat),
  2. Masjid dan surau sebagai sumber penyatuan
  3. keluarga bahagia, rakyat sejahtera;
  4. Integriti bersih dalaman dan luaran,
  5. Mesra tapi tegas,
  6. Disiplin kerja yang tinggi
  7. Seruan perpaduan
  8. Memperkasa pendidikan

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri Terengganu: N11 Seberang Takir[9]
Tahun Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2008 Ahmad Razif Abdul Rahman (UMNO) 6,440 61.24% Muzafeq Assyulzaifuzan Muhammad (PKR) 4,010 38.13% 10,718 2,430 84.06%
2013 Ahmad Razif Abdul Rahman (UMNO) 7,731 54.84% Zakaria Dagang (PAS) 6,221 44.13% 14,302 1,510 88.22%
Ahmad Nazri Mohd Yusoff (BEBAS) 73 0.52%

Rujukan[sunting | sunting sumber]